Jangan Menyusahkan Gua...!!!!
>> Friday, March 23, 2012
Bibik (Pembantu Rumah Indonesia) gua dah 13 tahun berkhidmat dengan gua, awal tahun hari tu (January 2012) gua baru jer... naikkan gaji dia daripada RM700 kepada RM800 sebulan.
Sepanjang yang gua tau tugasannya bermula seawal 4.30 pagi;
1) Solat tahajud dan mengaji quran, lepas tu jerang air panas, basuh baju, sidai baju, sapu dan mop lantai, kejutkan anak2 gua jam 6 pagi (Subuh dan Sekolah), siapkan sarapan, sidai kain baju dan hantar anak gua yang berumur 6 tahun (Aleeya Iman) ke sekolah (pra-sekolah). Selepas balik menghantar Aleeya, sampai rumah basuh sangkar kucing, sirap pokok bunga, menyapu dan basuh halaman luar rumah. Kemas bilik gua dan anak2. Selesai dalam jam 9.00 pagi atau lebih.
(2 tahun lepas gua belikan motor modenas seconhand untuk Bibik, buat hantar anak sekolah dan pergi kedai. Pramugari atau gua pula secara bergilir ikut kesempatan masa, hantar anak2 remaja ke Sek. Menengah, selalunya gua jadi mangsa...)
2) Pergi kedai runcit beli lauk dan sayuran, memasak dan selesai dalam jam 11.00pagi, lepas tu pergi ambil Aleeya balik sekolah, suapkan nasi (makan tengahari Aleeya dan Alisya) lepas tu siapkan anak gua yang berumur 8 tahun (Alisya Iman) pulak untuk ke sekolah (darjah 2 - sesi petang), jam 12.30pm hantar ke sekolah. Balik rumah sediakan juadah tengahari untuk gua dan anak2 remaja (Sek. Menengah - pagi) yang balik dari sekolah.
3) Jam 1.30 - 4.30pm waktu rehat dia, Solat, melayan homework/kerenah Aleeya Iman dan layan TV (ikut suka dia lahhhh... nak tidoq kaaa... atau apa pun...), sambil2 melipat dan seterika baju sekolah dan baju2 kerja gua dan pramugari, lepas tu menyapu rumah dan pelbagai...(selalunya tak rehat pun...)
4) Selepas Asar get ready bawak Aleeya Iman ke Playground hingga 6.30pm (waktu ini selalunya dia melepak dengan group bibik2 indon kat taman perumahan gua nih... hahaha... tapi gua selalu pantau.. bahaya jugak aktiviti nih wa cakap luuu... tapi spy gua si Aleeya Iman selalu merepot aktiviti diorang hahaha...)
5) 6.00 - 6.30pm... selalunya kami calling2 update perkembangan siapa nak ambil Alisya Iman balik dari sekolah, selalunya pramugari jadi mangsa..., bibik pulak balik siram pokok bunga, kemas apa yang patut dan sediakan makan malam.
6) 7.00pm, masa untuk makan malam lepas tu rehat sekejap dan maghrib, bibik sambil di bantu anak dara gua yang berumur 14 tahun kemas dapur, lepas tu dia mengajar Alisya dan Aleeya mengaji Muqaddam dan Quran, lepas tu dia layan TV dalam bilik dia sorang2.
Selesai mengaji dalam jam 8.30 ke atas, masa nih Alisya, Aleeya dan 3 orang lagi akan bersama kami, checking homework diorang dan sembang2 apa yang patut. Selalunya tugasan ini pramugari yang handle... gua jarang2 masuk campur... sebab nak maintain ketegasan sebagai seorang Pemimpin, sekali sekala jer... gua joint sekali...
Jam 9.30 - 10.00pm bibik akan ronda dapur kemas apa yang patut sebelum menghambat Alisya dan Aleeya masuk bilik untuk tidoq (kadang2 sampai jam 11 lebih pun gua masih boleh dengar bibik dok melayan keletah Aleeya dan Alisya, diorang bertiga kuk.. kik..kuk..kik.. dalam bilik masih dok ketawa lagi... lepas tu senyap... dah tidoq la tuuu... hehehe..)
Gua selalu berjaga sehingga jam 2 ke 3 pagi, apa yang gua notis dan perhatikan..., memandangkan anak2 gua (Aleeya dan Alisya) tidoq dengan bibik, bila budak2 tu mengigau atau merengek atau bangun kencing tengah malam, Bibik akan uruskan segala-galanya. Dan begitulah rutin sehari-hariannya....
Sepanjang berkhidmat, sewaktu pramugari melahirkan Alisya (8 tahun - 2004) dan Aleeya (6 tahun - 2006), segala urusan dalam pantang semuanya bibik yang uruskan. Cuma bab mengurut Pramugari dalam pantang bersalin jer dia tak buat... hahahaha... selainnya Bibik... Bibik... Bibik.... sikit punya hal pun Bibikkkkkkk..... terutama sekali si Aleeya... macam princess dalam rumah..., asyik mengarah jer... kerja dia...
Pasal tu anak gua yang 2 orang tu teramat manja dan rapat dengan bibik... sampai hari ini. Berbalik pada pembayaran gaji January hari tu (naik gaji), apabila pramugari hulurkan duit gajinya... dia bertanya kenapa ada extra RM100..., pramugari bagitau gua naikkan gaji dia... terus dia menangis dan peluk pramugari sambil ucap terima kasih... gumbira bangat beb... apa taknya dah bertahun2 tak naik gaji... dah maksimum per... nak naik gaji apanya...
Selain daripada itu... makan minum semuanya gua tanggung, gua tak pernah diskriminasi bibik gua macam sesetengah orang buat terutamanya macam kaum cina dan india buat pada bibik mereka... kesian beb..., gua pergi bercuti mana2 sekalipun gua angkut, tidoq hotel dan resort, makan minum semua tanggung beres. Perubatan gua tanggung sepenuhnya. Hari Raya siap belikan baju lagi, bagi duit raya lagi... gua buat macam ahli keluarga sendiri lahhh....
Sebabnya gua tak berkira dengan dia kerana dia tak pernah berkira dalam soal kerja, menjaga harta benda dalam rumah serta mendidik anak2 gua seperti anak dia sendiri. Dan gua sendiri tak anggap dia sebagai bibik atau orang luar lagi... tetapi hormat dia sebagai kakak dalam rumah gua, siap pesan lagi dengan anak2 supaya hormat kan bibik sebagaimana menghormati Mama mereka. Alhamdulillah setakat ini anak2 gua tak pernah kurang ajaq dengan dia dan semuanya baik2 belaka.
Gua ajar anak2 gua untuk memanggil bibik mereka dengan panggilan "Auntie"... so melekat sampai la...., apabila Mak Bapak atau Mertua gua datang rumah, dia layan macam Mak Bapak dia juga... siap terpelihara takda komplen langsung dari ke empat2 orang tua tu.... so apa mau lagi..., Pramugari gua memang Mem Besar dalam rumah, semuanya Bibik yang uruskan. Kalau mood dia rajin dia akan sama2 turun dapur pada Sabtu/Ahad atau hari2 cuti... kalau tidak sendiri mau ingat laaaa....
Bibik gua tak pernah cuti pada hari Sabtu dan Ahad. Tetap kerja seperti hari2 biasa... , Umur bibik gua 43 tahun, asal Pekan Baru, Indonesia. Janda beranak satu, anaknya sekarang ini graduate Universiti Gajah Mada, lulus dengan cemerlang dalam bidang apa gua tak tau dan sedang menunggu Konvokesyen sahaja.
Gua cuma berharap, keputusan Kerajaan Malaysia terhadap tuntutan Indonesia 1 Amah 1 Tugas dengan syarat2 yang termaktub dalam MOu kedua-dua Kerajaan tu tak menyusahkan hidup gua... dan janganlah terkeluar berita nih dalam TV... mampuih gua nak berjawap nanti... pundek punya Menteri... kah... kah... kah....
Tak pun nanti... gua kena pasang lagi 3 ke 4 orang bibik untuk tugasan di rumah gua... perghhhhh... gilababi punya kos tuuuu... semuanya akibat kebangangan Menteri2 kat Malaysia nih.... hahaha... menyusahkan rakyat seperti gua jer.... kah... kah... kah....
Sekarang lu orang paham kannnn... kenapa gua selalu katakan Menteri2 Malaysia nih bangang2 belaka...!!!!
3 IkutSukaLu...::
Lu memang bagus sebab pakai amah Indon. Pilihan terbaik. Tak caya lu tanya Hartono. Mesti dia setuju sama gua kali ni. Haha!!
Oh gua macam terdengar Hartono ucap "terima kasih" kat lu sebab bagi layan bertamadun sama amah lu yg rakyat Indon tu.
;) Naji* kata hari tu, "...better the devil u know", eh? Boleh belah lah la, Naji* !! Pusing sana pusing sini, berbelit belit la lidah lu Naji*. Tak boleh pakai.
Hanz Newman;
Yang baik gua layan cara baik, yang spesies mykad free tu, spesies bangang kuat bodek ampu sana sini, gua layan cara menyampah... hahahaha...
tapi ada kawan najib bibik pon dikerjain..
Post a Comment