Kaji Hikmah Kejadian Di Perak
>> Friday, February 06, 2009

Setiap kejadian ada hikmahnya, jika dilihat dari sudut permainan BN sememangnya nampak kotor dan keji dari pandangan kita semua dan betapa terdesaknya mereka untuk merampas Kerajaan Negeri Perak. Dari sudut taktik peperangan ianya satu strategi yang berjaya walau dengan apa cara sekalipun demi mencapai matlamat.
Bagaimana pula dengan permainan PR selama ini, adakah bersih dan bermoral seperti yang kita kehendaki, di akui dan tanpa ragu Isa mengatakan bahawa perlu ada perubahan dalam sistem pentadbiran Negeri dan Negara bagi menghapuskan kerakusan Kerajaan BN selama ini. Segalanya kerana dan demi RAKYAT.
Jika di teliti, apabila ada diantara kalangan BN yang melompat ke PR, semuanya kata bagus dan disanjung di puji, apabila ada kalangan PR melompat ke BN maka ianya akan di kutuk kow-kow punya…., apakah itu bermoral. Walaupun 2 orang Adun PR itu memang bermasalah lagi dari awal hingga menganggap rasuah seks sebagai sedekah adalah melampaui batas kemanusian dan ugama.
Mereka sebagai manusia biasa bertaraf Yang Berhormat mengaku beragama Islam tetapi jahil dalam mengamalkan hukum ugama Islam berada dalam keadaan terdesak dengan kes rasuah yang akan dibicarakan pada 10 Februari 2009, terpaksa mencari jalan keluar dan melepaskan diri, sebab itu mereka berpaling tadah
Berkaitan dengan Timbalan Speaker dari DAP yang kononnya berkecil hati kerana tidak menikmati kereta Camry adalah suatu alasan yang bodoh, sebaliknya harus dikaji mesti ada sesuatu yang membuatkan beliau tidak berpuashati dan berpaling tadah.(Sumber dalaman umno mengatakan mereka bertiga mendapat seorang RM5 juta, salah satu strategi peperangan, jika anda bagaimana? Adakah kelabu mata?)
Berhubung dengan kemasukan Adun Bota ke PR pula ianya membuka mata kita semua hingga disanjung di puji melangit akhirnya beliau menikam dari belakang, ini memperlihatkan sikap bertapa gelojohnya Anwar Ibrahim dan PR hingga diperdayakan oleh lakonan hero BN itu.
Istana Perak pula telah memainkan peranan yang sewajarnya dalam menyelesaikan isu ini, sudah tentu Baginda Sultan telah menggunakan segala kebijaksanaan beliau, apatah lagi selama ini hubungan antara Kerajaan Negeri (PR) dengan Istana tidak berapa baik. Ini harus dikaji dan diperhalusi mengapa Sultan bertindak demikian, bukannya di caci dan di hina.
Segala apa yang berlaku kini ada hikmahnya untuk Pakatan Rakyat supaya bermuhasabah diri dengan sikap dan perangai para Exco dan Adunnya yang bersikap gelojoh dan tamak selama memegang tampok kuasa dalam 11 bulan ini. Supaya perjuangan perubahan yang dilaungkan sebelum ini menjadi pegangan, bukannya retorik setelah berkuasa. Ramai diantara pendokong Pakatan Rakyat yang tahu akan sikap Exco dan Adun PR selama ini, tidak terkecuali dari Parti PAS juga, Maklumlah sudah sifat manusia yang penuh kelemahan, sebelum berkuasa berdegar-degar melaungkan kebenaran, apabila berkuasa mata mereka yang merah dulu.
Isa: Sedih dengan apa yang terjadi di Perak, kadang-kadang faham… kadang-kadang blur juga dengan sikap ahli politik yang bikin haru biru jadinya… ha...ha..ha..
8 IkutSukaLu...::
ISA
Pandangan yang matang..!
Syabas.
More please...
Tuan ZiZi,
Sebagai pendokong BLOW, Kita kena bersikap rasional. Not bias....
Siapa yang mengajar tu....
ISA
Steady ya, saya jawab. Supaya dalam kebersamaan, kita masing-masing masih bebas atas pilihan kita sendiri.
Sebagai pendokong BLOW, tiada siapa di antara kita kena bersikap rasional.
Sikap individu ialah pilihan.
Saya tidak pernah kena kan apa juga sikap yang muktamad dipegang ahli.
ISA pun tahu.
Pada saya, bias ialah, codong memihak pemimpin, parti, dan gabungan dalam keadaan tetap. Yakni salah pun kata betul, betul pun kata betul. Itu bias.
Pada saya tidak salah memihak dan menyokong pemimpin, parti, gabungan kerana memanfaatkan Rakyat.
Itu pegangan saya, dan saya nyatakan secara terbuka.
Tiada juga saya mengajar itu. Saya ahli BLOW, bukan guru, atau seumpamanya.
Kita biasa ke sekolah, sesuatu pengajaranpun oleh guru contohnya, bukan diikuti sebulatnya oleh semua.
Ikut Suka Aku, ialah pernyataan yang saya hormat.
Saya, dan ISA sendiri masing-masing bukan sempurna, saya juga tidak mengaku sempurna, dan kita sedang bergerak ke arah itu, jika memilih begitu, demi keredhaan Allah.
Jawapan saya ini, kelak kita akan tahu, di mana bezanya kita dengan pasukan menyatukan individu dalam sesuatu perjuangan.
Terima kasih kerana respons, dan demikian respons saya.
Masih terbuka kepada perbincangan.
Mungkin pengunaan perkataan "kena" menjadi isu. Dan jika digunakan perkataan "cuba" apa pula hasilnya.
Adakah tuan tersinggung dengan ayat "Siapa yang mengajar tu.. "
ayat itu dalam konteks gurauan. Sori aaarrr...
Blogger Wawasan seperti yang diperbincangkan tempoh hari matlamatnya untuk menyokong dan memajukan negara. Itu matlamatnya dan saya faham, tidak condong kepada mana2 pihak, selagi pemimpinnya jujur dan berada dilandasan yang betul, disokong.
Dalam soal sikap dan pegangan itu soal pilihan masing2, saya setuju dan benar tiada sikap dan pegangan muktamad kepada sesiapa ahlinya.
Itu respons saya, sekian.
ISA
Sukar tiada emoticons, ya.
Wakahkak.
Saya guna wakahkak, melambangkan saya tadi dan kini.
Wakahkak. Tidak tersinggung. Jika bertukar pandangan, saya boleh sampai dikutuki.
Kelmarin, saya melepas ledak perasaan, kerana menghidu niat jahat seseorang terhadap saya.
Itupun hanya Allah mengetahuinya. Tapi, saya tahu saya sharp, kerana mahukan kehalusan, perbuatannya begitu cepat saya tangkap.
Ini natural. Ibarat wanita yang mendapat khdimat dari 2 lelaki, dia cepat tahu yang mana ikhlas dan yang mana nak mengena.
Begitu juga dalam hal saya dengannya.
Kita, orait...wakahkak...
Barangkali tepat. Sebab, tidak konsisten individu yang nak sangat Rakyat dapat manfaat, maka Rakyat juga yang dikenakannya.
Jika saya begitu, kata pooorah, pun tak ngapa.
Tapi saya tidak begitu.
Isunya, bukan kena, namun, apa rasional, dan apa bias.
Pendirian saya, ialah apa yang benarnya, dan bolehkah seseorang memihak.
Tidak tersinggung pun. Wakahkak. Sebab saya tahu saya bukan, ada sedikit tinggipun berbanding ahli lain BLOW.
Kita semua Ahli BLOW. Tiada ketua. Tiada yang lebih, seorang ahli dengan ahli lain.
Bezanya mungkin di Bloggers Network @ Selangor. Pun begitu, jawatan itu hanyalah tanggungjawab untuk saya pikul kerana misi saya mencari redha-Nya.
Pun begitu, ISA nampak, betapa siapa Penghulu Sebenarnya. Sehubungan Blog, bukan saya. Saya masih ZiZi.
Betapa pantas password dikongsi. Ertinya Blog itu bukan hak milik individu.
Ianya diangkat untuk manfaat semua.
Perihal Perak, jika saya pos sama dengan ISA pos tadi.
Jika bezapun gaya dan mengayat. Natijahnya sama.
Baca komen saya awal sekali.
I meant it.
Komen antara kita begini, bagus sebenarnya. Kita tuju kefahaman yang lebih. BLOW masih umum. Kelak semakin terang, InsyaAllah.
STATE YOUR RESOLVE AND JOIN THE OTHERS AT DEMOCRACY FOR
PERAK!
http://cheahmad.blogspot.com/
Yang penting PAS perlu nilai diri. PKR perlu menilai orang-orangnya. Kegelojohan kuasa perlu ditahan. Nafsu perlu disekat.
Ayahanda Moundweller,
Alangkah baik jika semua orang begitu, tapi apakan daya....
Post a Comment