Perangkap Rasuah Untuk Umno
>> Wednesday, February 11, 2009
Semenjak kemenangan PRU-12 oleh Pakatan Rakyat, pelbagai cara diusahakan oleh parti rasuah untuk memancing dan memujuk YB/Adun dari Pakatan Rakyat supaya berpaling tadah. Di antara dakwaannya ialah “ saya di tawarkan RM5 juta, RM10juta dan RM50juta” atau “ saya diugut itu dan ini ” dan pelbagai lagi sehinggalah membawa kepada hikayat dua ekor katak disorok hantu kopek dan telah dibebaskan dari Pakatan Rakyat, yang sekoq ICU dan yang sekoq lagi MC Hammer, sorang sakit!!! Dua-dua pun sakit…. Kalau sekoq mampuih….. dua-dua pun mampuih…. Depa berdua ni macam kembaq siam pulak…
Ha…ha…ha…, gurau…gurau…jugak… tapi yang bawah ni aku betui-betui serius, hampa semua nak marah aku… lantak pi kat hampa…dan ikut suka hampa… yang ini ikut suka aku, ok… buat tatapan Pimpinan Pakatan Rakyat.. kaaaalau depa baca….
Maaf, aku bukan hendak menyinggung sesiapa di sini, perkara ini telah lama berlegar dalam kepala otak aku, Cuma dipendamkan saja sehingga hari ini, itu pun setelah Adun Bukit Selambau mendakwa ditawarkan RM5 juta, diugut dan diancam. Walaupun laporan polis telah di buat dan seperti sedia maklum, jika berkaitan dengan parti rasuah maka siasatannya macam siput babi atau faham-faham sajalah…
Memandangkan segala usaha parti rasuah untuk memerangkap YB/Adun Pakatan Rakyat dengan menyogok mereka dengan umno seperti yang diperkatakan, tidak pernahkah terfikir oleh para pemimpin Pakatan Rakyat untuk membuat satu perancangan bagi memerangkap balaci-balaci parti rasuah ini apabila mereka cuba menawarkan umno kepada YB/Adun Pakatan Rakyat.
Dalam era teknologi serba canggih ini, sila kemukakan bukti rakaman perbualan atau perjumpaan diantara para balaci rasuah yang membuat tawaran dengan YB/Adun Pakatan Rakyat. Samada dalam bentuk rakaman audio, rakaman telefon, rakaman video atau bergambar, semua ini penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa perkara ini berlaku dan dapat menyakinkan rakyat bahawa perbuatan ini sememangnya wujud bagai didakwa.
Adakah anda semua sedar, dalam peperangan saraf ini semakin ramai pihak yang mendakwa diancam, diugut dan ditawarkan jutaan ringgit mendedahkannya, dan dinafikan pula oleh pihak parti rasuah, maka ianya akan menjadi bahan persoalan kepada masyarakat samada betul atau tidak perkara ini berlaku, jangan sampai penafian dari parti rasuah dan mainan media propaganda mereka memakan diri Pakatan Rakyat dengan mengatakan ini semua wayang politik Pakatan Rakyat untuk meraih simpati dan populariti … jadi buktikannya… walau dengan apa cara sekalipun.
Aku yakin jika ada sebarang bukti, hebahkan kepada masyarakat melalui rangkaian bloggers yang sentiasa rela dan ikhlas memperjuangkan kebenaran, atau buatkan dalam bentuk VCD atau CD dan kalau boleh diusahakan muat-naik ke Youtube, biar tersebar segala konspirasi jahat mereka keseluruh dunia. Insyallah perancangan jahat mereka akan terbantut.
Ini hanya satu cadangan bagi Kepimpinan Pakatan Rakyat, terpulanglah pada anda semua. Banyak lagi yang hendak aku ulaskan macam mana caranya… tapi depa ni bukannya bodoh… sampai tak boleh nak pikiaq macam-mana nak buat perangkap kot, Aku dah tunjuk jalan, pandai-pandai hampalah… takan nak kena pimpin… itu dah melampau.....
Nota: Sila baca Rasuah = Umno dan sebaliknya.
Isa: Aku pun boleh mendakwa semalam Najib tawarkan RM100juta untuk blogging bagi pihak parti RASUAH, aku menolak tawaran tu… dia siap ugut dan ancam keluarga aku… dan aku pun takut akan keselamatan keluarga, aku pun jual laptop aku dengan harga RM100 aje….. dan stop blogging…. Ha..ha…ha… lepas tu semua puji aku… ada prinsip dan maruah…. Bla..bla..bla… Wassalam... and goodnite... aku nak tidoq...
2 IkutSukaLu...::
Salam Isa,
Bahuihhh...ini satu bahan berfikir untuk pemimpin pakatan yang mudah ditipu oleh kaki putar alam buana.
Dengan si Nasar Bota yang bukan cerdik sangat pun, pemimpin Pakatan seperti Anwar boleh kena tipu.
Kesiankan?
Salam Pak Sheikh,
Memang kesian pun, sana cakap sini cakap, kita di tengah2 lagi kesian..
Post a Comment