Pakcik Kayo... Pakcik Kayoooo...!!!!
>> Tuesday, July 19, 2011
Rais, 69, dalam pernyataan tuntutannya berkata seluruh artikel dalam bahasa Melayu itu berniat jahat memfitnahnya dan perkataan dalam artikel bermaksud dan/atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.Sharpshooter - Sebenarnya kalah sebab gagal bawa saksi Migrant Care dan Robengah ke mahkamah dan semua tahu bahawa laporan yang menuduh pak menteri rogol itu adalah laporan 3 muka surat Migrant Care yang menyebut berulang-ulang kali nama rais yatim. Rais sepatutnya saman Migrant Care kalau dia anak jantan.
Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu menafikan tuduhan itu selepas penulis blog menamakannya.
Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol majikannya.
Sharpshooter diberi pilihan sebelum perbicaraan pada Isnin 4 Julai 2011 lalu untuk mohon maaf secara terbuka kepada rais yatim namun sharpshooter tolak pilihan tersebut kerana sudah pasti jika sharpshooter mohon maaf secara terbuka..akan ada tuduhan "berapa ribu sharpshooter terima duit dari rais yatim untuk minta maaf" .
Walau bagaimana sharpshooter akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat setelah berbincang dengan peguam di Pulau Pinang. Lawan tetap lawan.
Sumber: Sharpshooter.
1 IkutSukaLu...::
HAMPEH TUKAR GI BLOGSPOT TAK BAGITAU AWAL2. NASIB BAIK AKU GOOGLE JUMPA BLOG KO. HAHAHA!!!
Post a Comment