IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Perak, Demokrasi Telah Hancur - malaysiakini

>> Monday, March 02, 2009

Licik sekali permainan mereka bagi menghalang Sidang tergempar DUN Perak esok, seperti yang dimaklumkan oleh Peguam kepada V.Sivakumar, Chan Kok Keong menyatakan bahawa Sidang tergempar DUN Perak yang dipanggil oleh Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, V. Sivakumar, adalah SAH menurut Fasal 89 Perintah-Perintah Tetap DUN Perak.

Manakala Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri berkata menurut Peraturan Tetap DUN 8(1) perlu dibaca bersama dengan Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang berkehendakkan perkenan Sultan Perak untuk memanggil apa- apa sidang DUN sama ada dalam keadaan biasa atau tergempar. Jadi pemanggilan sidang DUN tergempar itu adalah tidak sah.

Sebentar tadi satu notis yang tidak bertanda-tangan telah dikeluarkan sebagai pemberitahuan penutupan Pintu Utama Bangunan Perak Darul Ridzuan. Dan yang anehnya kenyataan dari MB Zambry yang mengatakan beliau tidak tahu menahu berkenaan notis tersebut, dan kemungkinan hanya untuk edaran dalaman sahaja.

Dalam jangkamasa yang sama juga Ketua Polis Perak telah mengeluarkan amaran agar tidak mengadakan sebarang perhimpunan haram esok, Ketua Polis Negeri juga telah menjelaskan bahawa Sidang Tergempar esok adalah tidak SAH.

Amat memalukan, permainan UBN kini telah sampai ke kemuncak yang paling kotor sekali, Demokrasi hanya pada ejaannya sahaja, dan DEMOKRASI yang sebenar telah lama mati disebabkan oleh kerakusan UBN.

Walau apapun terjadi dari sudut positif dan hikmah sebalik kejadian atau tragedi yang berlaku di Perak telah membuka mata dan persepsi rakyat terhadap pengamalan undang-undang, kebobrokan pihak berkuasa serta dapat mempelajari Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Negeri.

Rakyat yang semakin bijak dalam membuat penilaian corak pemerintahan kerajaan UBN akan memastikan penipuan, kekejaman dan permainan korup UBN ini akan mendapat balasannya pada PRU-13 nanti.

Isa: Hanya berharap permainanan kotor Najib Razak ini akan berakhir dengan kejatuhan karier politiknya dalam masa terdekat ini. Masanya telah tiba.... astala vista...

1 IkutSukaLu...::

Gelombang Rakyat Monday, March 02, 2009 9:11:00 PM  

ISA

Bila telah hancur, depa hendak Lah kutip semula, cantumkan guna gam UHU ye..?

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP