Bahana 20sen..., Natijahnya Jadi Sasau...!!!!
>> Sunday, September 08, 2013
Dalam
kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah
kaki langit khirmizi ini dan aku sedang membelek –belek akaun fesbukku
ini, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita
palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang
segala kekusutan yang membelit tali perutku.
Dan kehadiranmu itu
mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.
Kau juga mengajarku erti
cinta, singa laut, beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus,
cendol, koridoraya, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita
bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah
Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat
liputan meluas TV3 suku hingga ke planet pluto itu telah mengundang perpisahan
yang akhirnya telah mengecewakan aku dan seluruh penternak lipan di
Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi
tuan rumah Sukan Komanwel tahun 1998.
Sesungguhnya perpisahan
itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di
Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung ,
Samsung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa
aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku
seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan
tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila
daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku
tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set.
Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam
gua musang yang gelap dan ditemani stalaktit dan stalagmit yang bagaikan sembilu.
Kondominium One Menerung sebagai lambang cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas
helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu
mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang
angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak
dengan abang iparku.
Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak
diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri
berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang
aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik.
Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang
entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi
hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar
mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai
tanda aku tidak bersalah.
Mengapa..???
Mengapa sayang..???
Mengapa ini semua bisa terjadi..???
Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk serta seekor mak badak putrajaya.
Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang ku tempuhi kini. Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan.
Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan botol budu yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu. Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali.
Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah.sambil komen dan update status di fesbukku ini.
Ooohhhh..... peritnya.. bila melihat orang lain update status aku.., takpelah... nanti ada masa akan ku update status ini sambil makan megi kari berkuah lauk kari capati.
Asrol Afandi.
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com