IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Kutipan Zakat Berjuta, Umat Islam Malaysia Masih Merempat...!!!!

>> Wednesday, August 10, 2011

Lu orang klik kat sini PPZ Selangor, berapa jumlahnya... hahahaha...

Lu orang klik pulak kat sini, lu orang cari sendiri berapa jumlahnya..., dan lu orang tanyalah pakcik google yang beragama kristian tu jumlah pungutan zakat bagi setiap negeri..., nanti pakcik google yang beragama kristian tu akan bagitau..., kalau lu orang tanya Pak Haji yang duduk kat kerusi empuk dalam bilik aircond dalam Jabatan Agama Islam Malaysia yang mengaku beragama Islam yang dah ulang-alik 50 kali pi Mekah tunai haji sekalipun... kompom dia tak boleh jawab beb.... hahahaha...

Apa yang Pak Haji tau... sembahyang tonggang tonggek, cakap pasal hukum, sembang pasal ekonomi, politik, gebang nak pasang bini baru, nak beli kereta baru, nak renovate rumah baru dan bla..bla...bla..., pasal kebajikan umat islam yang merempat kat Malaysia ni.... pandang sipi-sipi jer...

Bila ada persatuan bukan Islam menghulurkan bantuan kepada umat Islam yang susah... barulah terhegeh-hegeh keluar hukum itu ini... bla...bla...bla... macam sial wa cakap luuuuu.... itu semua pundek2 haramjadah yang mempergunakan/menjual agama demi kepentingan peribadi diorang, lebih baik lu orang letak jawatan jelah daripada menyusahkan umat Islam 1Malaysia.

Inbox email gua mencurah2 dengan isu gereja/murtad baru2 ini, semuanya nak share info pengalaman diorang dengan kerenah birokrasi Pusat Zakat/Baitulmal.... contoh;

salam bro...;

cerita 1.., kawan sy berpendapatan lbh krg 1k + pernah mnyatakan kekecewaan sehingga hampir murtad krn kecewa x dapat bantuan dr pihak berlabelkan islam walau puas mencuba, berpunca utk rawatan ank yg tidak mempunyai lubang dubur/masalah usus.. yelah, anak sakit kritikal, bkn memain/sesaje mohon bantuan.. akhirnya, dlm menghadapi kesedihan krn ank sakit & kekecewaan krn tiada sumber wang utk rawatan,  bantuan tiba dr persatuan bkn islam, tanpa bnyak dakwa dakwi, termasuk bantuan susu rm200++ setiap minggu, sehinggalah ank beliau selamat menjalani pembedahan.. anak beliau kini sihat..

cerita 2.. kwn yg sama baru2 ini kematian ank yg 1 lagi akibat jangkitan di otak, semasa ank beliau koma, wakil persatuan bkn islam tersebut tanpa diketahui dr mana dpt khabar berita, hadir di hospital & didepan mata sy 'bercakap + berdoa/berkata sesuatu' di muka/telinga anak tersebut yg ketika itu koma n menggunakan alat bantuan hayat.. sy terkejut + kagum dgn kejadian tersebut.. menggigil lutut sy ketika itu, x dapat nak digambarkan.. otak nie pikir positif ade, negatif pon ade.. biarlah, da sampai waktunya pergi, biarlah krn Allah lebih menyayangi..

yg sy nk highlightkan disini, bantuan dr persatuan tersebut yg diberi tanpa mengira agama, bangsa dlm kadar segera sangat berbeza dgn kerenah/birokrasi dr sumber yg diharap2 dpt membela kaum/agama sendiri..

x perlu tuduh persatuan bkn islam mempunyai agenda jahat, sebaliknya yg harus menjadi perkara utama, kembali kpd memperhalusi jabatan/undang2/SOP berkaitan, setelah diperbaiki, kemudian barulah attack kegiatan jahat utk memurtadkan org islam..

seperti yg dilaporkan metro baru2 ini mengenai ibu tunggal yg mendapat bantuan dr gereja, ia berpunca dr masalah sama, tidak mendapat bantuan dr jabatan2 berlabelkan islam/terlalu susah mendapatkan bantuan.. bkn kerana terpengaruh dgn hasutan/janji palsu pihak gereja.. mastika suatu masa dahulu juga pernah membincangkan isu yg sama.. so, utk meneruskan kehidupan, terima ajelah..

sama ada wujud rasa terhutang budi/termakan budi oleh empunya diri kpd pertubuhan tersebut, sukar utk diterjemahkan, tapi rasanya masing2 boleh fikir/jangkakan.. Nabi SAW pernah bersabda bhwasanya kefakiran itu boleh membawa kpd kekufuran/kekafiran.. nauzubillah..

fikir2kanlah..., kutipan duit zakat puluhan malahan ratusan juta ringgit, tapi kenapa masih wujud perkara sebegini...,org lain sanggup bantu agama kita, tp kenapa kita liat sangat?

Siapa yg harus dipersalahkan?adakah rakyat biasa spt sy ini?atau pemimpin2 negara?bagaimana pula dengan pemimpin2 agama?semoga perkara ini dapat membuka mata setiap dr kita agar sentiasa membantu saudara seagama, mudah2an Allah memberi petunjuk & keberkatan kpd kita semua.. insyaAllah..

maaf jika sy tersilap kata/tulis kerana ilmu sy sngat cetek/sy insan yg lemah dlm memiliki ilmu.. wasalam..
dan juga di bawah ini...;
Sya pon nk share gak...kes benar berlaku ke atas diri saya sendiri...

Kes 1;

Saya kematian suami, punya 3 ank yg bersekolah ...Pergi mohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat....datang wat temuduga kat rumah....pegawai2 jabatan tur siap amik benih pokok mcm2 kt rumah saya...alih2 permohonan ditolak sebabnya saya bekerja....tapi cukup ker saya nk sara ank2 denga haji yang berbaki RM300 sbln.

Sepanjang pengetahuan saya, walaupun anak jutawan sekali pun, sekiranya dia adalah anak yatim, dia tetap layak untuk menerima mana-mana agihan bantuan...tetapi kenapa bantuan sering diberikan pada yang bukan layak menerimanya.....jiran saya beristeri 2, mempunyai 10 org anak tetapi layak dapat agihan bantuan kemiskinan...mampu berkahwin 2 tapi x mampu nk membela anak...

Kes ke 2;

Banjir truk yg melanda Kedah Oktober thn lepas....bantuan diterima drpd badan kebajikan 'bukan islam' tp dari kaum sendiri....hampeh....nk dapat rm500 pun puas komplain....bantuan tilam untuk ahli-ahli keluarga jer...smapaikan banjir kat kawasan lain tapi amik tilam kat kawasan lain....bleh ker cmtur? Kalo ada sdara yg pgang jawatan dan misi bantuan tur...confirm lar rumah x naik air pon bantuan tetap dapat....

Jadi salah siapa semua nih???
Apa lu orang mau lagi email2 yang menyatakan ketidakpuasan hati mereka2 sebagai rakyat bawahan ini....??? huhhh... kepada Ketua Agama Islam Negara dan Negeri... buka2 lah mata... tolong jenguk2 rakyat bawahan yang tidak berkemampuan, lu orang dah laaaa... dari kecik bawak ke besar hidup dalam serba kemewahan serba serbi makan tanggung berak cangkung, tak pernah melalui jerih payah kehidupan.

Kalau tak gheti melaksanakan amanah dan tanggung-jawab jangan mengaku sebagai Ketua Agama Islam..., bagi jer... jawatan tu pada mereka2 yang lebih berwibawa....

Sendiri mau ingat laaaa....

Perghhh... kalau ikut hati panas, mau jer... kena maki puak2 yang berstatus nih..., bila maki lebih2 nanti semuanya sensitif, ada pulak yang menghasut suruh buat repot ramai2 supaya gua di tangkap, seperti yang pernah berlaku dalam tahun 2009 dulu..., gua pun tak tau samada blogger umPORno yang menghasut supaya gua di tangkap tu masih hidup atau dah mampus...., puak2 penchachai nih kalau bab bodek memang JUARA...., tapi bila bab diorang menderhaka.. senyap jer... bersembunyi belakang tong taik... bangsat wal laknat wa cakap luuuuu....

Kesimpulannya di sini, organisasi dalam masyarakat kita telah lengkap sebenarnya, cuma pemimpin2 masyarakat perlu memainkan peranan lebih aktif - contohnya Ketua Kampong, Pengerusi JKKK, Penghulu, Imam dan bla..bla..bla... serta pundek2 yang ada jawatan sebagainya, mangkuk2 ayun ini merupakan institusi yang boleh menyalurkan maklumat kepada institusi2 seperti JKM, Pusat Zakat, Baitulmal atau yang sewaktu dengannya.

Gua tak nafikan..., ada di kalangan mangkuk2 ini yang menjalankan amanah dengan baik serta melakukannya lebih dari tuntutan tugas hakiki diorang, namun... sebahagian besarnya bersangkut-paut dengan kegiatan politik telah mengambil kesempatan besar berbanding tugas hakiki diorang dan menyebabkan kepincangan yang berlaku sekarang ini.

Maklumlah... kalau perkara2 macam ini dah melibatkan politik, apatah lagi nak menyokong permohonan mendapatkan bantuan JKM/Pusat Zakat/Baitulmal ini tidak mendatangkan wang ringgit, tak masyuuuukkkk... takan nak sokong free pulak kan...., malahan mungkin mendatangkan kerja susulan yang terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri (maklumlah 'menolong' orang yang tak berduit - janda2, orang2 miskin, anak2 yatim, muallaf..... bla..bla..bla...), berbanding dengan memberi sokongan kepada projek2 mega oleh taukey2, cukong2 dalam kawasan masing2 yang boleh menerbitkan komisyen atau pendapatan yang masyuuuukkkkk...., so pi mai... pi mai... tang tu jugak lahhhhhh...

Pak Haji dengan angan2 nya....
Orang Miskin/Fakir hidup merempat dan mengharapkan bantuan yang tak kunjung tiba...
Bila gang Pakcik Google datang membantu.... gang Pak Haji pun melompat... kah... kah... kah.... macam sial jer....!!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP