IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Puteri Yang Cair....

>> Monday, September 30, 2013

Pada zaman dulu, ada sorang puteri raja yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila Aprilia. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab itu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut cair jika tersentuh atau terpegang.

Maka susahlah hati ayahnya kerana takda siapa yang nak kahwin dengan puterinya itu. Maka.., dengan kebodohan sedia ada maka si Maharaja mengikut nasihat Perdana Menteri, Maharaja pun membawa puterinya berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat.

Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang takan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan Perdana Menteri juga, Maharaja telah mengistiharkan bahawa siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kahwin dengan puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun-duyunlah lelaki datang membawa benda dan barang masing2 dengan harapan dapat menjadi menantu Raja.

Pertandingan pun berlangsung.. muncul lelaki pertama..

Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?

Lelaki #1 : Hamba bawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri & kapal terbang.

Maharaja: Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki #1 : Silakan tuanku..

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh..!! Cair nampaknya logam itu.. Kecewalah lelaki itu, Maharaja & tuan puteri..

Muncul pula lelaki ke 2..

Maharaja: Haaaa.... kamu...!!!! Apa yang kamu bawa tu...????

Lelaki#2: Hamba bawa batu berlian. Benda ini lah yg paling keras dalam dunia. Pada masa akan datang, benda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki #2: Silakan tuanku..

Maka puteri itu pun pegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh..!! Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa laaa... lelaki itu, maharaja & puteri.

Seterusnya, lelaki2 lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair jua.

Akhirnya, muncul lelaki yang terakhir. ehhh,,, dia datang berlenggang jer... tanpa membawa apa2 pun...!!!

Maharaja: Hey Kamu..!!! Apa yang kamu bawa..???? Kenapa datang berlenggang jer..???

Lelaki: Patik ada bawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket seluar hamba ini.

Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu. Biar puteri Beta cuba memegangnya.

Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya, seluklah dalam poket hamba ini..

Maharaja: Hmmmm.. Kalau begitu, baiklah..

Maka terpaksalah puteri menyeluk ke dalam poket seluar lelaki itu. Puteri teragak2 sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu. Kemudian puteri terpegang sesuatu.. Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba2 puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja berasa hairan dan Maharaja bertanya kepada puterinya..

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu..???

Puteri: Dapat..

Maharaja: Benda tu cair..????

Puteri: Tak..

Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta isytiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta...!!!!

Lelaki: Hehehehehehehehe..

Maharaja berasa pelik binti hairan... dalam senyum ada gundah gulana bercampur galau....
Tapi.. apakah yang puteri Beta pegang.???? (mukanya merah padam... masih kontrol kesabaran lagi)

Kenapa lelaki itu ketawa..???? (berkerut dahi memikirkannya...)

Dan kenapa benda tu tak cair..???? (apa ke bendanya itu....)

Maharaja betul2 konpius....... bagaimana pulak dengan lu orang semua...???

Apakah yang lu orang rasa puteri itu dah pegang..????

Apa yang terlintas dalam kepala hotak lu orang..???

Hehehehehehehehe..

Benda itu ialah COKLAT.... "M&M"....
CAIR DIMULUT, TIDAK DI TANGAN...!!!!

Lu orang ingat apaaaaa......???? Asyik ingat lucah jerrrr.... otak tu biar betul sikit... jangan terikut kepala otak macam macai umno atau mamat nih.... 1st Class Goblok sepanjang zaman..., keraaaa...jaan dah bagi subsidi tak tau berterima kasih....

Bodoh....!!!! Dia ingat duit Keraaaa...jaan tu duit Bapak dia agaknya....


Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP