"HANG MAI PENANG MAMPUIH HANG NANTI".
>> Sunday, February 10, 2013
"KALAU
HANG MAI PENANG MAMPUIH HANG NANTI".
Inilah kata2 Abu Nawas anak seorang Presiden Ularmak Parti Komunis SeMalaya terhadap seorang Pegawai Trafik KeYel berbangsa Melayu Deli yang
ditahan keretanya pada jam 3 petang waktu London kerana disyaki mamandu dalam keadaan
mabuk ayaq daun biak dan telah melanggar beberapa lampu isyarat di KeYel Darul Wilayah Persekutuan.
Setelah diekori dan diberi isyarat untuk memberhentikan kenderaan dipandu beliau, setelah agak lama barulah kereta Ferrari berwarna hitam dengan nombor pendaftaran "ABU 1" yang dibelinya secara tender dengan harga RM500 ribu itu berhenti.
Abu Nawas menjerit-jerit kemarahan
seperti Beruk Histeria dari dalam kenderaannya dan meminta Pegawai Polis Trafik itu menghampiri pintu
keretanya dengan segera.
"Hang Polis KeYeL Bodoh, hang mai sini aku nak tampaq muka
hang, hang tak kenai aku sapa"..... itulah antara ayat ayat yang
terpancul dari mulutnya dengan slang Penang pekat dok ada....!!!!
Pegawai Trafik KeYeL, yang tak berpangkat itu dengan tegas
mengatakan dengan berani (Kalau di Penang tak tahulah samada Polis Trafik Penang berani atau tidak). Beliau berkata "awak dah langgar Lampu Isyarat dan kalau awak berani sentuh
saya, saya akan TANGKAP awak, ini Keyel ada Perlembagaan serta Undang-Undang dan RAJAnya tersendiri"
"Siapa RAJA hang kat KeYel ni...." ujar Abu Nawas
"RAJA NONG CHIK"... dengan selamber derkkkk... menjawap.
Tidak lama kemudian berhenti sebuah Pajero dan kereta Pengiring Abu Nawas, kira-kira 9 orang mengeliling Pegawai Trafik itu dan
seorang daripadanya menperkenalkan diri sebagai Pegawai
Penguatkuasa dari IPD Pulau Pinang yang berpangkat Inspektor, namanya Inspektor Shahbana Kaplabana.
Pada
masa itu makian dan jeritan Abu Nawas tidak henti2 melalak melolong dari
dalam keretanya. Bagi menyelamatkan keadaan Insp. Shahbana telah merayu
bersungguh-sungguh agar Abu Mawas dilepaskan dari sebarang tindakan
serta memberi penjelasan dan terpaksa "berbohong sunat" bahawa Abu Nawas itu seorang yang baik serta bijaksana, cuma hari itu sahaja dia terlebih minum air daun biak bercampur kopi dangdut dan mabuk, beliau juga meminta
"Professional Courtesy" dari Pegawai Trafik KeYel.
Mendengar perakuan bahawa Abu Nawas sedang memandu dalam keadaan
MABUK dari Insp. Shahbana, Pegawai Trafik KeYeL itu berkata dia boleh
bertolak ansur dengan syarat Abu Nawas "TIDAK MEMANDU" Ferrari itu
dan duduk sebagai penumpang sahaja, jika tidak... dia akan menahannya.
Insp Shahbana merayu-rayu bahawa para Pegawai IPD Pulau Pinang sanggup mengiring dengan
"Selamat" dan meminta Abu Nawas dibenarkan terus memandu
Ferrarinya.
Insp. Shahbana juga menyatakan kesukarannya kerana Abu Nawas itu sangat keras kepala dan susah menerima nasihat Pegawai Pengiringnya. Pegawai Trafik KeYeL sempat menegur Insp. Shahbana supaya lebih tegas dan
tidak sepatutnya membenarkan Abu Nawas memandu kerana beliau menyedari dan tahu bahawa Abu Nawas telah overdose minum Air Daun Biak bercampur Kopi Dangdut sebelum itu.
Insp. Shahbana
hanya mampu tunduk MALU KeMALUan kerana tidak tahu apakah cara hendak "Mengawal"
Abu Nawas YANG BONGKAK LAGI KEREK ITU.
Namun, ketegasan Pegawai Trafik KeYeL tanpa mengira "Pangkat dan Darjat" telah memberi "kata dua" kepada Insp. Shahbana Kaplabana agar menukar pemandu serta merta atau
Abu Nawas ditahan dan dibawa ke Balai Polis untuk tindakan selanjutnya.
Dalam keadaan Marah atau Murka agaknya, kerana merasa terhina dan sedar dirinya hina atau sememangnya dari spesies hina... kerana tidak
dibenarkan memandu Ferrarinya , Abu Nawas memberi AMARAN DAN UGUTAN....
"HANG MASUK PENANG HANG MAMPUS, GUA TAU NAMA HANG... GUA INGAT SAMPAI
MATI"
Sepatutnya makhluk seperti Abu Nawas ini menukarkan perkataan "BERJIWA RAKYAT" kepada perkataan "PENIPU RAKYAT". Lakonan didepan Rakyat Penang kononnya "prihatin dan berjiwa rakyat"... hanyalah satu penipuan sahaja... semuanya plastik.
Semuanya POYOOOOOO.....!!!!!
Pesanan gua kepada Abu Nawas.... "Pi mampuih la kat hang..., di Penang boleh laaaa... hang berlagak nak penampaq orang nak bunuh orang, hang mai Keyel tengok... silap haribulan tersadai belakang Chowkit makan sampah.... dasar biawak hidup tak gheti di untung.... hahahaha...."
Santai pagi Ahad. "Selamat beristirehat buat semua pembaca blog ISA"...
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com