IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Email Daripada Rakyat Selangor Prihatin.

>> Friday, August 19, 2011

Kesal Tindakan NGO yang Biadap dan Kurang Ajar

Tuan/Puan/Cik Editor,

Saya merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian bertarikh 11 August 2011 yang bertajuk “NGO Kecam Khalid GagalPertahan Agama”.

Dilaporkan NGO bernama WARISAN dan GEMPAK telah berdemonstrasi dengan membawa mangkuk tandas sebagai protes kepada MB Selangor. Tujuan di bawa mangkuk tandas adalah sebagai satu bentuk penghinaan kepada MB Selangor kerana mereka mendakwa MB Selangor telah menyokong usaha memurtadkan umat Islam.

Pertama sekali, kes serbuan DUMC itu masih di peringkat siasatan. Ertinya, MB Selangor tidak boleh mengambil keputusan sebelum siasatan selesai dan tamat. Apa hak NGO2 ini menghina MB Selangor sebegitu sekali dalam keadaan kes DUMC ini masih dalam siasatan?

Di manakah nilai-nilai ketimuran para demonstran dengan aksi sebegini. Adakah ini melambangkan sikap seorang Islam?

Adakah ini melambangkan sikap seorang berbangsa Melayu yang kaya dengan adab dan tatasusila?

Saya beranggapan mereka terpaksa bertindak dengan sebegitu exstrem kerana bilangan yang hadir dalam demonstrasi itu amat kecil. Dilaporkan tidak sampai 20 orang yang menyertainya.

Maka, terpaksalah mereka melakukan aksi-aksi biadap sebegitu untuk menarik perhatian ramai.

Berhentilah berbuat tindakan yang ekstem dan tidak bijak sebegini. Ia tidak membantu Islam atau pun membantu usaha membenteras murtad.

Terima kasih,
RAKYAT SELANGOR PRIHATIN

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP