Dondang Sayang... hahahaha...!!!!
>> Sunday, May 26, 2013
Malam ini Anwar Brahim berdondang sayang di Padang Timur (Amcorp Mall - tempat gua melepak masa zaman sekolah dolu2... Rootbear Float A&W tuuu...).
Petang tadi gua pulak berdondang sayang di kampung Anwar Brahim.... di Cherok Tok Kun... dalam edisi jalan2 cari makan pekena Mee Kuah Ketam Pak Man.... perghhhh....!!!!
Orang yang bertanggung-jawab angkut gua sekeluarga kesana adalah Pak Jang gua yang tinggal di Sungai Ulaq, Kulim. Lepas Asaq kita kena gerak katanya, pasai kedai tu tutup pukui 7.00 petang. Kami pun wokey jelah... hahahaha...
Rupanya ikut jalan dalam, dari Kulim ke Cherok Tok Kun tak sampai 45 minit pun... hahahaha.... nasib baik orang tak berapa ramai.. apalagi kasi order laaaa....
Dari segi rasanya... jika ikut tekak gua dalam kategori sedap... dan gua bedal 1 pinggan setengah.... di mana yang setengahnya gua rembat pramugari punya bahagian... hahahaha... sebabnya pramugari dan anak2 gua sememangnya spesies tak berapa minat dengan "mee", dalam tak minat tu diorang boleh pulak melantak sampai licin pinggan.... adussss....
Tapi... itu ikut tekak kami sekeluarga laaaa... ikut tekak lu orang wa phu chitau.... lain orang lainlah selera tekaknya kaaannnn..!!!!
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com