Lu Pikirlah Sendiri.. 2x5 Dengan umPORno.
>> Sunday, June 26, 2011
“PKR Selangor…satu negeri yang kaya dan ditadbir oleh PKR…tapi nak beli Daftar Pengundi yang berharga tak sampai RM500.00 untuk Hulu Selangor, tak ada duit.”Aku respek, Memang itu yang patut dilakukan oleh semua orang, kalau tidak…kita pun jadi macam Umno.
bro. pliz la reti bezakan antara kerajaan dan parti, kerajaan PKR Selangor tu kerajaan la. Mana boleh pakai duit hasil negeri utk kegunaan parti. Kalau kata PKR Selangor kedekut taik idung masin nak spend RM 500.00 utk buku tu, yes aku setuju. Tapi kalau kaitkan dgn posisi PKR sebagai kerajaan negeri, aku tak setuju.
Semasa aku menyertai Biro Latihan dibawah Fuziah Saleh dulu, salah satu perkara penting yang menjadi modul latihan ialah membezakan parti dan kerajaan. Dan latihan ini bukan untuk tukang gantung bendera atau tampal poster, tetapi kepada pemegang-pemegang jawatan dalam kerajaan termasuk ADUN dan Ahli Parlimen.
Sesuatu yang menyeronokkan ialah apabila ADUN dan MP ini tak tau yang mana satu kerajaan, yang mana satu parti. And they are in the government!!
Permainannya cukup mudah. Satu tajuk diberikan pada screen projector. Contoh:
1. Patutkah PKR menggunakan Dewan Orang Ramai untuk mengadakan program parti?
Sesiapa yang bersetuju, masuk dalam barisan "Ya" dan siapa yang tak bersetuju masuk dalam barisan "Tidak".
Jangan terkejut kalau yang masuk dalam barisan "Ya’ kebanyakannya adalah mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan, Manakala yang mengatakan "Tidak" adalah mereka yang tak ada jawatan. Kemudian, setiap orang diberikan peluang untuk menjustifikasikan keputusan mereka.
Satu ayat yang cukup popular dilakalangan mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan ialah, "Kalau Umno boleh buat…pasai apa kita tak boleh buat?"
Lagi satu ayat ialah, "Kalau kerajaan tak tolong parti, macam mana parti nak hidup?"
Dan ada juga yang kata, " Semasa ada kuasa ni, kita buat la."
Itu contoh bagaimana kuasa boleh disalahgunakan. Ada lagi satu contoh bagaimana dasar parti pun pemimpin tak faham.
Aku ambil contoh ini:
"Diskaun 10% untuk Bumiputra membeli rumah perlu dihapuskan."
Hangpa setuju atau tidak?
PKR telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa diskaun 10% untuk Bumiputra membeli rumah perlu dihapuskan. Ini sudah menjadi dasar parti. Tapi bila soalan ini ditanya, ramai pemimpin parti yang ada jawatan dalam kerajaan tidak bersetuju. "kita kena bantu orang Melayu!! " Pemimpin sendiri tak faham tentang dasar depa.
Teruk la orang ni digasak oleh Fuziah…itu pasai mengapa Fuziah tak popular dikalangan pemimpin, tapi popular dikalangan ahli bawahan. Itu sebab juga Fuziah hanya mampu bertahan selama empat bulan sebagai Pengarah Biro Latihan.
Semasa PRK Hulu Selangor, EXCO-EXCO Selangor kehulu kehilir dengan kereta EXCO. Betul atau salah perbuatan ini? Bukan kah ini menyalahgunakan kuasa? Masa tu juga diedarkan hamper-hamper siap dengan kad yang bertulis, "Dari Pejabat EXCO YB Rodziah Ismail." Betul atau tidak tindakan ini?
Masalah utama dalam kekeliruan yang mana satu gomen dan yang mana satu parti ini berlaku kerana kita menggunakan UMNO sebagai tanda aras ( benchmark.)
Bila kita kata "hangpa tak boleh buat macam ni…" Depa jawab balik, "Umno buat lebih teruk dari kita!!"
Bila kita kata, " Kita kena buat program untuk anak muda." Depa jawab balik, "Elllehhh..Umno pun tak buat juga."
Susah nak berdialog dengan depa.
Pada 14 dan 15 Mei yang lalu, satu program telah diadakan oleh PKR di Shah Alam yang dipanggil "Be a Cybertrooper". Hanya mereka yang terpilih saja dipanggil untuk menyertainya. Kursus tersebut dikendalikan oleh Rafizi Ramli, Isham Rais dan pakar hacker, Ramli Ishak. Ini bukan program Kerajaan Negeri, kerana hanya blogger pro-PKR saja yang dijemput.
Yang ini aku tak kisah, tapi bila semua perbelanjaan makan minum dan penginapan ditanggung oleh kerajaan negeri…yang tu salah. Akhirnya, kita pun jadi macam Umno. So…apa bezanya?
5 IkutSukaLu...::
Beginilah kebenran yang sepatutnya kita semua tahu.
tpi memang ramai tak tahu dan perlu diberi penerangan dan mereka ini (yang silap) perlu ditegur kalau tak akan sama seperti AMNO
bro n sis.....
good posting.......
banyakan tulisan seperti ini......
dlm PR pun ramai yg bahlol dan bangang........
pasai ramai dlm PR mai dari UmPhorNo.....nak dok ikut stail loklaq depa......sampai tak tau beza parti n kerajaan......
masa PR mula pegang Kedah.....
ada sorang exco bukan main belagak lagi.....
anak sendiri jadi dreber dia....
kereta rasmi dia menjalar tengah tengah mlm.......
orang ingat exco tadi ada urusan....
rhopanya anak dia dok melepak ngan member member....bawa kereta bapa...kereta rasmi kerajaan.....urusan anak pulak bukan urusan kerajaan.........
laa nie MB Kedah dah tukar exco nie........menyusahkan PR kedah.......baru dia terhegeh hegeh.....
next election......susuk nie pakai tekeluaq laa.......
kah kah kah..........
yeah,keep it up bro!!
Ni best bro!!!
Cool Aje : Kereta Tanpa Pemandu Google Kini Sah Digunakan Dan Dijual
Cool Aje : Pelajar Sekolah Berjaya Mencipta Kereta Jimat Minyak Sehingga 2000 BatuPer Gellen
Pelik Aje : Lelaki Amerika Di Kanada Dipenjara 1 Tahun Kerana Memiliki Komik Jepun
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!
Beza, selisih,kelainan yg medekati kehendak Allah, keperluan manusia sejagat adalah ukuran kejayaan kita Muslim/Mukmin!
Mesti ada persamaan antara kita & UM?NO! tu tapi biarlah hal yg betul & tepat disisi agama kita -Islam!
Yg kita nak perbetulkan, perkemaskan apa yg jadi budaya, amalan UM?NO! tu ... yg dah lama rosak, lagi sesat & menyesatkan kita. Yg betul kita boleh ikut la.
Kalau kita sama buat benda salah, tak ker gila kita sokong orang yg senget, sewel & gila (kuasa)?
Kalau PKR buat salah...saya setuju kita kasi depa skolah, sebab PKR itupun dari pecahan B.end...saya x berapa heran kalau perangai itu makan masa utk diubah sebab dorang nih dah 30thn kena brainwash dek media massa mahathir gila. Cuma saya pelik pengundi Umno yg masih x sedar dan x nak berubah walaupun mereka tahu media massa/bn itu penipu.
Post a Comment