Aduka Taruna vs Isteri Merana... ha..ha..ha...
>> Tuesday, January 26, 2010
Kali ini kita rehat sekejap dan santai..., seperti blogger Era Pasca katakan, pusing sana pusing sini... semua kisah Aduka Taruna, meh sini kita sembang kisah Isteri Merana pulak... ha..ha..ha...
Tahun 2007, seorang wanita muda berusia 26 tahun datang ke ofis saya dengan wajah yang muram dan suram. Sepupunya merupakan pelajar di UIA dan pelajar itulah yang membawa wanita itu ke ofis saya. Saya bertanyakan wanita yang bernama A itu.."Apa yang saya boleh bantu puan?" "Panggil saya A saja Dr... tak payahlah panggil puan.".
A kemudiannya menyambung perbualannya.."Dr, saya nak bercerai dengan suami saya". Saya terkejut kerana dia betul2 kelihatan tekad ingin bercerai. A memberitahu saya dia baru saja mendapat seorang cahayamata yang berusia 2 bulan waktu itu.Pernikahannya baru berusia 18 bulan.
Saya bertanya lagi...
"Kenapa nak bercerai? Suami tak berikan nafkah ke? "Wanita muda ini menjawab, "Tak dr, dia berikan saya RM300 seminggu. "saya bertanya lagi untuk kepastian, "RM300 seminggu atau RM300 sebulan?" Dia menjawab setiap minggu RM300, sebulan jumlah nafkah yang diberikan RM1200. Suaminya turut membayar duit ansuran bulanan untuk keretanya. Dia tidak bekerja dan mempunyai seorang pembantu. Terdetik di hati saya, bertuahnya wanita ini kerana suaminya boleh dikatakan bertanggungjawab dari sudut nafkah zahir.
Saya menyambung lagi.."jadi kenapa puan nak bercerai? Anak pun masih kecil kan?" Wanita ini mula menangis dan saya menghulurkan kotak tisu kepada dia. Dia memberitahu saya, "dari segi kewangan memang dia baik dr, tapi setiap hari dia menghina saya.saya dah tak tahan dr."
Saya bertanya lagi, "menghina yang macamana?cuba jelaskan kepada saya." A kemudiannya memberitahu saya, setiap hari suaminya mengherdiknya dengan kata-kata, "perempuan bodoh! perempuan tak sedar diri."
"Kenapa suami cakap macam tu?" A kemudian memberitahu saya, dia cuma anak orang kampung dari utara tanahair, manakala suaminya pulak anak orang kenamaan di KL. "Saya tahu saya ni orang kampung, mak ayah saya pun tak kaya raya, tapi dia yang masuk meminang saya.Bukan saya masuk meminang dia dr.."
Saya terdetik di hati, betullah tu..kalau dah orang terima pinangan kita, bersyukurlah. Kalau tak terima kan susah jugak.?
"kalau sekali dua tak ape, ni setiap hari dr. hati saya ni rasanya dah macam retak seribu, tapi bila fikirkan anak, rasa tak tergamak pisahkan anak daripada ayahnya. kalau tak mahu cakap i love you pun tak ape dr. tapi saya dah tak tahan terima semua ni. Padahal sayalah yang patut cakap dia tak sedar diri dan tak sedar diuntung." Saya tersentak dan bertanya lagi, "Apa maksud awak"?
"sebenarnya dr, dulu saya kerja di sebuah company besar. bila bertunang, dia minta berhenti.saya berhenti sebab sayangkan dia walaupun gaji dah besar masa tu. seminggu sebelum bernikah dr tahu apa jadi?"
Saya berkata, "Ceritalah, saya dengar". Ada orang beritahu, tunang saya pernah tidur dengan pelacur… saya rasa nak pitam dr, tak percaya... tapi orang tu cakap, kalau tak percaya, tanyalah tunang saya sendiri."
Saya bertanya, "habis tu, awak ada tak tanyakan kepada tunang awak?" Dia mengangguk dan menyambung cerita, "dia mengaku dr.. memang betul tapi cuma sekali. Dan saya tanya, dia gunakan kondom tak masa tu? katanya guna. "jadi disebabkan dia jawab gunakan alat itulah saya cekalkan hati terima dia. Lagipun dr, semua persiapan dah dibuat. tinggal 5 hari nak kenduri…. saya tak mahu mak ayah saya malu."
Saya terdiam.... dan wanita muda ini menyambung, "Saya tak bersyukur atau dia yang tak bersyukur dr…? Saya sanggup berkorban demi cinta pada dia. Berbaloikah saya terus bersabar menerima kata2 bodoh dan tak tahu diuntung?"
Dari catatan Dr. Fauziah Mohd Noor (gmail group)
Jeng..jeng..jeng…
Sekarang nak tanya…., apa pandangan/pendapat/nasihat pembaca semua…? Jawapan dari Dr. Fauziah, wa simpan dulu… akan disiarkan kemudian…
7 IkutSukaLu...::
Salam ISA,
Ewah, ewah! Seronok. Sambung cerita, sambung!
Salam Dr.
Ha..ha..ha.., tak sabar2... relax.. jangan gelojoh...
salam...
menarik dan tertarik....
Sotim den layan citor ni...ado laie kan? Best.
Apa sangkut paut cite ni dengan AT ??? Tidak semua pembaca akan membaca dengan kefahaman yang sama. Berhati-hati menulis, jauhi perkara-perkara yang akan membawa fitnah.
Fitnah dosa...mati seksa.
Saya akan tunggu sambungan kisah ini...
saspen..saspen..
mcm2 la ko ni isa....bagi org gereeemmmmm layan blog ko....
apapun lu memang best...
Post a Comment