IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Mengeluh Kerana Wang...???

>> Saturday, June 30, 2012

Entry asal di sini. Di bawah nih gua dah tambah ajinomoto serba lengkap berdasarkan pengalaman hidup dan pemerhatian masyarakat sekeliling serta apa yang di belajar dari tok2 guru agama.

*************************

Setiap manusia telah ditentukan rezeki masing-masing oleh Tuhan. Allah maha adil dan tak bersikap kejam kepada hambanya. Jika kita selalu dapat rezeki dan kebaikan.... Alhamdulillah.

Tetapi jika rezeki susah untuk datang kepada kita, cuba lihat balik pada diri kita sendiri. Mungkin ada kesilapan yang menutup hijab dan menjadi dinding penghalang rezeki untuk masyuuuuk...., Kenapa eekkk...., hahaha... soalan tu kena tanya diri sendiri laaaaa...., mesti ada sesuatu yang sangkut dan kantoi tuuuu.... 


Jom kita layan... tengok sebab2 rezeki susah masuk..;

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh
9. Mengadap laptop 18 jam non-stop (chating, Fb, Blogging yang tak mendatangkan faedah/hasil)
10. Melepak kedai kopi 24 jam.. hahahaha...
11. Memancing tak ingat donia, lupa rumahtangga dan anak beranak.
12. Mendenak burung
13. Bermusuhan dengan ibubapa, adik beradik dan sanak saudara.
14. Yang ni memang tak bleh blah punya.... hahaha... ramai yang liat nak Solat...
15. Aniaya isteri dan anak2... (tidak mesra keluarga. tak beri nafkah... bla.. bla.. bla...) 
16. Selebihnya... tepuk perut hantuk kepala kat dinding laaaa... sendiri mau ingat...

Ada tak ciri ciri ini dalam diri kita?
Kalau ada.. , mungkin boleh bertindak untuk mengubahnya atau hentikannya. InsyaAllah rezeki akan lebih mudah datang kepada kita.

Apa yang paling penting mesti berusaha untuk mendapatkan rezeki, di iringi dengan berdoa dan lepas tu bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan... barulah berkat beb....!!!!

Apa yang diberi adalah yang terbaik untuk kita... wallahuaklam....!!!

4 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Sunday, July 01, 2012 9:19:00 AM  

World class bro utk peringatan ni.....

kampong lad Sunday, July 01, 2012 1:05:00 PM  

di donia ni duit sama mustahak dgn kesihatan....duit utk beramal jariah & kesihatan utk beribadah jln menuju ka donia yg kekal.

Pemerhati Bersih 3.0,  Monday, July 02, 2012 12:59:00 AM  

ahhahaha...wa copy utk masuk Fb wa...ok bro, Tq

Unknown Monday, July 02, 2012 9:47:00 PM  

Gua salin tips ISA ni ..baik punya ni... cheers m8 !

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP