Nizar: Tips Dan Teknik Kentut Di Tempat Awam/Majlis.
>> Tuesday, November 17, 2009
Ada kalanya perut kita tak mau berkompromi ketika kita sedang berada di sesebuah tempat umum yang tertutup, dimana mau tak mau kita harus buang angin disitu dan di saat itu juga. Kerana tidak ada akses dan kesempatan untuk menjauhkan diri ke tempat terbuka yang lebih "Aman".
Contoh paling gampang dan brutal dari tempat yang aku maksudkan ini seperti di dalam bas, dalam lif, dalam bilik mesyuarat, dalam masjid dan tempat2 tertutup yang lain, korang mempunyai 3 situasi yang akan dihadapi:
1. Bunyi kentut korang akan di dengari.
2. Bau busuk kentut korang tercium oleh orang lain.
3. Kentut korang berbunyi dan baunya pun... busuk!!!
Di sini ada beberapa tips agar korang dapat mengelakkan masalah-masalah tersebut dan terhindar dari kemaluan... ooppssss... maksud aku terhindar dari rasa malu.
Sebelum itu, perlu diketahui bahawa kunci/tips yang diberikan ini adalah: Cara mengatur bunyi dan kadar angin yang keluar dari dubur! camkan itu baik-baik sebelum membaca agar lebih mudah dalam mempraktikkannya.
Situasi no.1: Kentut yang berbunyi.
Ada kalanya ketika terasa hendak kentut korang sudah boleh agak kalau angin yang akan dikeluarkan akan mengeluarkan bunyi yang cukup menggegarkan meskipun korang teramat yakin kentut ini tidak akan berbau busuk.
Mungkin hal ini tidak menjadi masalah bila korang sedang bersama teman/rakan, dan korang pastinya dengan selambe rock je... kentut dan berkata: "Rilekla..., mane ada bau sialll!! "sambil ketawa bersama rakan-rakan, tapi bila bersama orang-orang tak dikenali ataupun orang yang baru kenal, apa yang akan korang lakukan??? Ha..ha..ha… mesti kantoi punyearrrrr…..
Biasanya bunyi kentut paling keras dihasilkan oleh "gerombolan angin" yang pertama keluar, gerombolan angin selanjutnya biasanya tidak berbunyi ataupun berbunyi lebih perlahan dari "gerombolan angin pertama" tadi.
Maka dari itu apa yang harus korang lakukan sangatlah gampang giler..., cukup dengan mengatur kentut yang akan keluar agar tidak keluar secara sekaligus. Bunyi angin harus di atur sedemikian rupa sehingga bunyi "gerombolan angin pertama" yang dikeluarkan dapat diminimumkan sehingga bunyinya tidak keras/kuat.
Justeru itu cubalah bersikap selamba badak dan jangan lupa untuk membuat sedikit ‘lakonan’ untuk menyamarkan/coverline bunyi kentut korang secara serentak, seperti:
• Ajak orang di sebelah korang berbicara.
• Membuka tas, beg plastik, atau sejenisnya yang mengeluarkan bunyi.
• Menguap sambil menggumam: "HOAAAAAHHMMM....."
• Bernyanyi-nyanyi sendirian.
• Tetibe jer…. menjatuhkan barang.
• Tepuk Tangan secara spontan… biar orang anggap korang gila.
• Menggumam sendirian macam orang hilang akal….
• Dan macam-macam cara lain, ikut kreativiti korang la…
PERHATIAN!
Jangan dipraktikkan bila korang duduk di bangku yang terbuat dari bahan kayu, kerana meskipun bunyinya tidak kedengaran, tetapiiiii... getarannya tetap akan terasa ke dubur orang lain yang duduk di bangku yang sama.
Situasi no.2: Kentut berbau!!!!
Ya…, ada kalanya dimana perut kita terasa panas dan tidak ragu lagi kentut yang bakal dikeluarkan ini baunya, masyallah... seperti bau-bauan yang bersifat jahanam dan bangsat.... nauzubillah... (Silent But Deadly).
Perkara ini yang harus dihindari meskipun korang sedang bersama teman-teman terdekat, yang ini sudah tidak ada komprominya lagi kerana ianya melanggar hak orang lain untuk menghirup udara segar (sama halnya seperti larangan merokok di tempat umum – pencemaran alam).
Untuk itu apa yang harus di lakukan adalah:
• Menekan punggung ke kerusi ketika akan kentut. (hal ini dilakukan agar angin yang keluar dari dubur tidak terus menyebar ke udara bebas, tapi tertahan di kerusi)
• Mengatur kadar angin yang akan keluar sedemikian rupa sehingga angin keluar sedikit-sedikit tapi secara cepat sambil tetap menekan punggung ke kerusi.
• Sambil mengeluarkan angin secara sedikit-sedikit tapi cepat itu korang juga harus melonggarkan tekanan punggung ke kerusi perlahan-lahan secara berkala untuk mengeluarkan angin yang tertahan di kerusi itu secara bertahap.
Dengan melakukan ini bau angin kentut yang keluar ke udara akan terminimum atau bahkan hilang terus. Perlu diperhatikan lama waktu menahan angin tersebut di kerusi kerana baunya belum hilang bila terlalu cepat melepasnya ke udara bebas.
Dengan cara ini korang tidak akan menyiksa orang di persekitaran korang atau setidaknya hanya akan menyiksa orang yang duduk di sebelah korang jer…
Situasi no.3: Kentut berbunyi kuat dan baunya pun perghh.... busuk!!!
Untuk kes ini sila gabungkan tips pada situasi no.1 dengan situasi no.2.
Demikian tips singkat yang dapat dikongsikan bersama, memang agak susah mempraktikkannya, harus giat berlatih. Perbanyakkan minum milo/coklat dan makan telur rebus setiap hari, maksudnya: perlukan latihan secara intensif meskipun agak menyiksa diri, dan menyebabkan berkurangnya kenikmatan dalam ber-kentut.
Tips & teknik di atas didedikasikan kepada orang-orang yang masih punya perasaan malu dan sifat prihatin sehingga tidak mau menyebabkan orang lain tersiksa akibat kentutnya. Untuk yang merasakan tips & teknik ini tidak berguna dan tidak perlu dipraktikkan, silakan saja berpendapat begitu, kerana menurut persepsi aku,:
Kentut itu hak setiap manusia, dan KENTUT ITU NIKMAT!!! ( Itu bererti korang masih sihat... ha… ha… ha... )
Isa: Hentam sajalah labu....... SELAMAT MENCUBA.
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com