Iktibar Buat Selangor Dan Kedah
>> Friday, February 06, 2009
“Barang yang lepas usahlah dikenang, jika dikenang merosak diri” itulah bait-bait lagu nyanyian Tan Sri P.Ramlee yang menyuntik kata-kata nasihat untuk pengajaran semua, terutama kepada Pakatan Rakyat. Lupakan Perak kerana apa saja usaha yang dilakukan kini tidak akan berhasil, kerana segala intitusi perundangan negara telah mencapai ketahap pelacuran. Ambil iktibar untuk peperangan seterusnya dalam PRU-13 nanti. Kerana RAKYAT tidak akan lupa dengan segala apa yang berlaku.
Usah dibicarakan tentang Umno mahupun BN, kerana sudah terbukti dan nyata semua orang telah mengetahui akan kejelikan mereka terutama saf pimpinan tertinggi hingga ke akar umbi dimana wang adalah BERHALA mereka. Segalanya tersemat dalam kotak fikiran RAKYAT dan akan diingati sebagai hukuman dalam PRU akan datang.
Buat Kerajaan Pakatan Rakyat yang masih berkuasa, tolong ambil iktibar dengan apa yang telah terjadi di Negeri Perak, janganlah alpa dengan kuasa yang ada, janganlah bersikap terlalu berlembut dan prihatin dengan setiap kakitangan yang ada terutama dengan kakitangan yang berada dalam bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Adakalanya sesuatu tindakan itu akan dianggap kejam dan mengundang tanggapan serong sesetenggah pihak, tetapi adalah lebih baik daripada di tikam dari belakang oleh orang-orang yang tidak bertanggung-jawap ini.
Apa yang dimaksudkan di sini, supaya pihak berkenaan memantau dan mengambil tindakan terhadap mana-mana kakitangan yang pro-umno dan digantikan dengan kakitangan yang pro-Kerajaan Negeri sekarang ini.
Contohnya dengan apa yang berlaku di Selangor, serangan demi serangan diperhebatkan oleh pihak pembangkang negeri, sememangnya itu tugas mereka, tetapi bagaimana segala dokumen boleh terlepas ke tangan pembangkang jika tiada hantu atau orang dalam yang menyeludup keluar untuk dijadikan modal menghentam Kerajaan Negeri.
Dalam ertikata mudah, tukarkan semua ketua dan kakitangan yang memihak dan berkuasa pada zaman BN kepada yang baru, kerana ada dikalangan mereka ini adalah duri dalam daging bagi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Seperti yang dinyatakan tadi, bunyinya agak kejam tetapi jika direnungi adakah sekejam perbuatan umno terhadap Kerajaan Perak. Jika hendak berperang ikut rentak perang, jika hendak menari ikutlah rentak tarian mereka.
Buat Menteri Besar Selangor janganlah tunjuk besar kepala anda dengan sikap bodoh sombong, kerana suatu hari akan menikam diri, anda kini bukan berada dalam dunia KORPORAT. Anda harus sedar bahawa anda kini berada dalam dunia KEPARAT, dunia POLITIK yang tidak mengenal akan halal dan haram, DEMOKRASI BERPELEMBAGAAN hanya pada ejaannya sahaja. Matlamat menghalalkan cara.
Cukuplah dengan sikap berhemah dan prihatin yang ditunjukkan sebelum ini, kerana puak-puak ini bukannya dari jenis yang tahu berterima kasih, kerana mereka telah terbiasa dengan cara pentadbiran zaman BN yang penuh dengan nikmat dunia.
Isa: Jangan di ikut kegelojohan Anwar Ibrahim, yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Negeri Kedah juga tidak terkecuali, Adun Kedah telah di “offer” RM3 juta seorang untuk melompat ke BN…. Jadi berhati-hati…
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com