Peringatan...!!!!
>> Saturday, July 28, 2012
Ada yang mengutuk dan ada yang anggap lawak... tapi bagi gua ini perkara wajib beb... so jangan lupa bayar fitrah lu orang semua. Terutamanya kepada para Suami dan para Bapa...., jangan lupa beb... jom layannnn....
Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam tanpa mengira umur dan di mana sahaja mereka berada untuk menyempurna dan melengkapkan ibadat puasa pada bulan Ramadhan bagi tahun tersebut.
Abdullah bin Umar berkata maksudnya: “Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah pada Ramadhan ke atas umat Islam secupak tamar atau secupak gandum sama ada yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Waktu untuk membayar zakat fitrah dibahagikan kepada 5.
- Waktu wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
- Waktu yang paling afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya
- Waktu sunat : Sepanjang bulan Ramadhan.
- Waktu makruh : Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
- Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Antara hikmah menunaikan zakat fitrah pula adalah seperti berikut :
- Dapat menyucikan diri dan jiwa dari sifat-sifat yang tercela seperti tamak, kedekut, hasad dengki, sombong, takabbur, pentingkan diri sendiri, cintakan dunia dan lain-lain.
- Membentuk akhlak dan peribadi mulia seperti infaq, sedeqah, cintakan akhirat, kasih dan simpati terhadap orang yang kurang berkemampuan serta tidak bernasib baik, dan fakir miskin.
- Mengembangkan harta dan mensucikannya .
- Merupakan satu cara untuk menunjukkan rasa syukur diatas nikmat yang dikurniakan Allah SWT keatas dirinya.
Sekian Terima Kasih.... hahahaha...
5 IkutSukaLu...::
Wajib bayor ye...
Wang zakat berjuta-juta.
Sapa yg dpt faedah??..Allah aje yg tahu..
Wajib bayor ye...
Wang zakat berjuta-juta.
Sapa yg dpt faedah??..Allah aje yg tahu..
Bhai ISA...
Ader orang tue kan.... hehehe.... KFC, PizzaHut, Nando's, Kenny Rogers boleh plak bayar pada harga yang dilistkan... tak kisah la mahal ker mender ker...
Tapi biler bayar zakat fitrah... cuba mengelat dengan nak bayar harga zakat fitrah yang termurah sekali.... aper daaaa..
Betul lh tue.,
Sya. x tau tempat lain.,
Masjid di S'gor...bila khutbah aje...siap memperingatkan agr.semua org.membayar zakat,dan d crtekan sekali sekali tentag pahala fadilat amalan mengwakafkan harta....
Saolah olah wang atau harta dlm perbendaharan zakat sudah nak habis di sedekahkan pada fakir miskin.
Gua kalu bab zakat ni sudah barang pasti @ WAJIB gua komen... huhu
Like some1'd dah komen b4 me, zakat kita wajib bayar untuk "agama" - macaam ISA tulis dalam entri dia memang elok zakat ni, menyucikan harta benda kita drp hak orang lain la murahkan rezeki la bla bla bla
Tapi yang tak syok @ haramjadahnya orang 'agama' & pemimpin kerajaan semasa la yang sapu & mengagihkan duit zakat kita kpd golongan 'sasar'. Asnaf tak didahulukan. Actually sasaran depa ialah 'rakyat' yg boleh jadi penyokong (undi) depa la.
Yang miskin papa kedana berjuta orang macam itu la jugak. Kot ada pun ditolong tak la nampak ketara bilangannya. Kian ramai tak terbantu sebab kerenah birokrasi orang jaga 'zakat'. Kesian orang susah.
TAPI untuk meragut duit zakat & pengagihan 'kek' harta khazanah Baitul Mal ramai orang kaya-raya pulak @ golongan sasaran, yg dah macam pengemis - cadang, lobi projek itu ini untuk kepentingan depa. Haram jadah!!
Enuf is enuf... elok kita bayar terus kat asnaf yang tepat & terdekat dgn kita... setuju?
X setuju pun tak pa la..as I don't give a F, actually. Masing-2 jawab hal masing-2 nanti, kan?
Post a Comment