KWSP : Siasat Jelah...!!!!
>> Thursday, May 30, 2013
Merujuk kepada posting gua "Bapak Besar Punya Ah Long"... bawah ni ada komen pencerahan kepada semua orang, so berhati-hatilah supaya semua hasil titik peluh lu orang tak kena songlap dengan individu yang tak bertanggung-jawab.
Orang susah payah cari duit untuk simpanan hari tua, ada pulak malaun puaka haramjadah yang mengambil kesempatan dengan alasan untuk membantu sesiapa yang ada masalah kewangan kronik kononnya, orang tu dah la kronik dengan masalah kewangan... malaun puaka tu pulak buat sindiket nak menjahanamkan lagi dengan sakau caj pengurusan dan kelulusan sebanyak 45% daripada jumlah pinjaman.
Sila baca jawapan daripada KWSP di bawah, maksudnya memang kompom email yang gua terima dan gua yakin ramai lagi diluar sana yang menerima email yang sama supaya tidak terpedaya dengan malaun2 puaka kaki penipu, pengkhianat bangsa dan agama tu.
Gua juga yakin malaun puaka tu dibantu oleh malaun penipu dari kalangan pekerja KWSP sendiri.... hahahaha... dalam mana2 organisasi mesti ada malaun bangsat haramjadah punyalah... contohnya macam SPR (Suruhanjaya Penipu Rakyat)... muakakakaaaa...!!!!
KWSP merujuk kepada topik “Bapak Besar Punya Ah Long” yang disiarkan di laman blog ikutsukaakuisa.blogspot.com bertarikh 29 Mei 2013.
Di sini KWSP ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan penulis dan ingin menjelaskan situasi sebenar mengenai perkara ini. Untuk makluman, ahli yang layak dan berhasrat membuat pengeluaran daripada akaun KWSP mereka dinasihati agar berurusan terus dengan KWSP yang menawarkan perkhidmatan secara percuma. KWSP juga ingin mengingatkan ahli, terutama mereka yang terdesak memerlukan wang, agar berhati-hati terhadap sindiket yang kononnya menawarkan bantuan untuk mengeluarkan simpanan KWSP dengan dikenakan bayaran yang tinggi.
Ahli boleh melaporkan sebarang kegiatan atau percubaan menipu seperti mana petikan artikel di atas dengan menghubungi talian Hotline Anti-Fraud KWSP di 03-2616 2121 pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat atau layari pautan http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/reach-us/anti-fr... untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini.
Jabatan Komunikasi Korporat
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Kuala Lumpur
Tarikh: 29 Mei 2013Bak kata salah seorang sahabat pengomen kita di bawah nih..:
Fidel Castro · 19 minutes ago
Siasat terus lah..buat apa nak lapor lapor lagi.. tlg buat kerja sikit wahai KWSP
Kepada KWSP pula, memandangkan lu orang terbaca blog gua nih. Dalam posting asal gua ada alamat email malaun puaka tu.... so.. takan tak gheti2 lagi kot...., menyamarlah sebagai peminjam, lepas tu jumpalah dengan anjing penipu tu... lepas tu lu orang bawak naik ke bumbung bangunan KWSP yang tinggi berpuluh tingkat tu... hahahaha..... lepas tu... suruh dia buat terjunan tiruk..!!!
Selesai satu kes penipuan beb.... Rakyat pun selamat, indeks jenayah pun turun dan Polis boleh tumpukan kerja kepada isu dan hal Politik.... muakakakaaaa....!!!!!
Selesai satu kes penipuan beb.... Rakyat pun selamat, indeks jenayah pun turun dan Polis boleh tumpukan kerja kepada isu dan hal Politik.... muakakakaaaa....!!!!!
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com