Si Haramjadah Lantik Kerbau Pendek... Memang Jahanam Laaa...
>> Tuesday, January 10, 2017
*Felda Juga Bakal Tergadai Ketangan Asing Jika Tidak Dibendung*
PELANTIKAN TAN SRI SHAHRIR SAMAD: PERDANA MENTERI AKUI PENDEDAHAN MENGENAI KEPINCANGAN FELDA ADALAH BENAR.
Saya membaca berita ringkas mengenai pelantikan Tan Sri Shahrir Samad
sebagai Pengerusi Felda yang baru menggantikan Tan Sri Isa Samad. Saya
mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Shahrir atas amanah yang besar ini
dan berharap beliau mengambil sikap terbuka dengan semua pendedahan
kepincangan Felda yang saya buat secara bertubi-tubi kebelakangan ini.
Pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang datang
secara tiba-tiba dalam suasana kepincangan kewangan dan pengurusan Felda
menjadi bualan rakyat mengesahkan bahawa isu-isu yang saya (dan ramai
lagi pemimpin politik dan aktivis Felda yang lain) timbulkan adalah
benar. Malah, sejak 3 minggu lalu apabila saya memulakan pendedahan
bersiri mengenai kepincangan kewangan dan pengurusan Felda, tidak ada
satu pun kenyataan rasmi dari Felda atau Tan Sri Isa Samad yang menjawab
angka-angka yang saya utarakan.
Pelantikan mengejut Tan Sri Shahrir Samad seakan-akan mengesahkan masalah kewangan yang meruncing yang dialami Felda dan menjunamnya sokongan peneroka Felda sendiri kepada Umno ekoran prestasi Tan Sri Isa Samad yang tidak memberangsangkan dan tidak popular.
Meskipun begitu, tanggungjawab sebenarnya terletak di bahu Dato’ Seri Najib sendiri kerana pengurusan Felda berada di bawah tanggungjawabnya. Di dalam Jemaah Menteri Malaysia iaitu badan eksekutif tertinggi di negara ini, tanggungjawab menyelia dan memajukan Felda terletak di bawah portfolio Perdana Menteri, maka sewajarnya beliau perlu turut sama meletakkan jawatan atas kegagalan memajukan Felda dan masyarakat peneroka.
Sedang saya mengalu-alukan perlantikan Tan Sri Shahrir Samad, saya juga ingin mengingatkan bahawa beliau tidak boleh mencuci tangan atas segala kerosakan yang telah berlaku bersabit Felda. Malah, beliau perlu menjawab dan menangani segera segala isu yang saya timbulkan iaitu:
Keputusan Felda untuk membeli 37% pegangan di dalam syarikat perladangan Indonesia (Eagle High Plantations) yang dimiliki sahabat baik Perdana Menteri pada harga yang 3 kali lebih tinggi, sedangkan Felda tiada wang dan tidak juga mempunyai kuasa penentu dalam membuat keputusan di dalam syarikat baru itu (walaupun mempunyai saham terbesar).
Prestasi kewangan Felda yang merudum sejak 2013 dengan kerugian berbilion ringgit setahun, hutang yang mencecah RM6 bilion dan rizab wang tunai yang susut dari berbilion ringgit sebelum itu kepada RM291 juta sahaja (tahun kewangan 2014).
Kemampuan Felda untuk menjalankan tanggungjawabnya kepada peneroka Felda apabila kedudukan kewangannya meruncing sedangkan belanja untuk menanam semula kelapa sawit mencecah RM2.5 bilion (berbanding pendapatan dan kerugian yang dicatatkan).
Kegagalan projek-projek perumahan Felda yang diwar-warkan oleh Dato’ Seri Najib sehingga sejumlah RM193 juta kerugian khusus kepada program perumahan Felda dicatatkan dalam tahun 2014.
Oleh yang demikian, saya menggesa supaya Tan Sri Shahrir Samad dengan segera mengumumkan pembentangan Kertas Putih mengenai Prestasi Kewangan dan Masa Depan Felda di persidangan Parlimen akan datang dalam bulan Mac ini.
Sementara itu, saya akan meneruskan pendedahan mengenai kepincangan kewangan dan pengurusan Felda termasuk satu pendedahan besar minggu depan untuk mengalu-alukan pelantikan Tan Sri Shahrir Samad.
*RAFIZI RAMLI*
*AHLI PARLIMEN PANDAN*
*NAIB PRESIDEN KEADILAN*
4 IkutSukaLu...::
dengar cerita...walaupun bukan lagi pengurusi felda...isa samad tetap mendapat elaun/gaji/imbuhan setiap bulan berjumlah 150 ribu sebulan..dasyat nya kalau betul mcmtu....
dah buat mcm mcm projek..dengan saham yg jatuh..dengan kerugian yg bertampok tampok...
masih dapat mcm mcm imbuhan...kesian kat org felda.kerja dari muda sampai tua..hutang tak pernah abis...
kesian orang melayu
najib sangat sayang dengan isa sebab isa ada simpan satu fail istimewa........oleh kerana fail itu najib akan ikut semua kehendak isa .... kah..kah..kah..!!!!!!!
tu pon ramai gak yg pangkah gak lagi... bangga weh dgn nama FELDA yg terbaboommm tu
menatang kerbau pendek, penguasa mlayu nak pegamg tangkap tidak boleh sbb haramjadah..
kalu dok biag saja lagi tak patut.
agaknya kerbau pendek yg ni cuma pengikot dan pakturot perintah saja..
arahan dan perintahan dari bapak kerbau pendek yg bapak haramjadah dia punya.
Post a Comment