Santai Malam Ni...!!!!
>> Wednesday, November 16, 2011
Satu hari Khairy seorang konduktor bas, sedang menyemak tiket penumpang bas ekspress.
Berikut perbualan Khairy dengan penumpang yang duduk paling depan sekali.
Khairy: Nak ke mana Encik..?
Penumpang : Ke JB..
Khairy: Maaf.., encik tersalah bas. Gi naik bas lain..
Kemudian Khairy ‘mengecheck’ penumpang dibelakang penumpang tadi, seorang mak cik.
Khairy: Nak ke mana makcik?
Penumpang : Ke JB..
Khairy: Maaf, makcik tersalah bas. Gi naik bas lain..
Khairy terus menyemak tiket penumpang sehingga kepada penumpang yang paling belakang sekali.
Khairy: Nak ke mana brooo...???
Penumpang : Ke JB..
Khairy: Sori... bro, lu tersalah bas. Gi naik bas lain..
Last-last semua penumpang kena turun kerana tersalah bas. Mereka bengang kerana yakin mereka menaiki bas yang betul dan bertanya kepada Pak Lah yang menjaga tiket bas ke Johor Bahru.
Pak Lah: Elllooo... Khairy, naper semua penumpang lu suruh turun?
Khairy: Diorang salah naik bas la bro...
Pak Lah: Ya la tapi takkan semua orang salah naik bas. Cuba gua tengok tiket bas ni..
Khairy: Ha.... ni dia contoh satu tiket. Haaa... lu tengok kan ke tiket JB... tuu..!!!!
Pak Lah: Aduyai.. hampagas tul la lu... dalam banyak2 angin... ini yang gua paling angin... lu konduktor bas pergi Ghombau, kenapa check bas ke JB...!!! Muhyiddin mana...!!!! Muhyiddin mana...!!!!
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com