IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Mahathir Dah Goyang....

>> Monday, December 14, 2009

Kalau Tun Dr. Mahathir tidak berkata Umno busuk sehingga ke ususnya, ramai yang maklum bahawa Umno hari ini memang busuk lagi membusukkan.

Menyedari Umno sudah busuk maka mereka cuba menggambarkan bahawa orang lain dan parti lain yang busuk dan bukan mereka. Umno cuba menggambarkan segala yang keluar dalam usus mereka wangi-wangi belaka tidak ada yang busuk.

Usus yang busuk berpunca daripada apa yang masuk ke dalamnya. Fungsi usus ialah memproses segala sisa dan benda-benda yang busuk. Hakikatnya tidak ada usus siapa-siapa pun yang harum dan wangi. Tetapi kebusukan itu akan bertambah-tambah kalau yang masuk ke dalamnya adalah segala macam kotoran dan benda-benda yang meloya dan membusukkan.

Dr. Mahathir berkata Umno kini busuk sehingga ke ususnya. Tetapi beliau mungkin terlupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa kebusukan terlampau yang berlaku dalam umno hari ini mencapai kemuncak kebusukannya pada zaman beliau menjadi presiden Umno dan perdana menteri selama lebih dua dekad.

Sejak bila rasuah berluasa dalam Umno? Sejak bila rakyat mula hilang kepercayaan dan meragui sistem perundangan, kehakiman, institusi seperti polis dan SPRM (BPR)? Semuanya bermula dari zaman beliau. Hakim boleh dibawa melancong dan didedahkan dengan pelbagai skandal. Tilam bertompok-tompok boleh diusung ke mahkamah.

Negara rugi berpuluh billion di zaman Dr. Mahathir kerana langkah menyelamatkan anak-anaknya dan kroni di sekelilingnya. Mereka yang tidak sebulu dan sehaluan dengan Dr. Mahathir akan dicantas dan dikenakan pelbagai tuduhan yang mengaibkan.

Untuk berkuasa dan duduk di atas, orang Umno di ajar wang adalah segala-galanya. Jadi untuk dapat duit untuk membela orang bawahan, mereka terpaksa makan rasuah dan beri rasuah walaupun ia sesuatu yang membusukkan.

Segala kebusukan yang berlaku adalah berpunca dari guru yang terdahulu dan tak lain dan tak bukan adalah Dr. Mahathir sendiri.

Dr. Mahathir mungkin berharap dengan mendedahkan kebusukan yang terlampau sehingga ke ususnya akan menyebabkan orang dalam Umno serta orang ramai akan menunding jari serta memandang jijik mereka yang menjadi punca Umno membusuk.

Maka mereka yang terlibat dengan rasuah akan terus terpinggir dalam Umno. Siapa lagi kalau bukan Khairy Jamaludin. Desas desus bertiup kencang bahawa Khairy bakal dilantik ke jawatan timbalan menteri.

Sudah pasti berita itu tidak disenangi oleh Dr. Mahathir. Maka isu kebusukan ke usus Umno ini dibangkitkan agar Khairy Jamaludin serta yang sewaktu dengannya akan terus kempunan jawatan penting dalam kerajaan dan kabinet. Apa yang dibangkitkan oleh Dr. Mahathir sebenarnya kena atas batang hidungnya sendiri dan sekaligus mendedahkan lagi segala kebusukan yang berlaku dalam Umno.

Semua ini jelas bahawa kebusukan yang menular dalam Umno sehingga ke ususnya harinya sudah terlambat untuk dirawat dan diubati. Umpama pesakit kanser kronik yang menghitung hari dan saat kematian.

Rombakan Kabinet yang bakal berlaku, jika tiada aral yang melintang atau kayu balak yang tumbang atas kepala Najib adalah seperti berikut;


Hishammudin Hussein - Menteri Belia dan Sukan.

Khairy Jamaludin – Bakal Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Idris Jala – Bakal Menteri Dalam Negeri

Syed Hamid Albar – Bakal menggantikan Hassan Merican di Petronas.

Mukhriz Mahathir – Bakal calon bertanding DUN Kota Seputih dan dalam perancangan bakal MB Kedah jika umno berjaya merampas Kedah



Wallahuaklam.....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP