IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Apabila Ada PHd... Susah Beb...!!!!

>> Friday, September 11, 2015

(Membongkar Kisah Mufti Perlis Yang Kita Tidak Ketahui.Baca Sampai Habis)

Ayah Dr Maza atau lebih dikenali sebagai PakLong menceritakan kepada saya kisah anak beliau iaitu Profesor Madya Dato' Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin ataupun lebih dikenali sebagai Dr Maza yang merupakan Mufti Negeri Perlis.



Ketika itu Dr Maza menjadi pensyarah di USM. Beliau dijemput untuk menjadi Mufti di negeri Perlis. Beliau menolak jawatan itu. Kemudian beliau di desak berkali kali. Akhirnya beliau terpaksa menerima jawatan tersebut. Selepas itu beliau balik ke rumah mengadu sambil menangis menceritakan kisah mengenai jawatan tersebut kepada emaknya "bala apalah yang datang... jawatan ini terlalu berat untuk saya".

Ketika beliau menjadi mufti.beliau melawat ke semua masjid termasuk di kampung-kampung. Di sana beliau mempunyai musuh. Orang-orang yang membenci beliau mengatakan Dr. Maza Wahabi dan sesat, mereka juga mencipta kisah palsu kononnya Dr. Maza menampar tangan tok imam sebab berdoa beramai ramai lepas solat dan kononnya Dr. Maza menampar tangan tok imam ketika membaca qunut.

Ada seorang ustaz mendengar kisah ini. Kemudian ustaz ini bercerita dalam kuliahnya di Perak. Ustaz itu mengatakan di Perlis ada mufti yang bahaya membawa ajaran sesat dan biadap menampar tok imam yang berdoa. Dalam kuliah ustaz itu ada emak saudara Dr. Maza. Emak saudaranya terus menelefon keluarga Dr. Maza untuk mengetahui perkara sebenar. DrMaza menjawab dia tak pernah pula tampar orang. Kata Dr. Maza kepada emak saudaranya "kalau salam dengan orang tu selalu la. Tolong bagi tahu orang mana yang saya tampar boleh saya pi mintak maaf kat dia kalau betul benda ini berlaku"....

Emak saudara Dr. Maza pergi berjumpa ustaz yang menuduh Dr. Maza selepas lepas kuliah. Emak saudaranya berkata sambil mengalir air mata "ustaz tau tak sapa mufti Perlis yang ustaz kata sesat dan biadap tu... dia anak saudara saya. Saya jaga dia dulu waktu kecik.. dia tak pernah pukul orang. Saya nak ustaz cakap sapa orang yang Dr. Maza tampar boleh dia pi mintak maaf". Selepas kejadian tersebut ustaz itu dah tak bagi kuliah di masjid itu lagi.


Seperti mana yang di ketahui, sebelum ini Dr. Maza juga antara orang yang alim di dalam bidang Hadis dan Fiqh 4 mazhab. Kitab hadis karangan beliau mengenai asbabul wurud telah dicetak di Beirut Lubnan. Kitab karangan beliau telah dijual di negara Arab. Yang lebih mengejutkan lagi,kitab hadis karangan beliau dijadikan sebagai silibus universiti di negara timur tengah.

Dr Maza juga berguru dengan ulamak tafsir yang terkemuka di Jordan iaitu Sheikh Solah Abdul Fattah Al-Kholidi. Selain itu, Dr. Maza juga antara yang mahir dalam perdebatan. Dahulu ada seorang mufti di Malaysia, beliau tewas ketika berdebat dengan syiah. Selepas itu mufti tersebut meminta DR. Maza untuk menggantikan beliau berdebat dengan syiah itu. Dr. Maza hanya membawa beberapa helai nota manakala syiah itu membawa kitab yang banyak.

Di akhir perdebatan, merah muka ulamak syiah itu kerana tidak dapat membalas hujah Dr. Maza. Ini debat tertutup, jadi tiada video. Beliau juga berdebat dengan Astora Jabat untuk mempertahankan pegangan Ahlus Sunnah. Debat ini ada dirakam di youtube.

Kita selalu mendengar Dr. Maza kononnya mudah membidaahkan orang dan menolak bidaah hasanah serta selalu menghina dan mengkafirkan ulamak. Benarkah perkara ini. Di sini penjelasannya, Ulamak yang menolak bidaah hasanah bukan Dr. Maza seorang. Tetapi ramai lagi antaranya seperti Ketua Persatuan ulamak sedunia iaitu Syeikh Dr. Yusuf Qardawi. Selain itu juga ulamak silam yang terkemuka dalam bidang usul iaitu Al Imam As Syatibi dalam kitab Al Itishom juga menolak bidaah hasanah dalam ibadah.

Itu bukannya pendapat Dr. Maza sendirian tetapi itu pendapat ulamak besar yang lain. Jangan kita sibuk hendak menuduh orang lain wahabi sehingga kita tidak sedar kita telah menuduh ulamak besar yang lain seperti Dr. Yusuf Qaradawi sebagai wahabi. Dr. Maza telah berdebat tentang isu ini dengan Dr. Aziz Hanafi dan debat ini ada dirakam.

Kita selalu menuduh orang itu dan ini wahabi. Tetapi apabila hendak berdebat dengan orang yang menentang ISLAM seperti syiah dan anti hadith, orang yang dituduh wahabi sesat dan pengecut itu lah kita minta pertolongan daripadanya.

Copy-paste dari FB

Kesimpulannya jangan mudah melabel sesuka hati melainkan ada bukti yang nyata... apatah lagi jika lu orang bergelar Ulama.

PHd - Perasaan Hasad Dengki.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP