Melayu Zionis - malaysiakini
>> Thursday, February 26, 2009
Hari ini walaupun cuaca sekitar lembah kelang cerah dan mendung, hujan pun tak berapa lebat seperti dua tiga hari lepas, walaupun keadaan cuaca dalam kategori memuaskan, pada aku pula cuaca hari ini amat memanaskan sementelah pula dengan pelbagai pengumuman seperti kenaikan harga tol, laporan ekonomi yang merudum dan mengakibatkan banyak pengangguran akan berlaku.
Para peniaga sudah ada yang bersuara perniagaan mereka semakin merosot sejak kebelakangan ini, di pasar Petaling Jaya Old Town ramai dikalangan kawan-kawan yang berniaga dah mula merungut dan bermacam-macam lagi.
Tengahari tadi pula cuaca yang suam-suam kuku bertukar menjadi semakin panas gara-gara bajingan pemuda umno mengepung Karpal Singh di Parlimen. Seorang tua yang berkerusi roda (OKU) akibat kenyataan beliau berkenaan dua butir peluru yang dihantar kepadanya. Baiklah itu satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku baik dipihak Karpal Singh mahupun bajingan pemuda umno yang menyerang beliau.
Yang membuatkan cuaca aku panas hari ini dan semakin membuak ialah sikap pilih kasih atau tindakan berpilih yang berlaku sejak sekian lama, jikalau sebelum ini kita faham benar dengan sikap Peguam Negara, Polis Raja Di Malaysia, SPRM, SPR , Mufti, Jakim, Jawi dan pelbagai Agensi Kerajaan lagi yang memihak kepada umno jika ada sebarang kes atau laporan yang dibuat terhadap Pakatan Rakyat dan sekutunya.
Jika sebelum ini Pakatan Rakyat berhimpun di Parlimen untuk menyerahkan memorandum dan apa saja aktiviti berkaitan, mereka akan dihalang dengan sekatan dari pihak Polis sang raja Malaysia, ditambah lagi dengan FRU siap siaga untuk mengempur dengan muka masing-masing macam singa yang sebulan tak jumpa makanan.
Kalau tak silap aku pernah suatu masa sekumpulan kanak-kanak bersama ibu-bapa mereka hendak menghantar bunga ros ke Parlimen, mereka dihalang untuk memasuki Parlimen malahan disambut pula oleh segerombolan FRU dan polis.
Hari ini pihak keselamatan Parlimen pula menunjukkan sikap yang sama, dimana mereka membenarkan bajingan pemuda umno masuk ke Parlimen dan bertindak mengepung dan mengamok terhadap Karpal Singh. Kenapa mesti ada sikap berpilih sebegini oleh Pihak Keselamatan Parlimen. Jika Parlimen sebuah kawasan larangan yang tidak boleh dimasuki melainkan individu dan yang tertentu saja maka implementasikan syarat tersebut kepada semua, janganlah ada sikap memihak. Nampak sangat yang Pihak Keselamatan Parlimen sendiri tidak bebas dan menjadi LEMBU kepada umno/bn yang mengamalkan sikap jongos dan haprak.
Rasanya tak perlulah melaungkan demokrasi di Malaysia, kerana masih dibelenggu oleh demokrasi berpilih, dan tidak perlulah membantah dan mengutuk zionis di Israel yang jauh nun disana, sedangkan zionis yang dekat dan berada dalam Malaysia ini yang wajib dihapuskan terlebih dahulu.
Inilah rupa melayu zionis yang berselindung disebalik nama umno dan barisan nasional, jenis bangsa melayu yang melaungkan Ketuanan Melayu, Kedaulatan Undang-Undang, Kedaulatan Ugama Islam, Kedaulatan Raja-Raja tetapi merekalah bangsa melayu zionis yang menjadi pelopor dan pemangkin dalam mencemar Kedaulatan yang mereka banggakan itu, jenis bangsa melayu zionis yang penuh kepura-puraan.
Bukan niat aku hendak mempertahankan Karpal Singh dalam isu ini, tetapi terkilan dan merasa jengkel dengan sikap melayu zionis umno yang berlagak seolah Malaysia ini Negara MAK BAPAK diorang yang punya. Mereka lupa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan bermasyarakat majmuk. Jadi malulah sikit dengan perangai HARAM-JADAH korang tu dengan bangsa lain di Malaysia ini.
2 IkutSukaLu...::
Salam anakanda Isa.
Bukan lembu tapi keldai. Lembu walau sekurus mana pun boleh disembelih dan dimakan. Tetapi keldai sudahlah jadi kuli dan tunggangan malah makan tahi. Segemuk mana keldai pun bukanya boleh dijadikan lauk!
Salam Ayahanda,
Lembu + Keldai = Lebih teruk lagi kot?
Post a Comment