Hari Ini Mendung Beb... Innalillah...!!!!
>> Friday, October 14, 2011
Gua baru balik dari tanah perkuburan, mengiringi pengkebumian jenazah isteri member gua yang meninggal dunia akibat kanser.
Beliau meninggalkan seorang anak yang berusia 5 tahun, baru 2 hari lepas gua melawat Allahyarhamah di rumah baru mereka di Kota Kemuning yang baru sebulan lebih berpindah (BerHari-Raya di rumah baru).
Walaupun gua jenis brutal... gua lihat member gua amat tenang menghadapi situasi sedemikian (depan gua... belakang gua tak tau la pulak kan...), tapi hati gua luluh jugak beb... gua kantoi dan tak dapat menahan airmata dari menitis apabila melihat anaknya menangis sakan memanggil mamanya.... supaya bangun di saat tatapan terakhir sebelum kain kapan bahagian muka ditutup buat selamanya.
Al-Fatihah buat Allahyarhamah Uji... semoga Rohnya di cucuri Rahmat dan di tempatkan dikalangan hambaNYA yang solehah....
p/s: Hari ini... hari mandom gua.... sebab kami (gua dan pramugari) amat akrab.... terutamanya pramugari gua kerana Allahyarhamah selain dari member kamcengnya, beliau juga rakan semasa di U dan setiap kali cuti Allahyarhamah akan bercuti di rumah keluarga pramugari gua kerana beliau Yatim Piatu sejak berumur 13 tahun dan menjadi anak angkat kepada mertua gua, memang terkesan beb..... innalillah...
Lagu di atas adalah lagu peberet Allahyarhamah suatu masa dahulu, yang selalu membuatkan suaminya bengkek... rupanya amat bererti baginya....
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com