Bomoh Braheng Yang Handal..!!!!
>> Wednesday, July 06, 2011
Alkisah bermula cerita di sebuah negeri bernama Malassiasia. Rakyatnya hidup berbilang bangsa, sengsara berduka di bawah konsep 1Merana. Kais pagi nak makan senja, kais malam nak bayar hutang keliling kepala.Cuma tunggu masa nak kojol...!!!!
Tidak seperti Menteri Perdana, hidup mewah di dalam istana, beg tangan isterinya saja segudang banyaknya. Berbagai warna berbagai jenama, harganya sudah tentulah teramat istimewa. Tidak mengapa, beban cukai dihempapkan ke jemala rakyat jelata.
Inilah ceritera baru nak bermula, kisah Menteri Perdana yang gundah gulana. Entah apa petaka penyakit ganjil mula melanda. Tidaklah tahu bagaimana punca, bak kilat virus datang menyerang tubuhnya.
Menteri Perdana jatuh gering,
segala dilihat semuanya kuning
masuk tandas nampak kuning
tengok dinding warna kuning
kucing melintas berbulu kuning
sarapan telur setengah masak nampak kuning
pendek kata semua kuning
panjang kata semua kuning
tidak ada yang tidak kuning
semuanya kuning belaka
Dalam keadaan gering yang semakin parah, Menteri Perdana tetap tak mahu kalah, depan pegawai dia tunjuk gagah, seolah-olah tiada masalah. Mesyuarat bersidang seperti biasa, untuk mengetahui perkembangan semasa, segala menteri melapor berita, untuk pengetahuan sang Menteri Perdana.
"Wahai Menteri Pertanian dan Tumbuh-tumbuhan! Bagaimanakah keadaan projek pertanian kita?" Soal Menteri Perdana. Menteri Pertanian tersengih kerang, mata yang layu tetiba terang, mujur laporan sudah siap dibentang, betul salah cerita belakang.
"Inilah laporan projek pertanian kita wahai Menteri Perdana yang sangat kami kasihi lagi disayangi. Ke semuanya sedang menjadi-jadi. Padi sudah masak dan sawah sudah MENGUNING......."
"Arghhhh!!! Jangan sebut kuninggg!! Beta tak boleh dengar...tubuh beta akan jadi seram sejuk dan perut memulas-mulas. Tolong teruskan tapi berhati-hati dengan perkataan.." jerit Menteri Perdana sambil menekan perut. Muka pula berkerut-kerut bagai diserang angin senggugut.
"err..ampun Menteri Perdana. Seterusnya juga projek tanaman durian, rambutan gading dan mangga harum manis di sebelah utara semuanya sedang masak meranum dan berwarna........"
"Jangan sebuutt warnanya. Beta tahu warna buah-buahan tersebut kuning. Arghh!" Kali ini Menteri Perdana jatuh berguling-guling sebab terdengar perkataan kuning yang beliau sendiri sebutkan.
Tapi beliau kuatkan semangat dan bangun semula duduk di takhtanya. Isterinya yang bertubuh besar tidak sempat bangun sebab terlalu berat. Jika tidak, dia akan bangun mengangkat Menteri Perdana dengan tangannya yang gagah perkasa.
"Sudah! Menteri Pengangkutan pula bagaimana?" Tanya Menteri Perdana menahan sakit. Mulutnya tersebik-sebik.
Menteri Pengangkutan berdiri gagah membentang laporan. " Kenderaan-kenderaan awam kepunyaan kita banyak yang rosak. Kontraktor yang mengambil tender membaiki kenderaan kita sudah lari. Tapi jangan risau, patik akan mencari kontraktor yang lain dalam YELLOW Pages..."
Kali in bukan kepalang. Penyakit kuning semakin menerjang. Menteri Perdana tergolek terlentang, terdengar YELLOW matanya terbuntang. Bak disampuk mambang, isterinya juga tiba-tiba tumbang, menggigil tubuhnya bak ikan ternampak memerang. Jangkitan kuning tak dapat lagi dihalang.
Menteri Kesihatan pantas bangkit, berfikir mencari penawar penyakit. Virus mesti dibunuh cepat sebelum semua menteri juga mendapat. Seluruh pelosok negeri dicanang, diminta semua bomoh dan pawang, kalau handal silalah datang, ubatkan penyakit yang menyerang, segala hadiah dan ganjaran usahlah bimbang, lumayan gila bang..!!!
Tapi entah apakah malang apalah dosa, sudah seribu tabib berusaha, semuanya sia-sia belaka, penyakit kuning tetap bermaharajalela. Menteri Perdana, isterinya dan seluruh menteri dalam istana sugul, hatinya masygul.
Apa kesudahan ceritera ini... hahaha.. klik sini.
2 IkutSukaLu...::
orang jahat macam dia ni memang betui payah nak mati umur cukup panjang mana dak nya setan dok cover dan di coverup olek yakjud makjud kepala hitam spesis ni yahudi cukup suka sahabat karib jemuan ni lebih kurang macam cerita orang letak kepala babi dalam masjid la takkan cina nak pi buh kepala babi dalam masjid dah tentu melayu pi buh tak gitu murid murid
hati2 yem cium keris tu, tercucuk lubang hidung katak ko tu naya, nnti x dpt lak cium punggong mamak mantan bendahara, berita terkini gua dgr yem katak akn mengantikan unit amal berkawal diluar stadium,lu org jgn lupa bawa duit kecik bg unit amal selempang merah bg jgn byk2, 2posen cukup.kali ni unit amal pr yg betul2 beramal dpt la bercuti.
Post a Comment