IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Hukuman Hasan Ali / Desakan EGM

>> Tuesday, November 17, 2009

Kebelakangan ini suara2 yang mahukan Hasan Ali di Nyahkan dari Exco Selangor dan sebagai PJ Pas Selangor semakin kuat, dan ada juga yang sudah menjatuhkan hukuman mati pada Hasan Ali.

Apa yang Hasan Ali dah buat tak perlulah di ulang ceritanya, sesiapa yang mengikuti perkembangan politik di alam maya ini sudah pasti maklum. Tetapi apakah Hasan Ali seorang saja…? Bagaimana pula dengan yang lainnya…?

Apakah Hasan Ali seorang sahaja yang mahu di nyahkan, dah alang-alang nak buat biarlah di nyahkan semuanya sekali “ Once and for All”, jika tidak perkara yang sama tetap akan berlaku dan berulang.

Nasharudin Mat Isa, apa saja yang keluar dari mulut busuk dia ni, orang dah tak percaya dan hormat lagi. Penipu besar… siapa blogger yang dia nak saman tu, ceh...

Mustapha Ali, mastermind yang gila kuasa dan nama atau lebih di kenali sebagai Master of Puppet.

Malahan Presiden PAS sendiri yang kelihatan teramat lembab dalam menguruskan parti dan dialah puppet yang selalu mengikut telunjuk Masternya. Tuan Presiden Haji Abdul Hadi Awang sebenarnya sudah tumpul dan tidak sehebat dulu lagi oleh kerana faktor kesihatan beliau yang semakin teruk.

Beliau menghadapi Penyakit Jantung, Darah Tinggi, Kencing Manis dan Gout tahap serius. Jadi tumpuan beliau terhadap pengurusan dan pentadbiran parti banyak di serahkan kepada balaci-balaci beliau, hal ini ramai yang tahu. Mana yang lebih penting antara parti atau kesihatan diri…? Mana yang perlu beliau runsingkan antara parti atau kesihatan beliau?

Jika nak diikutkan ramai lagi yang terlibat dan memerlukan satu rombakan yang besar, tetapi apakah ianya mampu merombak keputusan perwakilan PAS jika ianya berlaku. Hal ini biarlah saf kepimpinan yang ada memberikan penerangan sewajarnya kepada semua perwakilan.

Justeru itu satu rombakan besaran harus di lakukan dan DESAKAN supaya EGM di adakan bagi memulihkan saf pimpinan yang 100% mendukung perjuangan dan wadah asal PAS, bukannya yang hipokrit seperti yang sedia ada kini.

Aku di maklumkan bahawa sebanyak 60% dari setiap cawangan PAS yang ada di Selangor bersetuju kepada EGM, 60% di Perak dan begitu juga 100% di Kelantan.

Pasti ada dikalangan pembaca akan mencemuh dengan desakan ini, gila ke apa mamat nih… takda hal cari hal lagi.., bukankah dalam seminar khas semuanya sudah selesai. Yes… memang betul… yang selesainya adalah seminar khas yang di buat pada pagi Ahad dan selesai pada petang Ahad. So… selesailah seminar tersebut.

Yang tak selesainya adalah kedudukan taraf pimpinan dalam parti yang sudah terjejas nama mereka akibat kelakuan bodoh sumbang mahram mereka sendiri.

Dan untuk pengetahuan korang semua dalam seminggu dua ni setiap apa yang diperkatakan dalam "audio rakaman" yang ada pada bloggers tertentu akan didedahkan satu persatu, siap dengan dokumen perjanjian dot..dot..dot.. yang akan mengesahkan lagi keterlibatan mangkuk-mangkuk ayun dalam PAS. Sebab itu aku berani merapu dan menuntut supaya EGM di adakan seberapa segera.

Hal yang lain…, biar rakan bloggers lain uruskan dan hal ini tiada kena mengena dengan projek langgar Haji Hadi tahun depan mahupun dengan tuduhan adanya konspirasi menjatuhkan 2 Tok Guru. Yang pasti seorang Tok Guru dah pernah kena patuk ular dan cuba menyelamatkan PAS dengan caranya yang tersendiri, malahan di tuduh pula cuba nak menjatuhkan Tok Guru yang seorang lagi, pantas betul mereka cuba pusing cerita dan mengalihkan isu setelah usaha tutup skandal mereka melalui isu bai'ah ternyata gagal. Manakala seorang lagi Tok Guru nak serah diri kepada ular.

Tunggu jelah pendedahan selanjutnya….

Woi... Arifahmi... mu letak jawatan dari PMBK... menyusahkan jer....

(Pada sesiapa yang sokong untuk EGM boleh ambil logo dan "paste" di blog masing2)

7 IkutSukaLu...::

Unknown Tuesday, November 17, 2009 7:51:00 AM  

Aku sokong hang. Sokong EGM. Sokong Ariffahmi letak jawatan.

Anonymous,  Tuesday, November 17, 2009 8:28:00 AM  

Tepat sekali ulasan mu, mu tau dak puak mangkuk hayun ni dok berkokok berderai2 melalui DErih ahmad,dia kata puak erdogan nak rosakkan pas asal. Pas asal bukan macam yang di bawa oleh mustafa ali, ianya Pas yang comtemporary yang di semai oleh Dr Burhanudin alhelmi, ia itu yang sangat flexi bukan sebagaimana yang Harung Taib bawa dok kapir sana sini ,jumud punya pemikiran ,last2 jadi alat umno

Edyes Tuesday, November 17, 2009 9:33:00 AM  

bro,

aku distribute logo.. ok

Anonymous,  Tuesday, November 17, 2009 10:08:00 AM  

korang nak lantik sape pulak?aku nak tengok sape yg ko nak sangat tu dan sape yang ko nak angkat.

biar orang tahu korang ni agen sape.

Anonymous,  Tuesday, November 17, 2009 12:47:00 PM  

bodo piang la ko ni

Anonymous,  Tuesday, November 17, 2009 12:49:00 PM  

yg kena buang org2 jenis mulut busuk mcm ko..EGM konon..blah la..

Anonymous,  Tuesday, November 17, 2009 1:26:00 PM  

Tahu lilit serban tapi tak tau apa yg. dililitkan
Cuba lihat di bawahnya apa yg.ada
Nak harap Ilmu baru setitik nila
Tahu pakai jubah tapi tak yau apa yg. dipakaikan
Cuba lihat didalam poketnya apa yg. ada
silap haribulan bersusun hartanya imbuhan nya
Tahu pakai capal kemana arah tujuannya
Nak ke Masjid adakah sekadar hiasan saja
Cuba perhatikan pula adakah bibirnya berjahit atau cuba menutup lidah yg. dah bercabang dua.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP