Siapa Yang Salah...???
>> Friday, December 11, 2009
"Dalam laporan sebuah akhbar semalam (Utusan Meloya), Nga Kor Ming dikatakan mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain untuk tempoh sama."
Walau apa sekalipun pun aku tetap menyokong Pakatan Rakyat, dan secara peribadi aku sendiri tidak berapa gemar dengan DAP. Bukan kerana perkauman, tetapi bagi aku kaum Cina dan India dalam negara ini jenis tidak tahu di untung dan tak sedar diri akan asal usul mereka, dan tidak tahu menghormati hak pribumi asal.
Sebaliknya jika mengikut amalan sesebuah negara Demokrasi, dia atau mana-mana rakyat berhak untuk mempertikaikan dan menyuarakan apa jua rasa ketidakpuasan hati, dan ianya tidak menjadi masalah dan harus di hormati.
Apabila merujuk kepada kenyataan Bendahari Pas, Dr Hatta Ramli berkata, “corak pemberitaan akhbar arus perdana sejak akhir-akhir ini semakin melampau sehingga sanggup memutar-belitkan kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat (PR)” untuk menjayakan agenda tersembunyi.
(Seperti yang aku utarakan sebelum ini, jikalau boleh setiap negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat mengharamkan penjualan akhbar Media Pencacai seperti Utusan Meloya, Berita Hairan dan suku sakatnya. Ini kerana media-media pencacai ini adalah alat propaganda utama Barisan Nasional selain daripada media elektronik seperti RTM dan TV3 suku.)
Berbalik pada isu Nga Kor Ming, aku mendapat input melalui pembacaan dan bukannya secara direct dengar dari mulut Nga sendiri. Dalam pemikiran aku, dan apa yang aku dapati dari apa yang di persoalkan oleh beliau tidak menjadi kudis pun…, dan isu ini sengaja di perbesarkan oleh regim umnGok dan sekutunya.
Seperti biasa, sudah tentu aku akan mempercayai apa yang di perkatakan oleh Dr. Hatta Ramli, daripada apa yang di dedahkan oleh media-media pencacai Kerajaan Barisan Nasional Haramjadah tu, yang terkenal dengan tipu muslihat dan putarbelit berita. Dan sewajarnya di saman. Saman… jangan tak saman malaun-malaun tu semua…
Jika diperhalusi apa yang diperkatakan secara positif, aku sokong juga apa yang Nga persoalkan tu, cuba kita amati betul-betul disekeliling kita walau kemana negeri yang kita pergi atau lawati dalam Malaysia ni. Pasti kita akan disajikan dengan pemandangan Masjid-Masjid yang indah terdiri dengan megahnya, cantik dan berwarna warni dengan harganya yang menelan jutaan ringgit .
Dari segi imej Negara Islam, wow... dah nampak keIslamannya (sebab banyak masjid). Adakah dengan membina masjid yang banyak membuktikan Malaysia sebuah negara Islam? Adakah Islam itu berdasarkan kepada Imej banyaknya Masjid? Kan.. ke.. bodohnya orang yang berfikiran sebegitu, siapakah orang-orang itu...?
Dalam tempoh lapan tahun, kerajaan telah membelanjakan ratusan juta ringgit untuk membina masjid-masjid baru, dan malangnya keinginan untuk memakmurkan masjid langsung tidak wujud.
Dan terlebih-lebih malang dan dikesali, apabila masjid hanya dimakmurkan pada solat Jumaat jer.., tiga minggu awal bulan Ramadhan (itupun waktu sunat Tarawikh dan Subuh) dan dua kali solat Hari Raya dalam setahun, manakala pada waktu-waktu yang lain macam hampeh dan boleh di kira bilangan jemaahnya dengan jari kaki, pi.. mai.. pi… mai.. asyik muka jemaah yang sama jer… dan sakit untuk penuhkan satu saf.
Buat Ibrahim Ali Kataki pula, tak perlulah nak mengaut keuntungan dan mengaitkan isu ini dengan masalah perkauman, tanya diri sendiri dalam sehari berapa kali lu pergi Masjid, sememangnya sudah menjadi dasar katak tua yang suka mengambil kesempatan atas sesuatu isu.
Maka apabila Nga Kor Ming mempersoalkan tentang banyaknya masjid berbanding tokong, kuil dan gereja, kita sebagai umat Islam seharusnya melihat dari sudut positif dan bermuhasabah diri.
Seharusnya kita lihat, adakah wajar kita memarahi Nga Kor Meng atau seharusnya kita memarahi diri kita sendiri dan ahli-ahli keluarga kita kerana enggan mengimarahkan masjid atau surau yang ada di sekeliling kita.
Jika kita sendiri yang mengaku sebagai orang Melayu beragama Islam sentiasa mengimarahkan Masjid, dan Masjid sentiasa penuh dengan jemaah pada setiap waktu, mungkin tiada sesiapa dari yang berbangsa bukan Melayu dan Islam, khususnya Nga Kor Ming berani mempertikaikan pembaziran pembinaan Masjid yang sebegitu banyak dalam tempoh lapan tahun kebelakangan ini.
Isa: Salah siapa…? jika ikut kepala otak benggong umno, mampuihhhhhh... dan Islam sememangnya dah lama mampuihhhh dalam ketuanan melayu umnooooonGok, siapa yang masih percaya umnGoook memperjuangkan Islam… memang bodoh…
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com