IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Terima Kasih Pada Kerajaan - malaysiakini

>> Thursday, February 26, 2009

KUALA LUMPUR: Kadar tol di lima lebuh raya akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuatkuasa 1 Mac ini selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata kenaikan kadar tol itu membabitkan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur(Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE). Klik sini

KUALA LUMPUR - Kerajaan menjangkakan seramai 40,000 hingga 58,000 orang akan diberhentikan kerja tahun ini ekoran krisis ekonomi global. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad berkata, angka sebenar bergantung kepada perkembangan ekonomi global dan sejauh mana kesan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi pertama dan kedua kelak.

“Krisis ekonomi global telah memberi impak besar terutamanya kepada sektor pembuatan apabila permintaan bagi banyak produk pasaran eksport telah menurun. “Ini telah menyebabkan syarikat pengeluar terpaksa mengurangkan pekerja melalui tindakan pemberhentian tetap, sementara dan skim pemberhentian sukarela (VSS),’’ kata Noraini pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Isa…

Mari kita ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh barisan nasional dan umno, yang telah banyak berjasa kepada rakyat dengan membebankan rakyat semahu-mahunya.

Bersyukurlah kerana pada bulan march ini nanti tariff elektrik pun akan naik, dan apa lagi yang hendak dinaikkan lagi silalah naikkan secepat mungkin, kerana rakyat Malaysia semuanya kaya raya setaraf Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri sekalian yang makan dan pakai ada sponsor, tak perlu keluar duit gaji pun, setiap hujung bulan tokeh kedai gergasi akan hantar stok barangan dapur kerumah.

Seronoknya… Ramai yang hilang pekerjaan akibat kegawatan ekonomi dan segala perbelanjaan meningkat dan kewangan makin terhimpit…. Pastinya pada PRU-13 nanti, rakyat akan setia menyokong barisan basional dan umno tanpa berbelah bagi. Terima kasih sekali lagi diucapkan.

2 IkutSukaLu...::

HBM Consultant Thursday, February 26, 2009 10:21:00 PM  

Secara peribadi, saya berasa tertipu dengan apa yang berlaku...

Pada suatu ketika, tol NPE Petaling Selatan dikatakan sebagai 'dimansuhkan serta-merta' tapi sebenarnya, hanya perjalanan sehala sahaja yang dimansuhkan...

Pada suatu ketika yang lain pula, kelihatan kerajaan bermurah hati memberi diskaun 10% kepada pengguna lebuhraya selepas jam 12 malam tetapi sebanarnya mereka bersetuju dengan kenaikan kadar tol sehingga 50 sen per kilometer!

Telunjuk lurus kelingking berkait?

ISA Thursday, February 26, 2009 10:45:00 PM  

Salam Marni,

Ini bukan perkara baru bagi kerajaan memperbodohkan rakyat, cuma sekarang ini sudah ramai yang boleh berfikir dan membuat penilaian maklumat semasa.

Maksud saya kita bukan dalam era 80-90an lagi.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP