Nizar, Di Manakah Sultan Perak - Malaysiakini
>> Wednesday, March 04, 2009
Di manakah Sultan? aku dah pening dengan isu negeri Perak ni, macam yang aku katakan sebelum ni… dah tak tau nak kata apa lagi…. ada yang mempersoalkan di mana Sultan Perak tidakkah baginda peka dengan segala kekusutan dan kekecohan dalam negeri Baginda hari ini.
Di manakah Sultan? Tidak malukah Baginda dengan apa yang berlaku hari ini di mana dunia memerhatikan lawak jenaka antarabangsa ciptaan penggila kuasa, sekaligus menggambarkan kelemahan Baginda sebagai pemerintah negeri. Sanggup melihat rakyat menderita akibat permainan politik yang tiada penghujungnya.
Di manakah Sultan? Apakah yang bermain di fikiran Baginda dalam kemelut ini, adakah kerana Gamuda? Adakah kerana ugutan perlantikan Raja Muda? Adakah kerana ugutan pihak-pihak tertentu? Apakah dilemma yang membuatkan Baginda sepi seribu bahasa. Adakah kerana di luah mati emak, di telan mati bapa? Atau adakah Baginda takut dengan gerangan Hantu Kopek? Hanya yang Maha Esa sahaja yang mengetahuinya….
Di manakah Sultan? Sebagai manusia dan insan ciptaan dari yang Esa, maka kita semua adalah sama, yang membezakan kita adalah darjat ciptaan manusia, maka Baginda Sultan hendaklah membuat keputusan demi keadilan kepada rakyat yang tidak berdosa dan menjadi mangsa, titah sebagai seorang Khalifah yang dipertanggung-jawapkan oleh yang Maha Esa. Dan ianya akan di persoalkan nanti di Padang Mashyar kerana mengabaikan amanah yang telah di anugerahkan.
Semakin ramai yang mempersoalkan kewujudan Baginda, dengan izin yang Maha Esa hanya Baginda Sultan sajalah penyelamat Kerajaan Negeri Perak. Setakat ini yang mampu aku perkatakan terhadap Sultan Perak, kerana masih ada rasa hormat, cakap dan kutuk lebih-lebih nanti akan jadi isu derhaka pula, sedangkan kalau ikut hati jengkel ini nak je aku maki hamun, nanti tak pasal-pasal pemuda rasuah buat repot polis sebab menghina Sultan.
Macam yang pemuda Rasuah buat di Kedah, itu pun… akibat surat layang jer, tapi perkara tu biasa saja bagi mereka, kerana mereka ada immuniti, pengiktirafan kekebalan tahap tertinggi, buat saja laporan maka segala pencacai yang bertaraf anjing dan lembu mereka akan bercempera buka fail siasatan, sebabnya aku tak ada nombor keahlian parti Rasuah. Kalau ada mungkin lain ceritanya pula….
Tanpa nombor keahlian Parti Rasuah kemungkinan nanti aku kena belasah sebab menghina Sultan, kalau Rasuah menderhaka tak apa sebab Rasuah semua ada ilmu kebal, sedangkan aku kosong je… kalau buat laporan polis pasal aku kena belasah pun bukan tertuduh yang kena tangkap, silap-silap aku yang kena masuk penjara. Itulah tamadun dan undang-undang di Malaysia Serba Boleh ni. Semua orang pun tau kan.
Walau bagaimanapun marilah kita tanya anak-anak kecil ini apa cita-cita mereka, kerana kanak-kanak tidak pandai menipu. (cerita ni aku cilok dari sini)
Di sebuah sekolah kanak kanak ditanya apa cita cita mereka. berkata lah seorang murid.
"cikgu ! saya nak jadi sultan", kata murid.
cikgu tanya, "kenapa sultan, kamu tidak boleh jadi sultan kerana kamu tidak ada darah sultan."
"tapi saya nak jadi sultan juga", kata murid.
"kenapa?", tanya cikgu.
"sebab, saya tak payah belajar pandai pandai", kata murid..
"tak pandai pun boleh jadi sultan cikgu, saya boleh buat apa saya suka, pagar istana tinggi tinggi, saya tak payah tengok luar, saya tak payah pikir orang lain, saya nak enjoy, shopping dan belanja", kata murid lagi.
"kalau kamu jadi sultan, kamu mahu jadi sultan mana?", tanya cikgu.
"sultan kat perak", kata murid.
"kenapa perak?", tanya cikgu
"sebab kat perak banyak masalah, tapi sultan buat tak tau", jawab murid.
Isa: Itulah keistimewaan akal anugerah Yang Maha Esa terhadap kanak-kanak, hidup yang tiada belenggu masalah melainkan keseronokan semata-mata... seronokkan kalau jadi kanak-kanak...
4 IkutSukaLu...::
ISA
Istana kot...
Istana pun berkunci ke... dia menyorok kat mana....
Beta masih disini ,Isa. Beta sibuk sedang baca buku sejarah bagaimana Sultan Mahmud Mangkat dijulang.
Eloklah la... baca buku sejarah tu, harap tuanku dapat menegelakkan sejarah lama berulang..,
Yang patik risau, kalau dulu mangkat di julang, zaman sekarang ni takut mangkat tak tinggal tulang jer... hancus... berkecai..
Post a Comment