Marilah Kita Bersama Beramal Jariah : "Kempen Hope 2 Walk"
>> Thursday, November 24, 2011
Tiada daya dan apa2 lagi yang dapat gua sumbangkan kepada kawan yang memerlukan bantuan, hanya memanjangkan perancangan usaha yang sedang rancak dikelolakan oleh mereka demi anak-anak tercinta.
Jika ada sesiapa yang berhati mulia di luar sana yang ingin menghulurkan sedikit sebanyak sumbangan bagi meringankan beban sahabat ini, sila berhubung terus dengan mereka. Jutaan terima kasih... gua ucapkan kepada lu orang semua kerana sudi membaca dan membantu.....
Klik link dibawah sana.
Misi mengumpul dana RM500ribu untuk pembiayaan rawatan dan persekolahan untuk Annisa dan An-Nur ke luar negara sudah bermula.Kepada yang ingin menghulurkan bantuan boleh berhubung terus inbox ke Facebook Ronasina Kartunis. Atau email kepada ronasina@gmail.com
Apa sangatlah kelajuan aku suami isteri dengan membawa dua orang anak ke sana ke mari. Namun dengan pemberian laptop, blackberry dan beberapa bantuan oleh blogger Ummu Asiah sekeluarga walaupun mereka sendiri sibuk dengan urusan harian termasuk naik turun mahkamah kes Protes dahulu meringankan sikit kerja.
Juga abang Hasan Suyut yang sangat pantas bertindak mengirim bantuan dan maklumat untuk kami. ya! Beliau telah merasainya maka aku rasa sebab itulah beliau bersedia bekerjasama dengan cukup baik. Sumbangan kawan-kawan pembaca blog ini aku hargai juga. Ada yang kecil tapi nilai bukan ukuran, keikhlasan kalian aku hargai, setitis jadikan laut sekepal jadikan gunung.
Beberapa rundingan sedang dijalankan lagi. Moga sinar itu cepat sampai ke alamku.
Selanjutnya boleh klik di sini.
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com