IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Angkut Selagi Boleh...!!!!

>> Thursday, May 23, 2013

Cerita 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.

Cerita 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,”Ala… releks le, aku ni kan anjing laut.”

Cerita 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.”Atok buat apa tu?” “Atok bagi surat kat kawan atok, cu!”jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,”Apa ******* sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?”

Cerita 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,”Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih.”

Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Cerita 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,”Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami.”

“Mmmmm… entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu….”

Cerita 6
Ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk dan menekan butang 2 dan kemudian butang 4, manakala saya lak menekan butang 18 untuk ke tingkat 18. lift pun naik la dan berhenti di tingkat 2, tapi wanita tu tak keluar, kemudian lift berhenti pulak di tingkat 4, wanita tu tetap tak keluar juga dan lift pun mula naik.

Maka bertanyalah saya pada wanita tu, “akak (sbb nampak macam lebih tua dari saya) dah terlepas tingkat yang akak nak naik..”

“ooo.. saya nak ke tingkat 24″, jawabnya selamba..” tapi tadi akak tekan butang 2 dan 4″ tanya saya lagi tak puas hati.. “astaga...!!! inilah akibatnya kalau terlalu lama bekerja dengan kalkulator” sambil menggaru kepala…

Cerita 7
Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru dimilikinya. “Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya”. “Lho … kenapa kamu tidak membeli dua komputer” sahut temannya..

Cerita 8
Pada suatu hari, ada sorang anak dimarahi bapanya kerana tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah2 belaka.. jadi, bapanya membanding2kan anaknya dengan anak jirannya yang cerdik dan pandai...

bapa : “kamu tak pernah belajar ke? lihat anak jiran sebelah, report card dia takde pun merah2. dia anak yang cerdik.. tak macam kamu, malas betull..” kerana kesal dibandingkan si anak menjawab: “yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan bapanya cerdik….. ” bapa... ????

Cerita 9
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan, setelah pesanan sampai mereka masing2 keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. Pemilik kedai yang dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata..;

“Maaf encik... anda tidak dibenarkan memakan sandwich anda sendiri di sini!”.. maka dua orang
sahabat itu berpandangan sesama mereka sambil mengangkat bahu dan mula menukar sandwich memasing...
Selamat beristirehat buat semua pembaca blog ini.... (Jumaat hingga Ahad...)... jangan stress2... jangan bergurau senda dengan Polis... diorang tengah bersemangat tuuuuu... mentang2 lah dapat KPN baru dan Menteri KDN baru... Semangat Kerja pun barulah jugak... habis semuanya nak diangkut.... muakakakakakaaaa...

Anjing liar kat kawasan perumahan gua nih tak nak angkut sekali ke....????

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP