Jom... Belajar Merompak.
>> Friday, October 17, 2014
Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank, "Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini
kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda...". Semua orang
dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.
*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak."
- berfikir lain daripada yang lain!
Apabila seorang wanita meniarap di atas meja dengan gaya
yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan..!!! Ini adalah
rompakan, bukan cubaan merogol..!!!"
*Ini dipanggil sebagai "Profesional."
- Fokus hanya pada apa yang lu orang dilatih untuk melakukannya.
Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda
(kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah
6 sahaja):
Perompak Muda: "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita
dapat.
Perompak tua menyangkal dan berkata: "lu ni bodoh,,!!! Terdapat
banyak wang, sampai bila baru kita boleh habis kira..??? Malam ni kita nonton
berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita
tersebut."
*Ini dipanggil "Pengalaman."
- Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas..!!!
*********** Waktu yang sama di Bank ************
Selepas perompak beredar, pengurus bank mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi
penyelia berkata kepadanya: "Tunggu... mari kita ambil $10 juta daripada
bank untuk diri kita dan tambah kepada $70 juta yang kita sudah
gelapkan dari bank..!!!".
*Ini dipanggil "inovatif."
- Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda..!!!
Penyelia berkata: "alangkah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"
*Ini dipanggil "berpandangan jauh."
- merancang masa depan selangkah lebih awal..!!!
************* Ini dipanggil "Perompak Berlesen" namanya ***************
Pada malamnya berita perdana TV melaporkan bahawa $100 juta
telah dirompak dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang
kali, tetapi mereka hanya boleh mengira setakat $20 juta sahaja. Perompak sangat marah
dan mengadu: "Celakesss..!!!! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat
$20 juta tapi Pengurus Bank mengambil $80 juta dengan hanya
petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada
menjadi pencuri."
*Ini dipanggil "Pengetahuan"
- pengetahuan kunci kejayaan hidup..!!!
Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya
dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan
itu.
*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air."
- mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain..!!!!
Kesimpulannya:
Merompak hanya contoh sahaja dalam penceritaan tersebut. Gua tak suruh lu orang merompak.... hahaha.... tapi pandai mengambil pengajaran dari kisah tersebut.
Ending of story:
Lalu perompak membuat laporan polis terhadap
penipuan pegawai bank tersebut tentang jumlah rompakan sebenar....*Ini pula dipanggil "Bangang"
- "BANGANG TAK BERTEMPAT".
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com