IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Lebih Baik Minta Derma Di Gereja...!!!!

>> Saturday, October 12, 2013


Tengahari tadi nampak Ahmad Haniff (Robert) sedang bekerja di sebuah kedai makan. Umur sudah 60 tahun. Kedai makan milik jiran2 cina masih sudi menolongnya dengan memberi kerja mengangkat pinggan mangkuk.

Orang tua seperti dia, hanya boleh bekerja untuk berapa jam saja..???
Selebihnya hanya mengharap simpati rakan2, Islam dan bukan Islam.

Mana bantuan Pejabat Agama/Zakat???
Mana wang zakat..???

Ya..., memeluk Islam menjadikan seseorang itu lebih baik dan bersih. Bersih pakaiannya, bersih hatinya. Jelas dia semakin malu untuk meminta2 wang dari orang lain. Aku perasan benar kerana aku berkawan dengan dia.

Tapi kalau dia tidak meminta2 dia hendak makan apa..???
Perlukah dia meminta pada orang yang tidak sepatutnya lagi..???
Ada yang jenis terbuka serta lembut hati akan terus memberi tapi ada yang mengambil peluang menyindir pula.

Mana duit zakat buat asnaf muallaf..???

Nasib baik dia masuk Islam seminggu selepas hariraya, dapatlah duit raya RM300 tempohari. Jika tidak agaknya, sehingga sekarang satu sen pun duit zakat tidak dapat dijamahnya.

Itukan hak dia..!!! Itu duit dia....!!!!
Orang ramai bayar zakat bukan untuk bagi tok kadi makan, Pengarah dan pekerja pusat Zakat membuncitkan perut dan berpoya2. Bukan juga untuk orang kaya makan. Orang keluarkan zakat untuk fakir miskin dan muallaf...., 2 minggu lepas ada orang pejabat agama konon nak melawat rumahnya. Sehingga ke hari ini tak nampak muka.

Jumpa seorang kawan bekerja pejabat agama, aku bertanya...;
"Lawatan pejabat agama itu untuk apa..???"
"Mungkin mereka nak siasat layak tak layak untuk dapat bantuan" jawabnya.

Jika begitu memang benar2 tidak Islamik punya kerja. Muallaf sudah berumur 60 tahun, hidup sebatang kara, masih perlu menunggu kamu (staff Pejabat Agama/Zakat) yang pemalas untuk buat kerja..???

Kamu berdosa...!!!!
Duit zakat itu duit dia..., berikan segera pada dia. Berhenti bekerja menjaga agama jika rasa terbeban. Kamu memang tidak berguna..!!!!

Jangan temberang.... dan berselindung sebalik Agama.., kerana kamu Islam dipandang hina."

Nukilan - Kiyai Reformis.

Nota: Kepada sesiapa yang ingin menyumbang bantuan kepada saudara baru kita boleh salurkan sumbangan kepada Kiyai Reformis akaun (isterinya) :AMBANK :026-002-006569-4 (Misslina) . RM5 (secara transfer credit ) tetap bermakna. Telefon: 0167948987 atau 0137411069 Rahman Hosman ( Pontian Johor )

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP