umno Yang Nazak....
>> Monday, December 14, 2009
Ketuanan Melayu kini dalam keadaan kritikal. Ia akan seterusnya menemui ajal – melihat senario kebangkitan bantahan terhadap istilah tersebut. Ketuanan Melayu kini semakin di tentang – akhirnya ketuanan yang di istilahkan sebagai dominasi politik orang Melayu akhirnya akan pecah dan akan berkubur.
Adakah mungkin kematian ketuanan Melayu akan juga mengakhiri dominasi politik Melayu yang bertunjangkan UMNO. Adakah UMNO parti yang dikatakan rasis akan turut terkubur bila ketuanan Melayu sampai ajalnya.
Lebih memilukan apakah jaminan Melayu – andai slogan ketuanan – sungguhpun secara praktikal ketuanan ini tidak ada pada Melayu. Kita hari ini melihat serangan secara dalaman terhadap perang definisi yang dilakukan – ketuanan Melayu mula diserang kerana definisi asas adalah berbentuk diskriminasi terhadap kaum lain dan satu bentuk hubungan menjadikan Melayu tuan dan yang lain hamba.
UMNO sendiri sedang tercari-cari alternatif makna kepada ketuanan Melayu di samping berusaha untuk mengekalkan dominasi politik orang Melayu. Melayu patut kini mula menyedari hakikat sebenarnya – apa yang dimaksudkan ketuanan Melayu – ada atau tidak selama ini.
Adakah mungkin KETUANAN Melayu itu merujuk kepada Institusi Raja-Raja Melayu – atau mungkinkan Institusi ini turut runtuh. Kita kaji apa yang dikatakan oleh Nazri Tan Sri Aziz – KETUANAN Melayu sebagai satu sistem feudal dan tidak selari untuk sistem menyatupadukan rakyat.
Kita perlu bincang mengenai ini – Ketuanan Melayu – Institusi Raja-Raja, dan adakah KETUANAN Melayu yang disebut itu tergolong dalam kepompong politik demokrasi – yang ada hari ini.
Melihat serius perkara ini dan memohon kita sama-sama khususnya Melayu mula melihat serangan terminologi Ketuanan Melayu ini sebagai serangan besar kepada bangsa. Adakah tidak kemungkinan ini berlaku – penghakisan erti Melayu!
Selanjutnya di sini.
Ketuanan Melayu - Bangsa
Ketuanan Islam - Agama
Mana yang penting...? Bangsa atau Agama...????
Namun keduanya semakin terhapus kerana umno.
Masih relevankah umno pada zaman sekarang..? Tepuk kepala tanya Akal..?
Hapuskan umno... pergi jahanam dengan umno...
.
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com