Kena Tiauw Dengan Pak Imam...
>> Thursday, March 14, 2013
Gambar hiasan...
Tengahari tadi gua kena tiow dengan Pak Imam, sebabnya ada orang sampaikan berita kematian. Ramai yang menyambut dengan "Innalillah..." tapi gua pulak sambut dengan "Alhamdulillah...."... terus kena sound dengan Pak Imam dan beberapa kerat lagi ahli PAS yang berjubah, berkopiah dan ada yang berserban... hehehehehe...
Errr... salahkah gua ucapkan "Alhamdulillah..." untuk orang yang dah mati....???
Gua tak pandai... cuma gua mintak diorang buka kamus bahasa arab, apa makna "Alhamdulillah..."... lepas tu gua blah... malas nak layan... selalunya orang yang dah tahap berserban berjubah nih... ilmu kitab kuning diorang tinggi beb... hahahaha...!!!!
Perghhhh... tak pasal2 kena tiow... sebut "Alhamdulillah..." pun salah ke...???? Ada pulak suara2 sumbang kata gua kurang ajaq... adussssss.....!!!!
Kalau gua sambut berita tersebut dengan ucapan "Subhanallah... atau Allahuakbat"... ntah apa pulak reaksi diorang eekkk...!!!!
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com