Siapa Payung Siapa Beb...????
>> Saturday, June 16, 2012
Krisis Perlembagaan 1990-1993
Selepas kalah teruk di negeri Kelantan dalam pilihanraya umum 1990, Umno sekali lagi bertembung dengan Raja-Raja. Dalam Perhimpunan Agung Umno 1991, pemimpin dan perwakilan Umno menghamburkan kritikan-kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap Raja-Raja Melayu.Istana Kelantan dihentam secara terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN ditangan calon-calaon Angkatan Perpaduan Ummah (APU) ketika pilihanraya umum. Raja-Raja negeri lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan termasuk penyalahgunaan kedudukan untuk mendapat perlbagai kelebihan dan peluang perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya.Ahli MT Umno, Ibrahim Ali mengetuai demonstrasi dihadapan Bangunan Umno Kelantan membantah kekalahan Umno. Antara sepanduk yang dijulang ketika demonstrasi itu tertulis kata-kata penghinaan “Hei Smail (Sultan Ismail Petra) kalu berani masuklah politik…, Anis (Raja Perempuan) diatas Smail dibawah.”)Dalam Perhimpunan agung Umno, dato Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan) melafazkan ungkapan “Raja Adil Raja Disembah, raja Zalim raja Disanggah) sebagai amaran kepada Sultan Kelantan agar jangan mencampuri urusan politik.Media kawalan Umno menyiarkan berita bergambar tentang tindakan Sultan Kelantan melarikan kereta Lamborghini Diablo milik baginda dari stor simpanan kastam. Peristiwa ini berlaku ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja Melayu.Seterusnya, Umno menggerakkan usaha besar-besaran menghina dan memalukan Raja-Raja Melayu dengan tujuan mendapatkan sokongan orang ramai bagi meminda perlembagaan persekutuan dan negeri-negeri dalam hal berkaitan dengan keistimewaan tertentu Raja-Raja.Umno Selangor pimpinan Muhamad Mohd Taib telah menetapkan resolusi empat perkara untuk dikemukakan dalam Perhimpunan agung Umno 1991.Pertama:Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada Raja sama ada secara langsung atau melalui “Kapitan Cina”.Kedua:Meminta Presiden Umno supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli Exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka sedangkan mereka terlibat menghasut Raja-Raja untuk kepentingan sendiri.Ketiga:Meminda perlembagaan supaya kuasa mutlak melantik Menteri Besar, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri adalah dalam bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah, bukan dalam bidang kuasa Raja-Raja.Keempat:Memberi mandat dan sokongan penuh kepada Presiden Umno dalam menghadapi dan mengetuai isu Raja-Raja Melayu secara umumnya, sama ada menerusi pindaan perlembagaan atau apa juga langkah yang perlu.Pada 18 Januari 1993, Umno membentangkan Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang bertujuan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu.Berikut adalah petikan sebahagian daripada butiran ucapan Perdana Menteri (Umno) ketika membentangkan Rang Undang-Undang tersebut.Perenggan 3. “…semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa ditangan raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar kacir. Negeri-Negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri dibawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. akhirnya, semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui Perjanjian diantara Raja-Raja memerintah dengan pihak Kerajaan British.”Perenggan 7, “…Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.”Perenggan 21,”…sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66/4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatanganai oleh Yang Dipertuan Agong.Perenggan 25, “…dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak yang berlindung dibelakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemundkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi dimasa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku.Perenggan 51. “… jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan-perbuatanyang tidak diingini.Perengaan 52. “,,,Raja yang sedar akan tahu bahawa perbuatan tidak menghiraukan perasaan dan pandangan masyarakat akan menyebabkan rakyat akhirnya menyingkirkan Raja, bahkan menghapuskan Sistem Beraja. Inilah yang berlaku dinegara-negara lain yang sekarang menjadi republik.”Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Beberapa orang menteri membuat kenyataan dengan tidak bersopan dan tidak beradab ketika mendedahkan salahlaku Raja-Raja dan anggota Kerabat Diraja tertentu. Umno mengulangi taktik mengaibkan Raja-Raja seperti yang dilakukan semasa krisis perlembagaan tahun 1983.Siri perhimpunan haram diadakan diseluruh negara untuk menunjukkan sokongan rakyat terhadap kemahuan Umno. Rapat umum raksaksa diadakan di Alor setar, Bagan datoh, Seremban dan Melaka tercatat dalam sejarah sebagai medan hebat mencaci Raja-Raja Melayu.Umno Kelantan mengambil langkah menekan Raja-Raja dengan cara yang sama iaitu mencipta penghinaan terhadap Raja. Pada 29 April 1993, Annuar Musa mengetuai perarakan dari Kuala Lumpur ke Kelantan membawa Tengku Ibrahim Petra (sepupu kepada sultan Kelantan) dan mengadakan pertabalan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan yang baru. Majlis pertabalan itu telah diadakan dibawah sebatang pokok gajus dipadang sekolah di Kadok, Ketereh. Dengan matlamat menunjukkan kuasa Umno kepada rakyat dan Sultan.Ketika Program SEMARAK di Lubok Jong, Pasir Mas, Tan sri Mohamad Yaacob memimpin perarakan ke istana dan menyerahkan memorandum mendesak sultan Kelantan turun dari takhtanya.Berita Harian 11 Jun 1993 melaporkan kenyataan Shahidan Kassim menghina sultan Kelantan. Katanya, “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dan saya ada bukti Ismail Petra tak layak.”Sultan Pahang turut dimalukan oleh media kawalan Umno yang menggambarkan baginda sebagai seorang Sultan yang mempunyai harta kemewahan melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu. Gambar kapalterbang itu disiarkan dalam hampir semua media kawalan Umno.Sultan Johor dimalukan dengan pelbagai tuduhan dan skandal melibatkan baginda dan beberapa kerabat diraja. Antaranya, kisah Tengku Majid memukul penjaga gol pasukan hoki Perak seleas satu perlawanan di SUKMA 92. Tengku Majid ketika itu mewakili pasukan hoki Johor. Berita itu di paparkan dengan penuh sensasi atas kehendak Umno.Sultan Terengganu, Sultan Mahmud alMuktafi Billah Shah telah diugut oleh Umno untuk diturunkan dari takhta dengan menggunakan Tengku Ali. Dengan sokongan Umno, Tengku Ali mengemukakan tuntutan dimahkamah agar dikembalikan takhta Sultan kepadanya dengan dakwaan pemecatan beliau sebagai Sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah. Kes itu akhirnya ditolak oleh mahkamah.Pada 23 Mac 2008, Umno mengadakan demonstrasi diperkarangan Sri Iman, kediaman rasmi Menteri besar Terengganu, menentang keputusan istana tidak memperkenankan perlantikan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Mereka menyanggah Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) kerana melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar terengganu.
Antara slogan pada kain rentang yang disediakan oleh Umno ialah “Kami nak Idris, Natang! (binatang)” yang disiarkan secara meluas oleh TV.Kes yang sama turut berlaku di Perlis apabila Raja Perlis tidak mahu memperkenankan perlantikan Shahidan Kassim sebagai Menteri besar seperti yang dinamakan oleh Presiden Umno. Raja berkenan melantik Dr. Mat Isa Sabu. Pertembunagn diantara Umno dan Istana berlaku selama dua minggu dengan pelbagai kenyataan derhaka oleh pemimpin-pemimpin Umno terhadap istana Perlis.
So... dalam isu nombor plet ntah apa2 tuuu... secara peribadi gua nak ingatkan Nizar supaya bolayan jelah.., tak perlu nak maap... maap.... sesama makhluk tegur menegur tu biasak laaaa...!!! Lagipun isu nih tak mengembangkan minda dan tak memberi manfaat pun kepada ekonomi dan pembangunan negara.
Takda faedah langsung melayan pong pang umno rakyat johor bodek raja nih.... hahahaha....!!!! Bab isu Pulau Batu Putih tergadai tak nak pulak diorang persoalkan... banyak lagi isu yang melibatkan negeri Johor dan kedaulatan Sultan diorang...., tapi kenapa diorang senyap...????
Sebabnya umno adalah Raja segala Raja beb.... muakakakaaaaa.... tau pulak takut dengan "Ketuanan Melayu" tuuu...!!!!! Dan Polis pulak kelam-kabut menyiasat dan mendakwa pun kerana takut dengan Raja umno jugak, lagipun Nizar tu kan Pemimpin Pembangkang..., sendiri mau ingat laaaa.... hahahaha...
Woooiiii.... ingatlah sikit..., sekarang nih dah abad ke 21 beb... zaman kesultanan raja2 nih dah berlalu, so... ada raja atau tidak..., tak memberi apa2 erti pun kepada rakyat..., apa sumbagan raja dan sultan kepada rakyat sejak 55 tahun merdeka...???? Ada sesiapa yang boleh jawab...????
Sebagai rakyat biasa yang seharian makan minum dari gerai tepi jalan, bagi gua rakyat boleh hidup tanpa raja... tapi raja2 nih memang kompom tak boleh hidup tanpa rakyat beb.... hahahaha...!!!!
So... slogan "Raja dan Rakyat Berpisah Tiada" satu slogan yang bangang lagi menyedihkan... kerana rakyat yang kais pagi makan petang takan kenyang dengan slogan tuuuu... tak caya pergilah tanya semua fakir miskin yang bergelandangan dipelusuk bumi Malaysia dalam negeri yang ada raja dan sultan...
Jikalau nak kekalkan penguasaan Raja/Sultan, sila pastikan setiap negeri yang ada Raja dan Sultan rakyatnya tiada yang hidup merempat, tolong dan bantu, Raja atau Sultan turun padang pi ketuk kepala Menteri Besar dan Exconya serta pegawai2 kerajaan dalam negerinya supaya kerja... kerja... kerja dan bantu rakyat. Barulah slogan tersebut boleh di iktiraf.... baru orang respek wa cakap luuu...., ini macam berat sebelah jer.... raja kenyang rakyat kebuluran... apa barang ni.....!!!!
Kalau setakat jadi puppet, jadi tukang rasmi majlis dan tukang baca teks ucapan jer.... baik tak payah wa cakap luuuu...., sepatutnya Raja/Sultan yang pump duit kat rakyat, bukannya rakyat pump duit kat Raja/Sultan. Sekarang nih zaman dah berubah.... bukannya macam zaman dulu2 yang rakyatnya guna dapur kayu dan air sungai beb..., zaman wanitanya berkemban dan lelakinya berselempang jer...!!!!
Buka-bukalah minda dan buat perubahan yang bersesuaian dengan zaman...!!!!
Dalam isu pindaan perlembagaan persekutuan dan negeri-negeri dalam hal berkaitan
dengan keistimewaan tertentu Raja-Raja Melayu bagi gua ada pro dan kontranya. Seperti gua katakan sebelum ini..., gua respek jugak dengan Mahatet kerana berani meminda hak keistimewaan Raja2 nih.., persoalan biadap atau tidak kita letak tepi dulu kerana ianya dalam konteks berbeza.
Sebabnya kebanyakkan Raja2 Melayu nih... dulunya jenis besar kepala beb..., banyak benda/perkara negatif yang bertentangan dengan norma masyarakat dan agama diorang langgar semacam jer... dan ianya masih kekal juga serba sedikit dalam zaman sekarang ini. Raja negeri mana lu orang pun tau kaaaannnnn... hahahaha....!!!!
Gambar di atas perlihatkan apa yang sepatutnya, pandai2 lah lu orang menilaikannya. Rasulullah pun jahit bajunya sendiri beb.... itu yang gua maksudkan dengan kesesuaian dengan zaman. Kalau nak rakyat hormatkan Raja, pastikan Raja hormatkan rakyat terlebih dahulu....
Rakyat tanpa Raja masih boleh teruskan kehidupan, Raja tanpa Rakyat.... lu orang sendiri mau ingat laaaaa.... siapa payung siapa sekarang nih... dengan keadaan ekonomi dan harga barangan semakin mahal nih..., keluarga sendiri pun tak terpayung... lagi mau payung keluarga orang.... hahahaha....!!!!
Allahuakbarrrrr......!!!! Gunakanlah akal yang Allah kurniakan.... lebih baik jadi Jebat yang berani bersuara dan membela maruah diri dan sahabat daripada jadi Tuah yang bangang setia membuta tuli ikut cakap raja yang sewel... hahaha...
Kalau raja minta tidur dengan bini dia pun... akan Tuah korbankan jugak... bodoh punya Hang Tuah Laksamana Melayu yang kononnya hebat gagah perkasa, tapi akal senteng wa cakap luuuu... itu yang orang2 Melayu umno sanjung sangat... Bodoh nak mampus....!!!! Al-Quran dan Hadis tak mau pulak diorang ikut...!!!!!
Walau apa sekalipun..., perkara tu dah berlalu dan tertulis dalam sejarah, dan sejarah adalah sebuah pengajaran kepada manusia yang mahu berfikir.... masalahnya sekarang nih... melayu2 yang di zaman sekarang nih masih malas nak berfikir dan mengambil pengajaran dari sejarah Hang Tuah dan sejarah krisis di atas..., terutamanya golongan malas berfikir seperti lembu2 penyokong umno.
Apa sebabnya...., sebabnya diorang tu adalah gerombolan spesies2 bodoh seperti yang Mantan Presiden Umno katakan.... hahahahaha....
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com