IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Spekulasi Lawak atau Betul...?

>> Tuesday, February 10, 2009

Ini Isa cilok dari email group, sekadar untuk berkongsi bagi ahli PR dan ahli BN merehatkan minda dari pelbagai cerita sejak kebelakangan ini, entah betul atau tidak wallahualam....

Salam...

Ada yang macam lawak ada yang macam betul... Lu pikir sendirilah... Yang nonbor 4 hingga 7 tu cam lawak je hehehe. Ahakssssssss......

Cerita di sebalik cerita tragedi rampasan kuasa di Perak. Dilulus terbit pada Tuesday, February 10 @ 13:00:00 MYT oleh TokBatin : Oleh sifuyus

"Rasanya dah lebih dua minggu tragedi ngeri yang berlaku di Perak dikupas oleh pelbagai pihak.Masing-masing cuba menegakkan hujah masing-masing.Apa yang menarik ialah cerita di sebalik cerita yang telah diceritakan oleh rakyat marhain yang mungkin benar atau mungkin hanya rekaan,Allah sahaja yang mengetahuinya

1. Kisah YB Bota masuk PKR
Diriwayatkan itulah tugas YB Bota itu untuk menghalalkan tindakan BN menarik 3 adun Pakatan Rakyat menyertai mereka.Ketiga-tiga mereka memang sudah lama ditawarkan untuk menyertai BN dengan upah yang lumayan. Disebabkan itu YB Bota itu diarahkan untuk menyertai PKR buat sementara supaya orang ramai dapat melihat jika Pakatan Rakyat boleh menerima Adun yang melompat mengapa BN tidak boleh.

Jadi BN berpendapat isu ini akan dimainkan oleh media massa seolah-olah mereka tidak bersalah langsung. Jadi apabila ketiga-tiga mereka mengistyiharkan keluar Pakatan Rakyat dan menyokong barisan maka YB Bota inipun terus kembali kepada UMNO.

2. Kisah kaum Cina dengan pemberian tanah kekalnya.
Sesuatu yang pelik ialah seolah-olah di Malaysia ini, kaum Cina digambarkan oleh media massa dan pihak UMNO seolah-olah bukan rakyat Malaysia sehinggakan pemberian tanah menjadi satu isu besar di Perak.

Sehinggakan MB Nizar dianggap boneka DAP. Tapi yang peliknya apabila Nicol Ann David dan Lee Chong Wei menjadi pemain nombor satu dunia,maka puak UMNO pun berbangga menyatakan inilah rakyat Malaysia. Apabila Bukit Genting diserahkan kepada jutawan Cina, Lim Goh Tong, mereka senyap aje. Yang menariknya MCA dan Gerakan diam membisu.

Maka berjayalah puak UMNO melanyak minda kaum Melayu bahawa tanah di Perak itu hak orang Melayu sahaja sehingga apabila kerajaan pakatan rakyat runtuh, orang kampung berkata,inilah payahnya bila kerjasama dengan Cina.Padahal yang menghantar barangan keperluan di kedai-kedai Melayu tu dah tentunya tauke Cina.

3. Sultan Azlan marahkan DAP di Pulau Pinang
Dikatakan lagi punca Sultan Azlan bertindak demikian kerana syarikat Gamuda milik anakandanya Raja Eleena mengalami kerugian apabila 2 kali projek yang diusahakan ditangguhkan sebanyak 2 kali. Apapun wallahuaklam....

4. Punca Najib tak jadi ke SJKC Yuk Chui untuk sambutan Tahun Baru Cina.
Diceritakan orang ada pihak yang telah menyediakan seekor babi dan terompah gergasi untuk Najib. Oleh sebab itu, pihak MCA telah meminta agar Najib pulang ke Kuala Lumpur ,walaupun telah sampai di Ipoh.Entah benar entah tidak.Tapi itulah yang hangat diceritakan.

5. Polis tak berani tangkap hamba Allah yang baring di atas jalan.
Masa kecoh kat Kuala Kangsar. Banyak juga yang menceritakan bahawa pihak polis tu tak berani menangkap hamba Allah yang berbaring di atas jalan bagi menghalang acara angkat sumpah hari tu. Dikatakan pihak polis tidak mahu menanggung risiko menangkap mereka kerana mereka tu mempunyai ilmu yang tinggi dan dikatakan boleh membuka pintu jel dengan mudah sahaja.

6. Y.B Ngeh Kor Ham cucu Chin Peng.
Menurut mereka,punca utama Sultan tak nak pakatan kerana Y.B Tajol Rosli pernah membawa seorang lelaki Cina tua yang mengatakan bahawa Y.B Ngeh ialah cucu Chin Peng.Jadi Sultan terkejut dan memang tak berkenan langung pada Chin Peng dan suku-sakatnya.Jadi bila jadi kes macam ni,Sultanpun gunakan kuasanyaitu.

7. Punca Dr.Zambry jadi MB Baru.
Kata mereka, tujuannya untuk menghapuskan pengaruh MB Nizar di Dun Pasir Panjang dan kerana wakil MIC tak ada dalam kerajaan BN di Perak.Jadi sebab kulit Dr.Zambry agak gelap sikit,diharapkan dapat menarik kembali sokongan kaum India kepada BN

8. Ujian Allah pada PAS sebenarnya bukan pada PKR dan DAP.
Kata mereka sebenarnya inilah ujian sebenar Allah pada PAS supaya para pemimpin dan penyokongnya terus beristiqamah dalam perjuangan.Jangan lupa diri apabila menerima kemenangan kerana PAS menyertai politik ialah untuk menyebarkan dakwah.Allah tidak mahu para pemimpin PAS leka atas jawatan yang diamanahkan. Secara simboliknya masyarakat mula mengagumi sifat amanah yang ada pada para pemimpin PAS

9. Kawasan yang ADUNnya melompat diserahkan kepada PAS.
Mereka juga mengharapkan agar kawasan-kawasan yang ADUNnya melompat parti diberikan kepada PAS agar kepercayaan para penyokong dapat dikekalkan. Mereka merasa bimbang,jika kerusi itu diberi kepada PKR lagi,takut-takut pisang berbuah dua kali.Apapun itu atas persetujuan para pemimpin atasanlah.

Apa yang tertulis ini janganlah dipercayai seratus peratus.Tapi itulah antara cerita dalam cerita apa yang berlaku di Perak. Lagi banyak kita bergaul dengan rakyat marhain, maka macam-macam ceritalah yang kita dapat. Cuma kadangkala kita terfikir betulkah cerita iniataupun hanya bersifat sandiwara.

Pada mereka yang terlibat jika tidak benar saya memohon ampun dan maaf kerana saya hanya menulis berdasarkan cerita-cerita yang macam betul tapi hakikatnya entah..., apapun 'Lu Fikirlah Sendiri'

Isa: Banyak sangat spekulasi dan sembang kedai kopi... hentam sajalah... ha..ha..ha..

2 IkutSukaLu...::

Unknown Tuesday, February 10, 2009 7:31:00 PM  

Salam anakanda Isa.

Yang no.8 tu rasanya boleh terima. Ayahanda ada tanya Pak Karamu. Adakah rasanya Allah tidak redho' PAS bersekongkol dengan DAP sebab nampat terang yang DAP adalah salah satu parti yang cukup anti Hudud. Maknanya harbila tuh!

ISA Wednesday, February 11, 2009 2:07:00 AM  

Salam Ayahanda,

Berkemungkinan begitulah adanya....
Makin hari makin cacamerba pula politik Malaysia ni....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP