IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Penakut Rupanya... hahahha...!!!!

>> Wednesday, July 03, 2013

Malas nak citer pasal politik Malaysia sekarang nih... baik bn/umno laknatullah mahupun PR... kong kali kong... semuanya macam cibai jer.... hahahaha....

La ni gua nak cerita pasal kejadian lawak yang berlaku malam tadi...., setelah selesai berhempas pulas dalam gym, seperti biasa gua dan member2 gym (3 orang) termasuklah dengan instructor kami akan duduk melepak sambil bergebang menghilangkan dahaga...

Gambar hiasan daripada Uncle Google... hahahaha...

Sewaktu melepak tu... masing2 dengan cerita masing2 lahhhh...., dalam dok syok bergebang tu... tiba2 ada dua orang member menundukkan kepala dengan muka cemas gila beb... gua dengan sorang lagi termasuk instructor merasa hairan beb.... apahal mamat dua ekoq nih cemas gilerrr... takan nampak hantu kot... mana ada hantu melepak beb... keeee... diorang nampak Ah Long.. pasal gua nengok muka diorang cemas semacam jer....

Setelah terbangang2 sambil tercengang2 dengan gelagat member2 tadi... sorang lagi member terperasan ada sekoq lipas sedang terbang ke harussana ke harussini... dia pun nampak cemas... sambil gelak2 menundukkan kepalanya beb.... hahahaha....!!!!

Wooooo.... rupa-rupanya member2 yang cemas tadi menundukkan kepala masing2 sebab diorang dah nampak lipas yang terbang tu... so.. apalagi gua pun mula la jadikan bahan mengutuk member2 yang berbadan sasa otot berketul2 yang selama ini sembang deras wa cakap luuuuuuuu.... hahahaha...

Yang si lipas tu pulak... pandai jer... cari mangsa beb... tup.. tup... mendarat atas beg sandang salah sorang member tadi... apalagi... bercempera laaaa... mamat2 tadi beb... gua dengan instructor pun apa lagi beb... bantai gelak guling2 aarrrr....

Tiba2... lipas tu mengembangkan sayapnya terbang buat korner baring ke arah instructor... mamat ni pun mengelak jugak... gua ingatkan dia cool... rupanya 2x5 jer... hahahahaha... gua pulak... selepas lipas tu "landing" kat beg salah sorang member tadi... gua dah bangun dari kerusi beb... tanpa menunjukkan reaksi takut dan control macho, sebab beg tu kat sebelah kerusi gua jer....

Perghhhhhh......!!!!

Yang sebenarnya... gua sendiri pun geli geleman dengan sang lipas nih... hahahaha.... muakakakakaaaa.... cumanya cuba control berani jerkkkk... sebab tu awal2 lagi gua dah bangun hehehehe...

weiiii... geli beb dengan kaki berduri lipas tuuuu.... adrenalin gua pun tiba2 naik secara mendadak beb.... tapi tak nak laaaa... tunjuk pada member2 lain... hahahaha...

Kesimpulannya, dalam bersembang hebat dengan otot berketul2 ahli bina badan tuuuu... rupa-rupanya ada jugak perasaan TAKUT dalam diri diorang.... hahahaha...

Dalam istilah kasarnya bolehlah dianggap member2 tadi sebagai penakut..., tetapi benarkah istilah tersebut digunapakai atau sebenarnya ianya lebih kepada istilah "Geli" atau "Fobia" kepada Serangga...????

Walau apapun... kejadian semalam telah menjadi bahan bualan dan ketawa serta kutukan (kemungkinan) daripada orang2 sekeliling kami semalam.... malu sioooooottttt....!!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP