Isabella....
>> Wednesday, August 17, 2011
Malas nak citer2 pasal politik nih... nak lelaks jap..., dalam dok kecoh pasal murtad, Kristian dan gereja... jom kita layan sejarah aweks cun nih... hehehe...
LATAR BELAKANG ISABELLA:Panjang sangat citernya beb... gua lepak dulu aahhhh... sambung nanti.. hahaha..
Isabella ialah nama yang tidak asing lagi dalam sejarah perkembangan Islam di Sepanyol terutamanya dalam bidang perbandingan agama Islam dan Kristian di Bandar Cordova iaitu bandar sejarah Sepanyol dan merupakan bandar tercantik di Sepanyol. Terdapat banyak tinggalan bersejarah di Cordova seperti istana al-Hamra, Qasrul Syuhada (makam para syuhada), masjid Cordova dan jug ataman tercantik di Sepanyol iaitu Rabat Yamani.
Isabella hidup pada zaman kegemilangan Islam di Sepanyol iaitu selepas zaman pengembangan Islam yang dibawa oleh Tariq Ziad dan Musan bin Nusair. Isabella pada asalnya ialah seorang penganut Kristian yang taat dan patuh pada agamanya. Beliau merupakan anak kepada seorang ketua paderi di Cordova. Penganut Kristian pada masa itu sangat bencikan Islam dan menanggap penganut Islam sebagai kafir dan syaitan. Penganut Kristian di Cordova pada waktu itu berpegang pada doktrin Trinity iaitu dotrin 3 Tuhan iaitu Tuhan Bapa. Tuhan Anak dan Roh Kudus.
Isabella pada usia mudanya sentiasa mempelajari dan mengkaji tentang agamanya iaitu Kristian. Beliau sentiasa cuba untuk mencari kebenaran dalam agama Kristian dan berusaha menghayati prinsip-prinsip agama Kristian. Ketika kebenaran Islam terbentang di hadapannya maka dia memilih Islam sebagai agama baru. Isabella dengan berani menentang kehendak ayahnya agar kembali kepada Kristian meskipun dirinya dan diseksa bukan sahaja oleh bapanya malah oleh seluruh umat Kristian Cordova.
Selepas mengharungi ranjau yang pedih sebagai muslim. Beliau akhirnya menjadi seorang tokoh perbandingan agama yang ulung bahkan seorang muhaddisah iaitu ahli hadis di Cordova. Beliau juga telah mengasaskan Institut Pengajian al-Quran di kediamannya sendiri.
Umur Isabella ketika memeluk Islam tidak diketahui dengan jelas tetapi seorang tokoh penulisan Islam iaitu Maulana Saeed Dehlvi yang berketurunan Pakistan dan mengkaji sejarah Isabella mengatakan bahawa umur Isabella ketika memeluk Islam ialah 22 tahun dan menjadi tokoh perbandingan agama yang mahsyur pada usia 34 tahun.
MENDAPAT HIDAYAH:
Isabella memeluk Islam setelah tertarik dengan kebenaran Islam setetlah menghakimi sebuah majlis perdebatan Islam dan Kristian di antara para pelajar Ziad bin Umar iaitu seorang ilmuan Islam tersohor pada waktu itu. Pihak Islam telah menghantar beberapa murid tersohor Ziad bin Umar dan antaranya ialah Umar Lahmi dan Muaz al-Andalusi.
Manakala di pihak Kristian pula terdiri daripada paderi-paderi terkenal dan antara mereka ialah guru agama Kristian Isabella iaitu Father Michael dan Father Peter. Perdebatan itu diadakan di sebuah gereja besar di Cordova.
Perdebatan ini berlaku selepas Isabella menghantar surat kapada Umar Lahmi dan rakan-rakannya untuk berdebat dengan paderi-paderi Cordova mengenai kebenaran prinsip-prinsip agama Islam dan Kristian. Isabella mencabar Umar Lahmi dan rakan-rakannya selepas mendengar mereka mempersoalkan kebenaran agama Kristian.
Antara perkara dasar yang diperdebatkan ialah konsep Trinity, dosa warisan, dan inti sari agama Kristian yang lain. Namun ternyata kebenaran berpihak kepada Umar Lahmi dan rakan-rakannya, setiap hujah paderi-paderi Cordova dipatahkan oleh para pelajar Islam yang diketuai oleh Umar Lahmi.
Keadaan ini menyebabkan para paderi bertindak dengan lebih agresif dengan mencerca agama Islam sebagai agama keganasan dan lain-lain lagi. Isabella yang menjadi juri hakim bagi majlis perdebatan tersebut memberi keputusan yang berpihak kepada Umar Lahmi dan menyebabkan kemarahan paderi Cordova terhadap dirinya.
Antara peristiwa yang berlaku di dalam majlis perdebatan itu ialah Isabella pengsan sebaik sahaja mendengar bacaan al-Quran oleh Umar Lahmi. Keadaan yang terdesak itu menyebabkan ayah Isabella iaitu ketua paderi Cordova turun berdebat dengan Umar Lahmi tetapi perdebatan itu tidak lagi berlaku di gereja sebaliknya di rumah Isabella dengan dihadiri beberapa orang tertentu.
Bagaimanapun, cahaya Islam tidak pernah padam biarpun cuba dipadamkan oleh orang kafir melalui lisan sepertimana firman Allah dalam al-Quran surah as-Saff ayat 8 :
“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”
Biarpun ayah Isabella seorang yang berpengetahuan luas dalam agama Kristian tapi ternyata dia tidak mampu menewaskan kebenaran Islam yang dibawa oleh Umar Lahmi malah bertindak menghalau Umar Lahmi dan pelajar Islam keluar dari rumahnya.
Kecewa dengan sikap paderi yang bercakap besar mampu menumbangkan pihak Islam dan sikap ayahnya yang bertindak menghalau pihak Islam keluar dari rumahnya maka Isabella mangkaji agama Islam dan dari situlah dia secara sembunyi memeluk Islam. Isabella diislamkan oleh Ziad bin Umar.
Turut memeluk Islam ialah beberapa orang rakannya yang mengikuti perdebatan tersebut dan antaranya ialah Mirano St Michael iaitu anak kepada paderi Father Michael, guru agama Kristian Isabella. Melalui Ziad bin Umar dan Umar Lahmilah Isabella mempelajari agama Islam dan juga perbandingan antara Islam dan Kristian.
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com