IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Pahit Manis Taman Negara.

>> Sunday, May 13, 2012

Perggghhhh.... penat gileerrr... beb dengan aktiviti hari nih...., tapi skang nih dah ada di rumah, jam 2.30pm tadi check-out pasal esok anak2 sekolah.

On d way balik tadi sempat jugak menyinggah di Temerloh, kononnya nak pekena "Patin Masak Tempoyak"...,  tapi belasah jugak... muakakakaaa... janji hati puas dapat merasa apa yang orang lain rasa.... itulah pengalaman namanya... hehehe...

Kisah pagi tadi, seawal pagi jam 9.00am dah terpacak kat Jetty Kuala Tahan tunggu perahu untuk "Rapid Shooting"... tapi tak bleh nak ambik gambar "adventures" semasa Rapid Shooting pasal "guide" kami nasihatkan simpan kamera..., kemudian dia ambil dan balut punya balut dengan plastik dan tolong simpankan dalam perahu....

Rupa- rupanya.... memang tak boleh ambil gambar langsung sebab sepanjang perjalanan air menyimbah masuk dalam perahu... habis semua lokoih (basah), kalau gua tau macam tu punya basah baik gua bawak berus gigi dengan sabun mandi jer.... hahahaha...!!!!

Setelah melalui 5 jeram, on d way balik singgah perkampungan orang asli (kaum bateq)..., so layan aktiviti survival dalam hutan cara orang asli beb... satu pengalaman dan pengetahuan ilmu buat anak2 gua. Tak sia2 bawak diorang bercuti... bercambah jugak ilmu untuk diorang...

Tabung "peluru sumpit"..., peluru bertanda + ada racun,
peluru bertanda - takda racun...

Gua sempat jugak mencuba "Ilmu Menyumpit" beb..., wallaaaweiiii... 3 kali try wa cakap luuuu...., dah expert beb.... takat nak sumpit anjing dan lembu tarak hal punyalahhhh.... pasti mengeletek mampus tergolek dog..., bila nak buat BERSIH 4.... gua dah ready nih... muakakakaaaaa....!!!!

Alisya bergambar dengan "Otai Orang Asli"...
mamat nih memang superp beb... salute aaarrr..!!!!

Cuma yang tak bestnya... waktu makan malam..., malam tadi. Pramugari exciting nak makan atas Restoran Terapung... maka kami ronda punya ronda... kebanyakkan restoran terapung penuh beb... akhirnya dapatlah restoran terapung yang ini.... orang tak berapa ramai, so.. kami pun terjah laaaa...

Selesai buat pesanan... tunggu punya tunggu.... sampai satu persatu... tapi selang satu jam sebatu..., yang buat gua bengang apabila 2 orang Pak Arab yang sampai terkemudian daripada kami dapat makanan terlebih dahulu....

"Restoran Haramjadah..."

Gua pun bertanyalah pada tauke dia.. seorang pompuan yang bersaiz Rosmah Mansor yang mukanya ketat semacam jer...., setelah argue lebih kurang... dan punyalah "Kurang Ajaq" pompuan nih... gua kensel 4 pesanan makanan dan bayar apa yang telah sampai jer...

Paling tak boleh blah... dah la kurang ajaq... perkataan "MAAF" pun takda langsung...., selepas blah dari restoran kurang ajaq tu... gua adukan kejadian tersebut pada "guide" kami. Mamat (guide) nih dan member2 dia bantai gelak guling2 beb... siap sound "Apasal bro pergi makan kat situ... Restoran tu memang dah kena boikot dengan orang sini bro..." lepas tu dia ceritalah sebab musababnya... ohhhh... baru gua tau... (kisahnya hal pergaduhan keluarga) tapi itu diorang punya pasal laaaaa... takda kena mengena dengan gua....

Yang gua kesalkan adalah perkhidmatan yang diberikan, nak berniaga tapi anggap pelanggan macam peminta sedekah... memang haramjadah betina gemok tauke restoran tu.. wa cakap luuuu..., lain kali kalau tak nak berniaga jangan berniaga..., walau camna pun gua puashati dapat sekolahkan dia semalam.... sampai semua pelanggan dengar gua punya amukan.... mampus pi kat dia...

Memandangkan Pramugari, Bibik dan 2 orang anak gua masih belum makan, maka guide kami orderkan makanan kat kedai adik kepada restoran kurang ajaq tuuuu..., hurmmm... macam2 hal wa cakap luuuu...

Guide (Din) menemani Alisya dan Aleeya membelai 2 ekoq Tapir yang sedang tidoq...

Apa2 pun Pramugari dan anak2 happiness gileeeerrrr..... dengan percutian ini, diorang kata nak repeat lagi pasal ada beberapa tempat tak sempat di lawati seperti Kelah Santuary dan berdayung perahu sepanjang sungai sambil nikmati alam semulajadi (river trip), melawat gua2 yang ada dan macam2 lagilah...

Gua dah lupa apa nama Lipan nih..., menurut Guide kami bisa Lipan nih double powernya
daripada bisa Lipan Bara, so... dun play2 in the jungle... hahahaha...!!!
(gambar ketika Nightwalk)

Bagi gua..., Taman Negara merupakan tempat terbaik untuk mereka2 yang gemarkan alam semulajadi, tumbuhan dan haiwan. Insyallah.... kami akan datang lagi......!!!!

(nota: percutian ini sebenarnya tak di rancang pun, selesai solat jumaat 2 hari lepas, pramugari yang masih bercuti mengadu boring... so gua pun calling2 sana sini, dapat reserve 2 chalet di Kuala Tahan. Dalam masa sejam pramugari packing barang/pakaian, sementara tu gua pergi sekolah jemput anak2 yang bersekolah petang dan terjah ke Taman Negara... itulah hasilnya bila perangai gilababi gua dah sampai... hahaha...)

4 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Sunday, May 13, 2012 9:59:00 PM  

~lu mmg besh..btahun wa follow blog lu tp minggu lepas br wa tau lu ado twitter lg senang wa follow lu

Unknown Sunday, May 13, 2012 11:05:00 PM  

Tenuk, cipan, tapir tu bukan ker spesis bab*? Sah pegang ker + tak payah samak?

Gua konpius ler pulak... tolong al-fadil ustaz ISA jawab, yer? Kut ustazah mas***ah boleh jawabkan, lagi bagus.. haha!!!

MOH KEMBARA Sunday, May 13, 2012 11:07:00 PM  

Salam,
IngatKAN CIPAN TU DAH KENA SUMPIT...PERRRGHHH TERER, TERER!

Kakcik Seroja Monday, May 14, 2012 7:48:00 AM  

Salam Isa...

pertama kali kakcik tengok gambo lian kaki panjang tu. Meremang pulak bulu tengkuk kakcik (eleh... bulu tengkuk konon, entah ada entah tidak... kekeke...)

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP