IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Santai Ahad: Binatang Peliharaan Saya.

>> Sunday, March 31, 2013

Malam tadi anak gua yang berumur 9 tahun tunjukkan karangannya bertajuk "Binatang Peliharaan Saya" setelah baca serba sikit... pling... mentol dalam kepala gua pun menyala, so gua kasi adjust sikit buat santapan minum petang kopi dengan biskut mayat.... layannnnn......

Gua ada sekoq anjing... nama anjing gua papagomo, anjing ini suka kejar dan gigit orang. Amat merbahaya... kesian kat makcik yang balik dari pasar selalu kena kejar dengan papagomo.

Suatu hari... Majlis Perbandaran dah tangkap papagomo... kena kurung 8 bulan, kami sekeluarga tak mau ambil tahu perihal papagomo lagi, ayah kata biarlah diorang tangkap papagomo, nanti ayah belikan anjing baru spesies alif nun wau imported dari Britain.

Pada suatu hari ada orang call ayah, orang tu kata ada sorang menteri nak beli papagomo, selang beberapa bulan dengar ceritanya papagomo dilatih menjadi anjing brutal... frekuensi salakannya di upgrade ke level paling tinggi. Sebagai anjing pak menteri papagomo berasa angkuh dan sombong, asal ada orang lalu lalang... pasti kena salak... dengar cerita daripada jiran2 yang lain peberet papagomo adalah pakcik Anwar. Kesian kat pakcik tu... selalu kena salak dengan papagomo, kadang2 sampai demam pakcik anwar dibuatnya....

Akibat menyalak melalak tak tentu pasal sepanjang masa, suatu hari jiran sebelah rumah menteri tu sudah hantar surat saman... pasal papagomo suka memekak dengan salakannya tak kira siang malam dan suka berak merata2, lepas tu tak mengaku pulak. Naik turun mahkamah... Pak Menteri tak mengaku papagomo sebagai anjingnya.

Akibatnya... sebab nak jaga reputasinya sebagai Menteri, papagomo dihalau dan pakcik menteri bersumpah tak mau peliharanya lagi. Maka bergelandanganlah papagomo bersendirian... Pada suatu hari... dicelahan orang ramai yang baru pulang dari solat Jumaat. Sedang papagomo berkeliaran sekitar masjid di suatu tempat tak bernama, sekumpulan budak2 nakal telah menyakat papagomo dengan membaling batu. Tak cukup tanah papagomo berlari...

Setelah berjaya menyelamatkan diri, papagomo dapati kepalanya berdarah terkena batu daripada budak2 tadi. Setakat petang semalam, itu jer.... berita yang gua dengar pasal papagomo seekor anjing yang suka buat masalah dalam masyarakat manusia.


Pagi tadi balik dari pasar.. anjing yang bernama papagomo tu menepek depan pintu pagar beb... mengenangkan perangai jahatnya... maka dengan rasminya gua bagi penerajang suruh dia berambus jauh2... dengan muka lima sen sambil menitiskan airmata simpati... papagomo pun berlalu pergi....

Di saat gua menaip ini... gua tak tau apakah nasib papagomo, ntah makan ntah tidak.... ntah2 dah kena langgar dengan lori agaknya... pi mampuih la kat anjing sial jahat tuuuu... peduli apa gua.... hahahaha..


Dalam hati gua tetapkan mendoakan papagomo tak menderita stress hidup tak bertuan sepanjang hidupnya, maka gua doakan supaya eloklah mati eksiden daripada hidup bergelandangan.



Nota: Woiii.... lu orang boleh tak tolong jangan tepek muka anjing yang bernama papagomo dalam wall FB gua... menyampah laaaaa..... kah... kah.... kah....!!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP