IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Matlamat Tak Menghalalkan Cara Beb...!!!!

>> Sunday, July 31, 2011



Pagi tadi dalam syok bersembang, ada gang PKR sudah buka topik pasal nak serah surat kat PM... tapi kena tangkap... hahaha... berbulu pulak gua dengan puak2 bebal nih...., gua katakan gang AMK tu di tangkap bukan atas sebab nak bagi surat kat PM atau pakai baju kuning, tapi atas sebab keselamatan PM..., gua bagi contoh...

Dalam senario gua seorang yang berpengaruh, gua pasang ayat empat di mana gua dikawal empat penjuru oleh pengawal peribadi gua. Dalam perjalanan tiba2 gua di terjah oleh mamat dalam video tu....

Pada pendapatan lu orang yang lumayan ribu riban, lu orang agak2 apa tindakan pengawal peribadi gua.... hahahaha...

hahaha.. gua sengaja bagi contoh seperti  di atas untuk semua orang dan member2 tadi buka minda beb, janganlah disebabkan kerana sifat benci membuatkan kita hanya nampak kesalahan orang lain sahaja, sedangkan kesalahan dan kebodohan diri sendiri buat2 tak nampak atau disorokkan... hahaha.. macam hampeh wa cakap luuuu....

Ada yang pertikaikan hanya kerana pakai baju warna kuning takda lambang Bersih pun kena tangkap... waduh...waduh.... apa ke bengap sangat doooonnngggg....????

Cuba tengok betul2 dalam video tu..., mamat2 tu semua elok jer.. berbaris pakai baju kuning kenapa polis tak tangkap diorang. Tempat tu kan port di mana PM akan melawat so... dari awal pagi lagi polis dah bersepah kat situ beb... siap dengan sniper lagi... dan kalau polis nak tangkap yang berbaju kuning sudah tentu2 apabila ternampak jer kelibat mamat2 tu sampai jer... dah kena cekup beb..., tapi gua tengok elok jer... berbaris dengan budak2 PLKN... hahaha...

Kejadian tangkapan bermula apabila mamat gemuk tu terjah Najib, atas dasar dan alasan keselamatan diri Perdana Menteri maka pihak berkuasa wajib bertindak beb... itu prosedur keselamatan.

Itupun ada jugak yang menyokong mengatakan mereka2 itu sebagai pejuang, yessss... gua sokong sebab diorang berani terjah PM beb.... tapi kalau berani pun biarlah cerdik sikit beb..., pejuang apa ke bendanya macam tuuu... itu tahap pejuang bangang beb, jenis berani tak bertempat... pejuang yang mati dulu sebelum sempat angkat senjata.... (Najib tak terjejas, diorang pulak yang kantoi... tak ke bodoh namanya tuuu... hahaha...)

Kalau nak jadi pejuang dalam senario macam tu.., gunakanlah akal beb... contoh...

Mulanya sementara menunggu Najib sampai... cuba-cubalah kowtim dengan Pegawai Polis bertugas, kenalkan diri baik2 dan nyatakan hasrat untuk menyerahkan surat (memorandum) kepada Najib. Sudah pasti ada jalan penyelesaiannya. Matlamat tercapai...

Najib jika seorang yang cerdik, sudah tentu akan meluangkan masa seminit dua untuk terima surat tu dengan bantuan laluan yang diberikan oleh polis kepada pejuang AMK tuuuu...., tapi kalau najib seorang yang bodoh sombong... sudah tentu dia tak mau layan..., kalau Najib tak mau layan barulah mainkan isu Najib PM yang sombong atau blaaa... blaaa... bla....

Jika Najib mau layan, barulah nampak Najib sebagai PM rakyat dalam imej yang baik... gang2 AMK pun orang akan salute sebagai pejuang beb kerana berani (terjah dengan cara baik) berhadapan dengan pemimpin negara dalam situasi sedemikian. Majlis orang pun tak terganggu...

Cuba perhatikan betul2 di awal klip video tu... hingga adegan mamat AMK tu terjah masuk ke laluan Najib.... hahaha... memang patut pun kena cekup... pasal kurang ajar terlampau... takda adab...!!!!

Justeru itu ingatlah.... jangan jadi macam puak2 umPORno yang selalu mempraktikkan taktik/strategi "Matlamat Menghalalkan Cara"... lepas tuuu... tuding jari cari kesalahan orang lain....

Kalau nak jadi pendekar... jadilah pendekar yang bijaksana, kalau nak jadi anak jantan... jadilah anak jantan yang berwibawa...

1 IkutSukaLu...::

Lang Monday, August 01, 2011 10:53:00 PM  

gua setuju banget deh.... itu mmg tongong dan tolol.... kononnya nak jadi hero.... tapi tak berakal....

nak hantar memo ape ke bendenye lagik... dah tau pon jawapan yg bakal keluar kalau si mongol baca memo tu... yg payah2 berapat umum serah tuntutan... lain yg dapat... hehehe... mintak dakwat yg harga murah dapat program biometrik yg harga juta2... hehehe... sapa kayo?... pakcik gak yg kayo...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP