Zaman dahulu, jika anak kecil berkelakuan terlalu nakal, orang tua berkata ..."Anak siapalah jahat sangat macam hantu ni?"
Hantu Kopek menurut cerita diperturunkan zaman berzaman, gemar menyembunyikan mangsa di bawah liptan buah dada dikatakan lanjut dan terlalu besar. Hantu Galah kononnya suka menyakat dan menakutkan mangsa dengan mempamerkan fizikal tinggi, besar dan badan berbulu. Manakala Langsuir dilaporkan taksub ketawa mengilai dan menakutkan manusia sambil berterbangan di atas atap rumah diperbuat daripada pohon rembia.
Kita semua tidak pernah mendengar kes hantu terbabit mecedera, merogol, merompak atau membunuh manusia.
Pernah saya dengar kisah hantu mencekik manusia mengakibatkan mangsa sukar bernafas tetapi sekadar itu sahajalah kisahnya, dia tidak membunuh manusia terbabit.
Jika kini semua keluarga hantu berkumpul, mereka barangkali berada dalam ketakutan. .
Datuk hantu mungkin berkata ...
"Kamu semua baik baik. Zaman dahulu, manusia kata, orang jahat macam hantu. Sekarang? Cuba renung dan lihat kembali, manusia membunuh manusia, manusia merogol manusia, manusia menyamun dan merompak manusia, manusia menyimbah asid kepada manusia, manusia menipu manusia, manusia ...."
Dia kemudian berhenti bercakap buat seketika setelah penat mengulangi perkataan 'manusia' dan berkata ...
"Kepada semua anak dan cucu hantu, di sini, datuk nak ingatkan, kamu semua jangan jahat macam manusia!"
Boleh jadi, kan?
Nukilan: Mazidul Akmal Sidek
p/s: perlukah gua politikkan cerita ini... siapakah manusia yang serupa hantu itu... hahaha...
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 IkutSukaLu...::
LoL
haha
Post a Comment