Nizar - Dunia Ketawakan -Malaysiakini
>> Tuesday, March 03, 2009
Sejarah yang dilakarkan oleh umno hari ini bukan setakat memalukan kepada rakyat sahaja, malahan membuka pekong dan memalukan dengan pelacuran sistem perundang negara pada dunia luar.
Sebelum ini negara luar mentertawakan Malaysia dengan sikap Perdana Menterinya yang suka tidur dimana-mana persidangan, kemudian terpalit dengan kisah Timbalan Perdana Menterinya yang menjadi topik utama pembunuhan model Mongolia dan hari ini dunia sekali lagi mentertawakan Malaysia dengan isu perebutan kuasa di Perak.
Tahniah kepada umno kerana berjaya mempromosikan Malaysia ke negara luar dengan cara pencabulan sistem perundangan dan penyalahgunaan kuasa. Menteri Pelancongan sepatutnya mengambil kesempatan untuk mempromosikan Perak sebagai sebuah destinasi pelancongan dan tunjukkan kepada pelancong asing, inilah negerinya di mana Persidangan DUN diadakan di bawah pokok (sebutkan nama pokok) kerana pintu Dewan Persidangan di kunci oleh gerombolan sebuah parti yang amat dayus dalam dunia yang mengamalkan konsep undang-undang rimba.
Al-Jazeera
Isa: Ha..ha..ha... apa lagi akal umno nak rampas Perak, buat Tuanku Sultan Perak kalau tak buka mata dengan apa yang terjadi sejak hari perampasan kuasa hingga hari ini, tak tahulah nak cakap apa lagi, kerana yang rugi adalah rakyat dan negeri Tuanku juga, ekonomi semakin gawat wahai Tuanku Azlan Shah.... buatlah sesuatu untuk rakyat... bukannya untuk umno... bubarkan DUN kembalikan pada yang hak.
3 IkutSukaLu...::
itu lah akibatnya membelakangkan rakyat dalam membuat keputusan. bila negeri bercelaru, siapa yang akan dilihat sebagai angkara? Sepatutnya DYMM Sultan Azlan bersuara bukannya berdiam diri. ini akan memperlihatkan bahawa Baginda Sultan seolah olah silap dalam membuat keputusan. sepatutnya lepas sidang dun td terus berarak ke istana Kinta minta Sultan nyatakan pendirian dia. kita harus pohon supaya Baginda bersuara. itu lebih molek
senang saja selesai issue ini. Bubar assembly dan adakan pilihanraya. Tiada siapa yang akan bantah, kerana siapa bantah, siapa yang gila kuasa dan tak hormati rakyat Perak. Tak tahu lah mengapa Tuanku lama lama tak bat keputusan ini.
I STARTED A JOKE WHICH STARTED THE WHOLE WORLD CRYING..AND I DID NOT SEE THAT THE JOKE WAS ON ME-
BE END. (NOT RELATED TO BEE GEES).
Post a Comment