IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Mengapa DAP Menentang Hudud

>> Wednesday, September 09, 2015

DR MAZLAN ALI MENJAWAB ISU MENGAPA DAP MENENTANG HUDUD DAN TANGGUNGJAWAB AMANAH
Assalamualaikum, Tuan Mohd Azmil
Perkara berkenaan hudud apabila dibicarakan di atas pertimbangan politik demokrasi sememangnya merumitkan.
Saya berpendapat:
Kenyataan Lim Guan Eng sebagaimana video yang diposting oleh Tuan Mohd Azmil ada seperti berikut; "Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah di Putrajaya tidak akan melaksanakan undang2 hudud"
Saya tidak melihat kenyataan itu membawa maksud Dap 'menentang' hudud. Tuan Mohd Azmil mesti membezakan antara 'menentang' dengan 'tidak melaksana'. Dari segi makna bahasa, 'menentang' bermaksud tidak akan membenarkan sama sekali dan tiada tempoh had yg ditentukan.
Manakala 'tidak melaksana' bermaksud tidak dijalankan untuk suatu tempoh tertentu.
Saya berpendapat kenyataan Lim Guan Eng ini dibuat berasaskan pemahaman beliau dalam konsep dan falsafah hubungan antara negara dan undang2 moden yg dibangunkan oleh Barat, di mana negara adalah manifestasi masyarakat (sivil) dan bukannya manifestasi agama atau tuhan.
Justeru, bagi saya kenyataan Lim Guan Eng ini sesuatu yg normal bagi manusia yg berfaham sekular.
Tetapi dari pemerhatian saya, kedudukan Dap lebih baik berbanding respon yg ditunjukka Umno, MCA dan Gerakan terhadap hukum hudud ini malah lebih dashyat sehingga membawa kepada ciri2 penghinaan terhadap hukum itu sendiri (Tuan Mohd Azmil boleh merujuk kenyataan2 menghina oleh pemimpin BN terhadap hudud sebelum ini)
Saya tidak pasti latar belakang pendidikan Tuan Mohd Azmil, namun saya menyarankan supaya beliau meneliti beberapa aspek yang berkaitan dengan perundangan Malaysia di mana ia mempunyai kaitan dengan asas ketidaksetujuan Dap terhadap hukum hudud.
Fahamkah Tuan Mohd Azmil bahawa penolakan Dap terhadap usaha Pas membawa enakmen hudud melalui Private Bill itu benar2 satu penentangan terhadap agama Islam dan umat Islam seluruhnya, atau penentangan terhadap pencabulan undang2 Perlembagaan di mana sebahagian peruntukan dalam enakmen hudud itu memang bercanggah dengan Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum Tuan Mohd Azmil membuat kesimpulan mudah dengan mengatakan Dap sebagai orang kafir yang anti-Islam dan hudud, sewajarnya bermuhasabah terlebih dahulu adakah Pas menuruti peraturan dan prosedur sedia ada dalam setiap langkah dan tindakan?
Kelihatannya Pas lebih kemaruk membincangkan isu pelaksanaan hudud dan membayangkan ia seolah2 satu rukun iman yang langsung tiada ruang untuk diperhalusi dan diperbincangkan.
Malah Pas seolah2 menghukum sesiapa yang cuba membahaskan sesuatu idea, cara dan masa sesuai pelaksanaan hudud, dianggap oleh Pas sebagai mempertikaikan 'aqidah dan agama Islam'.
Itulah cara Pas sejak dahulu, seolah2 menjadikan hukum hudud ini sebagai satu pertaruhan dan meletakkan setiap batang tengkuk orang Islam antara batas kufur, antara batas syurga dan neraka.
Sedangkan Hukum Hudud adalah kuhum Allah yang WAJIB FARDU KIFAYAH ke atas umat Islam dan diwakilkan pelaksanaannya kepada KERAJAAN ISLAM.
Dan kita wajib beriman dan yakin dengan hukum hudud tersebut.
Wajib hukum hudud bukanlah wajib 'Aini Solat yg jika kita tinggalkan ia wajib di qodho dan tidak ada kaedah fekah yg menggugurkan mewajiban solat walaupun ia wajib muwassa'.
Hukum hudud ini digugurkan atau ditangguhkan dahulu jika ia (hukum hudud) tidak mencapai maslahat ummat, bahkan membawa kemudaratan kerana sabda Nabi SAW:
"Tinggalkan hudud dengan adanya shubhat"
Kaedah fiqhiah:
"Hudud itu gugur pelaksanaannya dengan sebab ada Shubhat dan berbagai2 syubhat yabg disebut para ulama di dakam kitab2 Qowa'id Fiqhiyyah'
Maka syubhat itu kita tasawurkan.
Usahkan Malaysia yg telah dijajah selama 446 tahun, dan penguasaan penjajah British ratusan tahun yg telah mengubah lanskap politik, undang2, ekonomi dan sosial sekian lama, malah negara umat Islam seperti Mesir yang penduduknya 90 % Arab Islam pun sudah lebih 800 tahun tidak melaksanakan hudud sedangkan Al Azhar Al Syarif dan alim ulama besar Islam tinggal di sana (Mesir).
Tuan Mohd Azmil boleh merujuk fatwa Sheikh Nurudin Ali Goma'ah (bekas mufti Mesir) dan Al-Musnid Dunya Sheikh Yasin al Fadani mengenai perkara ini.
Jadi, dalam isu ini kenapa pemimpin Pas cenderung mengambil pendekatan 'marah dan menghukum' serta menyerang orang lain sehingga perbalahan tentang hudud telah menyingkirkan golongan progresif daripada Pas.
Dan setakat hari ini walaupun Umno memberi jaminan akan menyokong Pas (private bill), rakyat Malaysia tidak menyaksikan sebarang psrkembangan baru dalam pelaksanaan hudud selain dari bahasa 'caci maki' dan label buruk terhadap individu yang 'BERBEZA PANDANGAN' dengan jemaah Pas dari peringkat tertinggi hingga ahli bawahan.
Apa yang berlaku hari ini, golongan ulama Pas (sebenarnya lulusan agama) sentiasa menakut-nakutkan ahli yg bukan lulusan agama Uslan dengan doktrin 'al-wala' dan ancaman dosa mempertikaikan agama atau melawan ulama Pas.
Manakala ahli2 bawahan (terutama yang jahil dan daif dari segi sosio-ekonomi) dipasak dalam fikiran oleh ulama Pas bahawa;
"Takanlah ulama2 Pas tak cukup ilmu..."
Doktrin seperti ini telah memerangkap ahli2 bawahan ini untuk ber wala' buta kpd pemimpin Pas sedangkan dalam Islam ketaatan yg mutlak itu hanyalah kepada Allah dan rasul, manakala ketaatan kepada ulil amri adalah 'bersyarat'.
Justeru, saya berpendapat kemunculan AMANAH ini amatlah tepat pada masanya dan partii baru ini berperanan besar dalam usaha memurnikan semula pemikiran umat Islam dari fikrah 'marah dan menghukum' Pas yg telah merosakkan imej dan reputasi Islam sebagai agama yg rahmah, santun, mencantum dan inklusif tanpa melihat bangsa, warna kulit, jantina dan kelompok.
AMANAH akan memimpin gerakan arus pemurnian fikrah Islam yang sebenar dan membebaskan cengkaman pemjumudan jemaah Pas dengan doktrin al-wala'.
AMANAH akan bergandingan dengan rakan Pkr dan Dap menadapatkan kuasa dan suatu hari kelak, saya percaya dgn kuasa yang ada (umat Islam dgn kuasa majoriti di Parlimen), AMANAH akan menyantuni rakyat Malaysia termasuklah dalam perkara pelaksanaan hukum hudud apabila pelaksanaannya akan mencapai maslahat2 ummat serta menjaminkan keizzahan Islam dan selepas keadilan dalam pemerintahan disempurnakan iaitu dari segi pendidikan aqidah, syariah dan akhlak, keadilan ekonomi, pembangunan sosial dan sebagainya.
WALLAHUAKLAM
Dr Mazlan Ali

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP