IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Saka... Sihir...??? Gila Punya Kerja...!!!!

>> Thursday, August 25, 2011

Malam tadi sorang member ajak ke rumahnya kurang lebih dalam pukul 10.30pm, kononnya ada Ustaz nak berubat... gua follow... sebab gua memang suka adventure macam nih... (dalam bulan Posa pun ada perubatan ker... nak cari duit raya kot... hahaha), sampai kat rumah member ni... rupa2nya adik beradik dia yang seramai 4 orang lagi dah ada... rupanya bapak dia kumpulkan semua adik beradik untuk tujuan berubat... hehehe... mesti ganas punya penyakit nih... (cakap dalam hati jelah...)

Gua pulak jadi segan sebab gua orang luar beb... gua ingat nak blah jer, tapi member nih tahan mintak gua tunggu, nak tak nak... gua akur sebab member baik maaaa.... Di pendekkan cerita, yang dinamakan sebagai Ustaz yang pada pandangan gua tak serupa Ustaz pun walaupun berkopiah berseluar slack dan berbaju melayu beb... lantak pi kat dia.. sebab mungkin itu identiti dia sebagai orang perubatan... hehehe.. identiti gua lain pulak kan.... kalau tidak susah mau cari makan beb... paham2 jelah yeaaaa...

Dung.. dang... dung dang... gua dengar Ustaz tu Bismillah... fatihah.. ayat nabi sulaiman bla... bla...bla.. ntah apa lagi yang dia baca wa puchitau pasal makin lama makin slow bacaannya, kesudahannya Ustaz tu minta disediakan kain kuning (panjang 7 kaki lebar 3 kaki setiap seorang), keris lok 7 (betul ke tu gua sebut), 7 biji telur ayam kampung setiap seorang dan 7 biji limau purut setiap seorang serta bunga (yang ni gua tak pasti berapa jenis pasal pendengaran kurang jelas)..., kononnya nak panggil kembali susur galur member gua nih...

(Ustaz tu kata bapak member nih katanya dolu... dolu... berasal dari Keturunan Raja, tapi tak sebut pulak Raja mana.... ntah Raja Kapor ke... Raja Gopal ke... gua pun tak tau hahaha....) dan upacara tu akan di buat selepas Raya, tarikh akan diberitahu kemudian... hehehe... (Ustaz ni bijak beb... dia sudah kasi syok... lepas tu dia kasi suspension kat keluarga member nih.... macam sial jer... gua tengok dia punya modus operandi...)

Perghhhh... gua dah sentap dengar Ustaz tu cakap macam tu.. tapi tak berani nak membangkang beb, pasal dalam rumah orang dan ilmu gua tak cukup... hehehe... jahil lagi bhai... bukannya bodoh... hahaha...

Selesai semua tu gua dan member gua nih bersama sorang lagi adik dia lepak kat restoran kolam pancing berdekatan rumah dia. Dia tanya pendapat gua pasal perubatan dan barang2 yang di minta..., gua sekadar bagi pendapat peribadi gua jelah... nak ikut... ikutlah... tapi lebih baik ikut pendapat gua ... daripada ikut Jin dan Iblis... hahaha...

So gua katakan pada dia tak payah follow... kalau ahli keluarga dia nak buat itu diorang punya pasal, slowtalk baik2 dengan bapak luuuuu... kalau tidak nanti mesti ada yang tak puashati nanti dan bla..bla..bla...

Alasan yang gua bagi...., kalau dah mintak kain kuning dan ntah apa barang lagi tuuuu.... bagi gua ada sangkut paut dengan Jin..., so orang meLAYU Bodoh jer... yang masih bermain dengan perkara tahyol, bahalol, tolol nih.... SAKA lah... Gangguan itu ini, buatan orang dan ntah apa2 lagilah penyakit dan kehebatan orang2 meLAYU.... siapa yang terikut memang sah bangang wa cakap luuuuu....

Jadi tadi gua sekolahkan member nih sikit pasal Jin dan Iblis, lepas tu suruh dia amalkan ayat dibawah nih setiap kali lepas Solat... insyallah... SAKA kaaaa... Bapak SAKA kaaaa.... Waris Jari Hantu kaaaa... tak akan berani nak dekat beb... kalau sapa2 nak, amalkan ayat 23 dari Surah Al-Furqan... Insyallah... seperti yang gua katakan 24jam 365hari dalam lindungan Allah SWT.

Kesudahannya, member gua nih macam 90% setuju dengan gua, tapi mungkin atau masih cuak dengan saranan bapak dia... part tu gua tak boleh tolong beb..., itu hal keluarga dia dan hanya dia jer... yang boleh settle... toiemchi...

Kesimpulannya bagi kita semua, jauhkan diri dari permainan Syaitan dan Jin, itu semua Bodoh punya kerja...!!!!



"Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan" - (Surah Al-Furqan: Ayat 23). Baca 7 kali selepas Solat, Insyallah Selamat.....

ADAKAH rahsia yang tersimpan di antara diri kita dengan Allah Taala..???

Menyembunyikan amal kebaikan dari pengetahuan orang lain. Sungguh berat untuk dilakukan kerana lumrahnya manusia memang suka kepada puji-pujian. Berbeza jika seseorang itu melakukan kejahatan, dia akan bersusah-payah menyembunyikan kejahatannya itu daripada pandangan manusia.

Bolehkah kita terhindar daripada niat yang lain selain untuk Allah SWT?

Betapa ruginya jika amal itu bagai debu yang berterbangan. Firman Allah Taala yang bermaksud "Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan. " (Surah Al-Furqan: Ayat 23).

Kita wajib percaya pada perkara Ghaib, tapi jangan ikut sama jadi Ghaib.... muakakakaaaaaa....!!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP