IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Apa Tuan Guru Nik Aziz Cakap Ni...? Betul ke...?

>> Wednesday, January 27, 2010

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, terkejut dengan sikap sebilangan pemimpin parti itu di Kelantan yang gagal menunjukkan ciri keislaman seperti yang dilaungkan parti.

Beliau berkata, dalam satu pertemuan dengan pemimpin Pas baru-baru ini, beliau ada mengedarkan borang mengandungi soalan mengenai kekerapan mereka dalam mengerjakan solat secara berjemaah, dhuha dan tahajjud.

"Dalam pertemuan dengan pemimpin Pas peringkat pertengahan itu, saya beri borang yang mengandungi soalan berikut iaitu kalau sembahyang jemaah, berapa kali dalam sehari; dhuha berapa kali dalam seminggu dan tahajjud berapa kali dalam sebulan.

"Jawapan yang diterima amat memeranjatkan, tidak sedap nyawa (sesak nafas), keadaannya seolah-olah menunjukkan ia tidak ada sebarang perubahan yang berlaku (dalam mengembangkan syiar Islam) di kalangan pemimpin Pas itu.

"Dalam lebih 200 orang terbabit dalam soal selidik itu, yang sembahyang jemaah ialah antara 14 atau 15 orang saja berbuat demikian; sembahyang dhuha jumlahnya rendah dan sembahyang tahajjud, lagi rendah," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian ketika merasmikan majlis penyampaian amanat dan angkat sumpah pelantikan penghulu negeri Kelantan 2010/2011, di Balai Islam, dekat sini, hari ini.

Hadir sama Timbalannya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Penghulu Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Dalam majlis itu seramai 758 penghulu dilantik bagi sesi 2010 hingga 2011 membabitkan 14 kawasan parlimen negeri ini.

Nik Aziz berkata, sebagai pemimpin masyarakat serta membawa perjuangan Islam, mereka seharusnya menunjukkan tauladan kepada masyarakat dengan memimpin umat Islam di kawasan mereka, khususnya dalam mengerjakan solat.

"Apabila didapati pemimpin yang memperjuang Islam tidak dapat melaksanakan tugas bercirikan Islam, ia sudah tentu memberi pandangan buruk kepada pihak terbabit selain parti," katanya.

Sumber dari: HembusanAmal.

Adusssss..... dusyumm...dusyummm..., macam cerita hindustan go head gostan... dekat2 dengan negeri setannnnnn....!!!!!

Tuan Guru Nik Aziz kena faham...., diorang tu semua penat balik lewat malam, atas nama perjuangan Parti... ceramah sana sini... tiap2 malam 365 hari tanpa henti wa cakap lu... mana ada masa nak buat semua tu...

Mana orang2 PAS tolong komen sikit..., mana kumpulan PAS Reform...? oopppssss... ada lagi ke... PAS Reform... (gua mohon maaf... terlajak perahu... gua gostan balik... hahahah....) 

He..he..he..., itu baru di Kelantan... negeri lain macam mana...? Pesuruhjaya PAS Selangor... amacam bro....?

Macam mana PAS tak jahanam... kerana yang menjahanamkan pun dari kalangan orang dalam PAS sendiri, wa dah bagitau kat sini, tetapi ahli2 PAS jenis ni bila dah namanya ahli PAS kopiah 24jam atas kepala, dengan janggut sejemput kononnya ilmu agama diorang dah khatam semua... hmmm hampeh... riak dan ujub jer.. lebih.. diorang rasa diorang jer.. betul.. bila di tegur sikit melenting... dan tuduh si penegur dengan macam2 hinaan, macam di sini.

(Kepada siapa yang terasa tu..., lantak pi kat lu orang... kerana itulah hakikatnya sikap segelintir ahli/pemimpin PAS yang macam cibai.., wa berani bersuara begini kerana wa tak makan pil wala membabi buta... itu pasal kena kurang ajar sikit... sebab ini bukannya zaman anak2 minum susu ibu... ini zaman anak2 minum susu lembu... )

Kalau macam tu punya sikap... jangan mimpi la nak menang PRU dan jadi Kerajaan memerintah Malaysia..., jawapan buat puak2 PAS yang spesis tak boleh tegur ni semua... pi belajaq ikat serban bagi kemas sikit...

1 IkutSukaLu...::

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o Wednesday, January 27, 2010 7:41:00 PM  

ni kalau zaman salehudin al ayubi dah kena .
ingat kesah tu

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP