Siapa Haji Ahmad...? Cakap Haji... Mesti Betul Punya...!!!
>> Friday, December 11, 2009
Sebelum korang teruskan bacaan, korang baca dulu di sini.
Persoalannya siapa itu insan yang bernama Haji Ahmad yang mempertahankan Najib bukannya minum arak.
Sudah menjadi lumrah orang melayu, jika yang bercerita atau menyampaikan sesuatu berita itu keluar dari mulut seseorang yang bergelar Haji, pergghhh... semua perkara cerita dan berita itu sudah semestinya betul dan wajib di percayai 100%.
Aku tak nak komen lebih2 pasal gelaran Haji ni, nanti ada yang terangkat bontot pula... ha..ha..ha.., biar aku kongsi pengalaman jer dengan seseorang yang bergelar Haji yang sehingga kini aku hilang hormat dan kepercayaan.
Pengalamannya pada tahun 1994, aku bekerja di sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham (second board) pada masa itu. Dan tahun ini juga adalah tahun pertama aku menghadiri Persidangan Tahunan Syarikat di Awana Resort Genting Highland.
Di ringkaskan cerita, persidangan itu dirasmikan dan dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Nor ******* (maaf tak boleh letak nama penuh, maruah beb... mana tau kisah ni 15 tahun yang lalu, la ni mungkin dia dah taubat kot... insyallah semoga dia mendapat petunjuk Allah)
Persidangan itu berlansung selama 3 hari 2 malam, dan setiap kali habis makan malam pasti ada "Happy Hours" bermula pada pukul 10.00 malam, dan disinilah aku terkejut beruk apabila melihatkan kelakuan seorang "Chairman" yang bergelar "Tuan Haji" yang pada mulanya aku hormat dan gerun dengan ketegasan dan kewibawaannya pada siang hari, telah terbalik kuang pada malam harinya, dah la teguk air kencing setan... di gomolnya pula manager-manager perempuan (cina/india/serani) yang ada.
Sehinggakan ada sorang Manager Perempuan (China Siam) naik geli geleman, buat isyarat kat aku minta diselamatkan dari orang tua tak sedar diri tu. Apa lagi aku pun main peranan ajak Amanda Choy - namanya (dia ni kira popular jugak kat Syarikat tu... cun wooooo...) menari konon2nya, padahal hampeh menari pun aku tak tau..., lastly kami cilok balik bilik masing2.
Ramai juga antara manager bangsa asing yang bukan kaki minum dan enjoy gila babi macam tu yang tak turut serta, masing2 lepak dalam bilik sambil layan sembang2, dan ada juga yang berdengkur awal.
Yang peliknya, manager melayu jer perangai mengalahkan bangsa asing, macam Regional Manager, National Sales Manager dan sebahagian Manager lagi. Tapi Alhamdulillah... Managing Director tak ikut perangai puak-puak tu... lantak diorang lah... kubur masing2 katanya... pedulikan.
Berbalik pada kisah Haji Ahmad yang korang baca kat link tadi.... berwibawa... kah beliau... atau sekadar nak coverline jer.., Ada sesiapa nampak Najib minum...? Mungkin Najib sekadar raikan saja dan letak kembali gelas tu... atas meja. Atau itu air zapple atau teh "O" ais..., atau mungkinkah "champaine" (betul ke ejaan tu)..?
Selalunya gambar2 seperti itu akhbar takan release... tapi kenapa boleh terlepas yea...?
Isa: Persepsi... beb... persepsi..., yang ada gelaran Haji... lagi hebat auta...
(Tak semestinya yang ada gelaran Haji tu... baik-baik belaka...? sesiapa yang dah bergelar Haji tu... jangan le... mare... nanti kena jual pulak...)
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com