Kerajaan 1Malaysia Nak Membunuh Rakyat Ke...???
>> Tuesday, November 15, 2011
Hari ini sehari suntuk di Ladang Pisang, letih beb.... so kepala hotak pun tepu, jalan shortcut... hehehe... gua rembat posting nih dari blog Era Pasca dengan tanpa izin... muakakaka...
Betul ke... barangan yang di jual di Kedai Rakyat 1Malaysia low quality dan tidak mengikuti piawaian Akta Makanan 1983 dan Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (Akta 281).
Perghhhh... demi populariti nak nama punya pasal... takan sampai sanggup membunuh rakyat Tuan Haji Najib Razak ooiiii... lu biar benar beb bagi rakyat makan barangan low quality dan tak berkhasiat... hahaha... cer... jawap.. cer.. jawap...
Atau si Tony Buah nih saja jer... nak buat fitnah bhai.... lu orang baca jelah kat bawah nih... hahahah... eerrr... bukan ke berita tu daripada Sinar Harian... muakakakaaaa....
INGAT.... dan AWAS....!! Jika sesuatu makanan itu mendatangkan mudarat maka makroh dan boleh jatuh haram di makan... macam makan rasuah...!!! makan rasuah kesannya serupa macam makan babi.... ha.. ha... haaaarrraaaammmmmm.... tapi minum arak halallllll bagi puak2 umporno laaaa..... angkut bini orang pun haaaallllaaaaalllll....... kah.. kah.. kah...
Hati2 dengan produk di bawah ini...
Teruskan bacaan di bawah,
Selepas mendakwa harga barang di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih mahal dari pasar raya besar, Pakatan Rakyat (PR) kali ini, mendedahkan sembilan produk di kedai terbabit tidak berkualiti.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, hasil ujian makmal dilakukan ke atas sampel produk mendapati, isi kandungannya tidak menepati piawaian, ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 (Akta 281).
Menurutnya, sembilan produk didakwa adalah sos tiram, jem nenas, ais krim, susu sejat, krimer pekat manis, minyak sapi, susu segar, sardin dan kari ayam (makanan dalam tin).
“Kandungan sos tiram, hanya mengandungi 0.6 peratus protein, berbanding kadar minimum 2.5 peratus ditetapkan di bawah Akta Peraturan-peraturan Makanan 166A (1).
“Manakala kandungan buah-buahan dalam jem nenas, menghendaki 35 peratus kandungan buah, sebaliknya hanya 8.87 peratus,” katanya di KR1M di Bandar Tun Razak, semalam.
Beliu berkata, kerajaan harus mengkaji dan menilai semula kandungan, selain kesalahan label produk tidak mengikut akta ditetapkan
“Sekiranya perlu, produk tersebut wajar ditarik balik daripada berada di pasaran,” katanya. -SH
Ini adalah komen dari rakyat Malaysia bernama Aruan Zamani Azol dalam Sinar Harian tu..;So amacam rakyat 1Malaysia sekalian... dah kena kencing dengan Keraaaajaan Barisan Nasional nih... mau sokong lagi kaaa...????
Konon dalam buletin utama tv1,2,3,7,8,9 barangan @ produk KR1M bagusss.. setanding dengan barangan luar yang lain.., sekali terbongkar pehh..!!!! baru tau.. inilah taktik kerajaan memperbodohkan pemikiran rakyat malaysia.. dia pulak pandai berkata rakyat lebih bijak buat pilihan. So sekarang memang rakyat dah terlebih bijak laaa... yang semua ni terbongkar. Benda busuk kalau di simpan tetap akan berbau jugak.. siall kerajaan malaysia.... so mari kita pikir sama2.... adakah kita bangsa pengguna @ bangsa yang dipergunakan untuk kepentingan satu-satu politik.. pikir2kan dan renung2kan.
Kalau tetap nak sokong jugak memang BODOH aaarrrr.... lebih BODOH dari Lembu Shahrizat... muakakakakaaaaa...
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com