IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Nizar Jangan Terpedaya Dengan Permainan BN Esok - malaysiakini

>> Tuesday, March 03, 2009

Aku tak berapa yeppie ini hari kerana marah + geram + benggang dan ntah apa-apa lagi dengan permainan kotor UBN, SUK Perak, Polis dan sesapa saja yang terlibat dengan komplot rampasan kuasa di Perak. Jadi aku cilok posting dari bro cyberboron (Jeritan Minda Politik) untuk kita renungkan bersama, minta maaf yea bro...dengan izin korang baca dan klik link beliau, dibawah sana.... Bye...Bye...

Perak masih aman macam biasa. Tak ada perhimpunan haram atau rusuhan di mana-mana pun. MB Dato' Seri Hj. Nizar dan semua ADUN Pakatan Rakyat ada di rumah masing-masing. Sebahagian dari mereka mungkin bermalam di rumah saudara mara sekitar Ipoh supaya cepat sampai ke sidang DUN besok pagi.

Gambaran keadaan tegang dan kalut yang beredar melalui khidmat pesanan ringkas (sms) sejak petang tadi adalah palsu. PKR, DAP dan PAS tidak mengajak apatah lagi mengarahkan orang ramai datang berhimpun di Ipoh. Tiada keperluan langsung untuk berkumpul.

Besok hanya sidang DUN yang melibatkan 59 ADUN dan beberapa pegawai DUN sahaja. Itu pun kalau ADUN BN datang. Kalau mereka memboikot sidang itu, tinggallah hanya 28 ADUN saja yang terlibat.

Sila Klik di sini

Isa: Perak ok je..., cuma ada manusia-manusia bangsat yang cuba bermain emosi untuk menghuru-harakan keadaan, jadi pada semua jangan terpedaya dengan permainan jijik mereka. (Maaf kerana penggunaan bahasa kasar)

3 IkutSukaLu...::

sheikh teluk intan Tuesday, March 03, 2009 3:19:00 AM  

Salam Isa,

Kita sama2 marah, mual ,bengang dan pelbagai perasaan yang bercampur aduk tentang kemelut politik di Perak.

Apapun teman setuju, supaya penyokong Pakatan Rakyat jangan gelojoh bila diprovokasi oleh setan berjambul.

Puak nih, boleh buat apa saja menahan Nizar di bawah Isa, kerana Zambry dah cakap Nizar dan kawan2 telah menganggu ketenteraman awam. Hamid Albar akan guna alasan ini untuk tahan sesiapa saja.

Yang menghairankan,yang kononnya , tonggak orang Melayu yang mempunyai saham dalam kemelut politik di Perak masih boleh main one to som dengan permaisurinya.

Kalau berlaku sesuatu yang tidak baik kepada Nizar dan kawan-kawannya, teman akan seret Najib, Zahid hamidi, Zambri dan beberapa orang lagi termasuk Sultan di Mahkamah tuhan di alam sana nanti.

Teman masih marah nih. Tapi masih terkawal.

ISA Tuesday, March 03, 2009 4:22:00 AM  

Salam Sifu,

Kuasa dunia mungkin mereka punya, seperti yang sifu katakan di akhirat nanti kita semua akan seret mereka. Insyallah....

Kemarahan tahap F sharp.

Anonymous,  Tuesday, March 03, 2009 7:58:00 AM  

Kita tunggu tindakan mereka, kalau mereka main ganas kita akan main ganas macam main bola sepak.
Legal advisor, SUK, Setiausaha DUN, bukan orang kebal, kalau mereka terasa berkuasa nantilah mereka lihat bagaimana kuasa rakyat bertindak.
Lawan tetap Lawan.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP